Melihatkan suasana dalam Pakatan Rakyat ketika ini, DAP adalah parti yang paling banyak kerusi di Parlimen dengan 28 kerusi, PKR 27 kerusi manakala PAS 23 kerusi. Jika sebelum ini PKR menerusi Penasihatnya, DS Anwar Ibrahim layak menerajui Pakatan Rakyat kerana memiliki 30 kerusi, tetapi dengan pengumuman keluar parti oleh tiga orang Ahli Parlimennya menyebabkan jumlah kerusi PKR semakin sedikit.
Jadi, ini bermakna timbul persoalan adakah DAP akan memonopoli dari segi membuat keputusan dalam Pakatan Rakyat. Sudah pasti akan timbulnya krisis apabila DAP merasakan mereka yang patut memimpin Pakatan Rakyat memandangkan Ahli Parlimen mereka lebih ramai, selain keadaan DS Anwar Ibrahim yang lebih banyak memikirkan perbicaraan mahkamahnya dari memikirkan keadaan parti yang sedang dilanda badai ketika ini.
Krisis kepemimpinan dalam Pakatan Rakyat sebenarnya sudah boleh diduga. Pakatan Rakyat sendiri tidak mempunyai pemimpin pelapis yang berwibawa. Malah, banyak pemimpinnya atau Ahli Parlimennya lebih kepada calon bidan terjun dan tangkap muat untuk memenuhi kuota bagi membolehkan mereka bertanding dalam Pilihan Raya Umum lalu.
Kalau begitu keadaannya, adakah PAS akan menyokong Lim Kit Siang jika betul DAP menuntut kekuasaan dari PKR yang semakin berkurangan kerusinya di Parlimen?
No comments:
Post a Comment