Tuesday, May 11, 2010

Kes Aminulrasyid, kembali kepada qada dan qadar

Seorang polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap pertuduhan menyebabkan kematian remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, akhir bulan lalu. Kita tidak tahu apa niat polis itu ketika kejadian.
Cuma apa yang boleh dikatakan polis itu menjadi mangsa keadaan. Takdir dari Allah SWT sudah tertulis adik Aminulrasyid meninggal dunia dalam keadaan sedemikian.
Kepada keluarga adik Aminulrasyid berhentilah dari membuat kenyataan macam2. Tidak cukupkah dengan polis sudah dihadap ke mahkamah. Apa lagi yang keluarga Aminulrasyid hendakkan. Saya dan seluruh rakyat Malaysia faham dengan perasaan keluarga Aminulrasyid. Tidak perlu terlampau heboh dengan membuat kenyataan macam2. Bukankah polis dan kerajaan Malaysia sendiri jaminan akan menyiasat dengan terperinci tentang kejadian itu. Apa lagi yang anda mahu.
Kadang2 kita sebagai orang Islam terlampau diselubungi dengan nafsu sehingga lupa dengan rukun iman yang ada iaitu:
1. iman kepada Allah SWT
2. iman kepada malaikat
3. iman kepada kitab
4. iman kepada rasul
5. iman kepada hari kiamat
6. iman kepada qada dan qadar

Dalam hal ini kembalilah kepada perkara keenam dalam rukun iman. Kadang2 kita suka melupakan yang ke-6, iaitu “iman kepada qada dan qadar”. Walhal, kalau kita selalu yakin bahwa qada dan qadar itu ada, insya Allah kita akan dihindarkan dari rasa takut dan bersedih hati.
Saya berharap keluarga Aminulrasyid dapat menerima kenyataan. Dalam kita bersimpati dengan keluarga Aminulrasyid, tidakkah kita lupa macam mana dengan keluarga polis yang dihadapkan ke mahkamah itu. Bagaimana dengan keluarganya selepas ini. Bagaimana isteri, anak dan mungkin ibu bapa polis itu hendak meneruskan kehidupan selepas ini. Sudah pasti keluarga polis tadi akan hilang tempat bergantung untuk mencari sesuap nasi. Derita keluarga polis itu mungkin adalah selama-lamanya. Semua keadaan kita kena fikir dan jangan salahkan sebelah pihak semata-mata.
Jernihkan keadaan dan kita sebagai orang Islam perlu kembali kepada yang Maha Pencipta. Jangan sampai moral semua polis jatuh disebankan perkara yang tidak disengajakan ini. Kelak, kita sendiri yang susah kalau suatu hari nanti polis isytihar mogok. Semoga roh adik Aminulrasyid dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment