Apabila orang Melayu terlepas cakap tentang bangsa Cina dan India, orang Melayu akan segera minta maaf. Terbaru, seorang Menteri Melayu minta maaf dkt bangsa Cina kerana terlepas cakap sewaktu memberi ucapan dalam sebuah Majlis BN baru-baru ini.
Itulah orang Melayu, selalu memohon maaf dan mengalah walau kadang-kadang hati orang Melayu selalu terluka dan terguris dengan pelbagai kenyataan oleh bangsa lain.
Saya menyokong pembinaan negara bangsa dan mahu melihat Malaysia yang aman wujud. Bagi saya, kenyataan menteri itu tidak perlu diperbesarkan dan tidak perlu memohon maaf kerana ucapannya adalah berdasarkan cerita sejarah yang benar dan nyata. Menteri itu hanya membaca petikan daripada mendiang Tun Tan Siew Sin dan Mendiang Tun Sambanthan
Kalau macam itu, selepas ini subjek sejarah di sekolah tidak payah diajar. anak-anak kita di sekolah tidak lagi belajar tentang sejarah kemerdekaan negara dan bagaimana kita merdeka dan bagaimana berlakunya Jus soli. Sebab semua itu hanya melukakan hati kaum lain kalau cikgu tersalah ajar.
Orang Melayu tidak pernah membenci kaum Cina dan India malah orang Melayu menerima dengan tangan terbuka kedua-dua kaum itu. Cuma apa yang orang Melayu minta hormatilah apa yang termaktub dalam perlembagaan Negara. Orang Melayu tidak pernah marah orang Cina dan India tinggal di bumi bertuah ini, malah kautlah sebanyak mana kekayaan yang orang Cina dan India hendak di bumi bertuah ini.
Cuma apa yang orang Melayu minta adalah hormati sejarah dan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Negara. Malaysia tidak akan berjaya dan makmur kalau apa yang termaktub dalam Perlembagaan Negara dilanggar dan dicabuli. Percayalah, sejarah tetap sejarah dan ia tidak akan mampu disembunyi walau apa cara sekalipun. Malaysia akan aman kalau Cina dan India tidak lagi menyentuh apa yang termaktub dalam Perlembagaan Negara. Percayalah, saya orang Melayu dan kawan-kawan Melayu saya yang lain menerima orang Cina dan India dengan semangat persaudaraan dan tiada niat untuk bermusuh. Cuma, hormati kami sebagai orang Melayu. Jangan rosakkan keharmonian negara kita.
No comments:
Post a Comment