Emel ini saya terima dari seorang hamba Allah... rakan saya di dalam Pas yang sudah mula muak dengan perjuangan parti itu
Dibawah pentadbiran Islam di Kelantan, YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz terus membenarkan penjualan arak kepada bukan Islam dengan mengenakan cukai arak kepada premis-premis yang menjualkan arak itu.
“Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya,” kata Nik Aziz pada 19 November 1992.
Selang dua tahun kemudian pada 26 November 1994, apabila pihak-pihak yang tidak faham dengan dasar Membangun Bersama Islam mengkritik penjualan arak di Kelantan, Nik Aziz berkata,
“Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?”
Bahkan di Kelantan walaupun judi nombor ekor tidak dibenarkan, tetapi judi didalam bentuk loteri Big Sweeps di benarkan. Kedai-kedai yang menjadi ejen Big Sweeps terus dibenarkan menjual tiket-tiket loteri di premis mereka di bawah dasar Membangun Bersama Islam.
Jadi kenapakah parti PAS dan parti-parti politik pembangkang ikut bersama segelintir anggota parti komponen BN menentang pemberian lesen Judi Pertaruhan Bolasepak?
Bab judi bola habis PAS canang seluruh negara kononnya dialah yang Islam sesangat. Habis Khutbar Jumaat semua diletakkan pengisian yang sama. Tapi PAS lupa, hasil Kerajaan Kelantan juga terdapatnya hasil arak dan judi. Kenapa boleh ada hasil ini sedangkan PAS merupakan Parti Islam yang kononnya aguk menjadi juara rakyat???
No comments:
Post a Comment