Thursday, December 31, 2009

Gula naik harga, Raja gula makin kaya

Gula naik 20 sen mulai 1 Januari 2010. Harga naik 20 sen kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak.
Nampaknya rakyat terhimpit lagi. Macam2 kenaikan terpaksa dihadapi oleh rakyat. 20 sen besar nilainya bagi rakyat bahawan seperti saya dan berjuta rakyat Malaysia.
Kepada kerajaan, fikir2kan lah.

F5E

Tidak sabar saya untuk tunggu pengkhianat negara yang mencuri enjin pesawat F5E di bawa ke muka pengadilan. Rakyat akan ternanti kesudahan kisah yang dianggap menjejaskan kredibiliti Angkatan Tentera Malaysia. Jangan nanti pula enjin kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak pula yang hilang lepas ini sudah lah... Tiba2 kapal selam tak boleh nak menyelam sebab enjin dan hilang. hehe. Lucu betul dengan apa yang berlaku di Malaysia sejak akhir2 ini. Macam2. Dari perangai kebudak2 kan sesetengah wakil rakyat sehinggalah pelbagai peristiwa yang menggemparkan negara yang berlaku.

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat Tahun Baru kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga tahun 2010 menjanjikan lebih banyak kejayaan dan kedamaian buat bumi bertuah Malaysia. Sama2 lah kita berdoa semoga ikatan perpaduan yang kita bina tidak terlucut, malah akan terus erat. Ingatlah musuh kita ada di mana2. Akan ada pihak yang cuba membuka ikatan perpaduan itu. Jika ia terlerai, maka tidak mungkin ia akan dapat diikat kembali. Jika ia dapat diikat semual sekalipun, tidak mungkin ia akan seerat dulu.
Kepada pemimpin BN dan PKR, jangan sia2kan kepercayaan rakyat. Berpolitiklah secara matang. Kepada pembangkang berhentilah dari membangkitkan benda2 yang remeh dan bodoh yang tidak membawa apa2 manfaat kepada rakyat. Saya melihat sendiri perdebatan di Dewan Rakyat dan saya kecewa pembangkang lebih suka mencetuskan huru hara dalam Dewan Rakyat dari melontarkan idea yang bernas.
Kepada barisan pemimpin kerajaan yang diketuai oleh DS Najib, tunaikan lah harapan rakyat, jangan sia2 kan amanah yang diberikan. Ingat, rakyat sedang memerhatikan barisan menteri BN. Semoga, rakyat di bumi Malaysia kan terus dilimpahi rahmat. SELAMAT TAHUN BARU. Jati diri saya sebagai orang Malaysia tidak pernah pudar.

Rukun Negara

Rukun Negara ialah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu kira2 setahun selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969. Rukun Negara dianggap penting dalam mengembalikan keamanan dan perpaduan negara.
Ikrar Rukun Negara (RN) ialah:
Maka Kami Seluruh Rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami bagi bagi mencapai cita-cita berdasarkan perinsip berikut:
1. Kepercayaan kepada Tuhan
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-Undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan
Jika rakyat Malaysia benar2 menghayati 5 teras RN itu, tiada siapa yang akan membangkitkan hal2 berkaitan perkauman atau sengaja mencetuskan api kemarahan kaum. Namun, saya berani katakan, ramai generasi muda hari ini tidak pernah menghayati maksud disebalik RN. Saya berani katakan ada diantara mereka tidak ingat lima teras RN itu.
Adakah benar dakwaan saya itu. Saya berani katakan berdasarkan pengalaman saya yang secara berseloroh saya pernah bertanya kepada dua orang remaja berusia 16 tahun kira2 setahu yang lalu. Mereka katakan tahu kewujudan RN, tetapi tidak ingat apa isi kandungannya.
Jika RN tidak ingat, ia adalah sesuatu yang mengecewakan dan adalah satu petanda yang tidak sihat bagi masa depan negara. Jadi, tidak mustahillah generasi muda hari ini, terutamanya remaja di peringkat sekolah tidak mempunyai jati diri yang kuat, tidak ada perasaan saling hormat antara kaum dan tidak berbudi bahasa.
Kepada pemimpin negara yang dihormati dan dikasihi, ambil lah perhatian mengenai perkara teras ini dari melayan karenah pembangkang yang hanya tahu bercakap dan komplen itu dan ini tidak betul. Sudah namanya pembangkang, hanya tahu membangkang walaupun perkara yang dilakukan kerajaan itu betul.


Wednesday, December 30, 2009

Bukan Anti Cina dan India

Saya bangsa Melayu dan beragama Islam. Saya dibesarkan dalam kem tentera... Kem Terendak, Kem Kinrara dan Kem Desa Pahlawan. Alhamdulillah, saya dah tanya abah saya pasal kehilangan enjin pesawat pemintas F5E milik Tentera Udara Malaysia (TUDM), dia cakap dia tidak terlibat. hehehe.
Berbalik kepada 1Malaysia. Saya setuju gagasan DS Najib itu. Niatnya murni dan ikhlas untuk menyatukan rakyat berbilang kaum di bumi Malaysia. Saya sebagai orang Melayu dan Malaysia, 110 peratus menyokong gagasan itu.
Semasa sekolah rendah dulu, rakan kelas saya ada India dan begitu juga masa sekolah Menengah ada Cina dan India. Saya tiada masalah untuk berkomunikasi dengan mereka.
Tetapi, saya kecewa sejak akhir2 ini apabila ada jaguh dari kalangan kaum Cina dan India seolah2 hendak bermain api dengan mengambil kesempatan dari gagasan itu. Mula mintak macam2, cakap macam2 dan tuntut benda yang tidak masuk akal.
Kalau sayangkan bumi Malaysia, hentikanlah permintaan mengarut yang seolah2 cuba menafikan hak kaum Melayu. Percayalah, kaum Melayu tidak mahu bermusuh dengan Cina atau India. Tidakkah kita semua rasa gembira apabila Melayu, Cina dan India dapat duduk semeja bersembang dan bergelak ketawa dan bermain bola sama-sama. Janganlah kerana seorang dua pemimpin yang bodoh dan berlagak pandai itu cuba menjadi jaguh dengan bercakap benda yang langsung tidak berfaedah. Selama ini kita hidup aman damai, kenapa diungkitkan benda yang bukan2.
Kepada golongan muda Melayu, Cina dan India, ingatlah keamanan bukan barang untuk dipermainkan. Ingatlah pesan orang2 tua jangan dijolok sarang tebuan, janganlah bermain dengan api. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Sama2lah kita bangunkan bumi Malaysia dengan semangat 1Malaysia. Selagi kita berpegang kepada Perlembagaan Negara, selagi itu kita akan terus bersama. Ini kerana Perlembagaan Negara tidak pernah meminggirkan mana2 kaum.

Yang mana satu

Saya tidak pernah cakap Umno dan BN parti yang bagus, yang pandai jaga rakyat. Pas pun bukan parti yang teruk. Kalau Pas teruk pun kerana pemimpinnya yang rasa terlampau bagus. Tapi, bukan semua pemimpin Pas perasan bagus kerana ada yang memang bagus dan saya respek. Sama juga dalam Umno, bukan semua bagus tapi tetap ada pemimpin yang bagus dan saya respek. Kalau PKR tak payah sebut la. Pemimpin sekadar tangkap muat je. Saya pun tak faham apa dasar perjuangan PKR. Nampak sangat dasar perjuangan orang kecewa yang tahu cakap jer. Habuk pun tarak. Kalau kita marahkan Umno sekali pun, tapi kenanglah jasa yang sudah diberikan... fikir sedalam2 nya. Tidak akan ada yang sempurna dan begitu juga Umno. Paling kurang pun pemimpin Umno mengaku sudah melakukan kesilapan sebelum ini dan mereka sedia untuk berubah demi rakyat. Pemimpin Pas dan PKR mana ada pernah mengaku mereka pun ada buat silap dan kadang2 aniaya rakyat. Seingat saya tiada. Tok Guru dan DSAi tak habis2 cakap mereka tu bagus sangat. Semua cakap jer pandai.

Inilah wajahku

Inilah wajah saya. Saya paparkan untuk tatapan semua. Wajah kurniaan Allah SWT yang maha esa dan maha kaya. Tuhan yang menjaga semesta alam. Namun, saya hanya insan kerdil, lemah dan hina yang menumpang di dunia yang penuh dengan mimpi dan illusi ini. Selagi kita ingat hidup di dunia ini hanya seketika, tidak ada manusia yang tamak haloba, bercakaran sesama sendiri, gunakan agama untuk kepentingan diri semata2 kerana kedudukan dan harta yang akan sampai masanya akan ditinggalkan apabila sampai masa masuk kubur.
Saya tidak petah berbicara seperti DSAI, tidak bisa lembut lidah berbicara isu agama seperti Tok Guru, tidak pandai berdebat seperti lawyer KS. Hanya yang saya tau selagi hati bersih, jiwa suci, tiada hasad dengki, InsyaAllah hidup akan bahagia, jiwa akan tenang... InsyaAllah. Mungkin ilmu agama saya ibarat sebesar kuman, ibarat debu yang berterbangan, datang dan pergi, penuh dengan dosa, namun saya yakin, selagi diri ini tidak lupa Allah SWT, saya akan selalu dalam lindunganNYA. InsyaAllah.
Kepada yang rasa hebat bab agama, kongsi2 lah ilmu agama, turunkanlah ilmu itu, jangan rasa dah berjaya bila ada orang kafir gunakan ayat Al Quran bila berceramah. Wahai Tok Guru, tidak sedarkah Tok Guru, orang kafir tu guna ayat Al-Quran untuk menyindir islam, untuk kepentingan politik, tidak sedarkan Tok Guru? Sedarlah Tok Guru, setiap ayat Al Quran bukan barang permainan, bukan benda untuk dijadikan bahan ketawa. Astagfirullahalazim... Allahuakbar. Allah Maha Besar.
Sedarlah wahai pembesar Islam sekalian. Saya yang jahil ilmu agama pun rasa kecewa kerana orang kafir gunakan Al Quran untuk kepentingan politik. Rasa sedih bila orang kafir itu baca ayat Al Quran dan disambut dengan gelak ketawa oleh orang kafir lain. Yang sedihnya pemimpin Islam lain turut bertepuk tangan. Kalau betul orang kafir itu nak belajar Islam, Tok Guru panggillah dia, ajar betul2 bacaan ayat al Quran itu... Orang sebelah Tok Guru pun bacaan tajwid pun tidak betul lagi, inikan pula nak ajar orang kafir dikalangan pengikut Tok Guru itu.
Nasihat saya, baik Tok Guru duduk rumah, buat amal ibadat. Kalau rasa hendak berceramah ilmu agama, pergilah ceramah betul2. Ceramah dengan ikhlas, tanpa dirasuk syaitan. Ini tidak, masa ceramah guna ayat al Quran, takbir AllahuAkbar, habis baca ayat Al Quran, lepas takbir mengata orang, mengutuk orang. Islam apa macam ini? Lepas habis mengata orang, mengutuk orang, menjatuhkan maruah orang, lepas tu bertakbir lagi. Begitulah seterusnya kalau orang Pas berceramah. Apa ini? Ingat Allah SWT terima ke perjuangan macam ini?
Saya pun suka juga dengan hala tuju parti PAS ini. Tapi saya menyampah dengan gelagat pemimpin dan semua penyokong Pas yang konon alim habis! Setakat berkopiah dan berjubah labuh ingat Allah dah terima kamu semua masuk syurga? Tepuk dada tanya selera.

Tuesday, December 29, 2009

Bawalah hatimu kepada tuhan

Siapa musuh Islam? Apakah Yahudi, Nasrani, musyrikin, kafirin atau siapa ? Israel? Atau penganut Islam yang menjadi musuh agama Islam itu sendiri? Sedih, bumi Islam dikurniakan dengan kemewahan minyak dan macam2 sumber asli, tapi sedih Islam terus ditindas dan makin ditindas. Sedih....
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka..[Al-Baqarah 2:120].
Sikap tamak dan rakus orang Islam di dunia yang memusahkan Islam itu sendiri. Sedih sangat2. Kehidupan dunia ini umpama mimpi saja. Sebab itu kadang2 kita berasa seolah2 dalam mimpi bila kita mendapat sesuatu yang menggembirakan diri. Hari itu kita rasa akulah yang paling bahagia di dunia. Ketika itu kadang2 kita lupa ucapkan syukur. Kita alpa dalam mimpi duniawi.
Ingatlah, satu hari di Akhirat menyamai seribu tahun di dunia. Akhirat ialah kehidupan yang kekal abadi. Usia kita yang sekitar 100 tahun sekali pun di dunia ini kalau dikira pada perjalanan masa di Akhirat hanyalah beberapa minit saja.
Betapa berkuasanya Allah SWT mencipta dunia dan akhirat. Tapi, orang Islam takut dengan Amerika Syarikat. Kuat ke Amerika Syarikat itu? Ketika umat Islam terus keliru dan hanyut timbul persoalan di manakah ulama dan pemimpin masyarakat? Adakah mereka golongan yang:
1. Golongan yang menentang habis-habisan semua bentuk kemajuan baru dan anti dunia, tanpa mencari sebab mengapa pemimpin yang mengaku Islam itu tidak mengamalkan ajaran Islam. Golongan ini tidak berhubung dengan pemimpin yang mengaku Islam itu dan hanya mendiamkan diri tanpa cuba memperbaiki diri dan pemimpin .
2. Golongan yang berganding bahu dan berkerjasama dengan pemimpin yang mengaku Islam demi mendapatkan keuntungan duniawi. Mereka tidak langsung memberi perhatian untuk membetulkan aqidah pemimpin itu. Golongan ini tidak mempunyai rasa tanggungjawab dan amanah untuk memperbaiki dan membentuk semula ummah Islamiah.
Sedih sangat2. Bukan sama2 pakat nak bina akhlak golongan muda Islam yang makin terpesong&keliru. Yang tahu pemimpin kita asyik bergaduh dan bercakaran sesama sendiri.

Hangat Tahi Ayam

Setiap kali ada kemalangan meragut banyak nyawa, macam2 cadangan ditimbulkan. Rakyat sudah boring asyik cadangan. Cakap benda yang sama. Lepas tu senyap tiada apa2 pun. Hangat2 tahi ayam. Cadangan, kajian, cadangan, kajian, cadangan lagi lepas tu kajian. Lepas kajian cakap tingkatkan pemantauan. Dua bulan lepas tu bila isu itu dah sejuk, semua cadangan, kajian dan pemantauan itu hilang. Entah ke mana.
Lepas tu duduk tujuh lapan bulan, tiba2 kemalangan ragut banyak nyawa berlaku lagi. Maka akan timbul lah macam2 cadangan, kajian, cadangan, kajian, cadangan lagi lepas tu kajian lagi. Lepas kajian cakap tingkatkan pemantauan. Dua bulan lepas tu bila isu itu dah sejuk, semua cadangan, kajian dan pemantauan itu hilang. Entah ke mana.
Begitulah seterusnya dan begitulah budaya kita rakyat Malaysia yang terkenal dengan budi bahasa dan senyuman yang kadang2 tidak ikhlas.

Nasib Melayu seperti telur dihujung tanduk

Selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, ramai mula membicarakan soal ketuanan Melayu dan ada yang mendakwa nasib bangsa Melayu di tanah air sendiri mula terancam. Melayu mungkin menjadi penumpang di bumi yang pernah di panggil Tanah Melayu.
Ramai menyuarakan kebimbangan kedaulatan politik Melayu tercabar dengan peralihan sokongan orang Melayu kepada Umno seperti dilihat pada PRU lalu.
Semua perkara yang berkaitan dengan Melayu disentuh dan kalau boleh perkataan Melayu tidak boleh ada atau di dengar di bumi Malaysia. Sampai begitu sekali teruknya. Sekarang ini hati orang Melayu sering terguris. Sedih melihat nasib Melayu yang dilihat semakin layu... Orang muda India dan Cina sekarang tidak tahu hormat Melayu. Lagak dan samsengnya lain macam sikit.
Lebih daripada itu, konsep Ketuanan Melayu yang selama 50 tahun sunyi dan tidak dipersoalkan, tiba-tiba menjadi kritikan di kalangan pemimpin bukan Melayu. Lebih menyedihkan ada pemimpin Umno yang terikut2 rentak politik pembangkang.
Takkan Melayu hilang di dunia? Tak mustahil suatu hari nanti akan hilang Melayu di dunia ini kerana ramai perempuan Melayu sekrang berebut2 nak kahwin dengan Mat Salleh, Pak Arab, Mat Bangla dan mcm2 Mat dan Pak lagi. Kalau tinggal pun Melayu hanya pada nama saja, tapi identiti Kemelayuan itu sudah hilang.

Cakap tak serupa bikin

Dulu Pas tuduh Umno kafir sebab kerjasama dengan orang kafir (MCA dan MIC). Tapi bila Pas kerjasama dengan DAP tak kafir pulak? Orang sokong Umno tidak masuk syurga. Kesian orang Umno tak masuk syurga. Kepada orang Pas tahniah sebab dah masuk syurga. Hebatnya tok guru boleh tentukan syurga neraka. Tahniah tok guru.

Kerana berebut Minyak kita jadi Orang Minyak

Pemimpin Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sengaja mempolitikkan isu royalti minyak di Kelantan untuk membangkitkankemarahan rakyat kepada Kerajaan Pusat walaupun sedar pengeluaran bahan api itu di kawasan bertindih di antara Malaysia, Thailand dan Vietnam.
Mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974, Kelantan memang tidak layak menerima royalti minyak kerana hasil minyak yang diperoleh itu merangkumi di kawasan zon ekonomi.
Islam mengajar umatnya bersyukur dan kerajaan negeri patut bersyukur. Tok Guru tidak bersyukur ke sampai nak doakan makhluk sesama Islam untuk terima bala?
Alhamdulillah, sekurang2nya kerajaan negeri Kelantan ada la juga duit untuk buat perbelanjaan. Kelantan akan menerima wang ihsan selepas KerajaanPusat menerima laporan dan maklumat daripada Petronas berhubung jumlah pengeluaran minyak di luar kawasan perairan Kelantan.
Sebagai orang Islam cakap lah Alhamdulillah, sekurang2nya ada juga rezeki untuk rakyat. Sepatutnya Tok Guru berdoa semoga negeri yang kononnya Serambi Mekah itu akan terus dilimpahi rezeki. Banyak2 kan lah berdoa semoga pintu hati pemimpin kerajaan akan lebih dibuka untuk menolong Kelantan. Ini tak, macam2 cakap sampai supaya memusnahkan masa depanPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno.
Saya yang jahil agama pun tahu mana boleh doa kepada sesama Islam macam itu. Haram di sisi Islam, apatah lagi pihak dimaksudkan itu saudara seagama dan seorang pemimpin beragama Islam.
Umat Islam sepatutnya berdoa dan memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah, kesejahteraan, kesenangan serta keselamatan terhadap orang lain, terutama saudara seagama, bahkankepada orang kafir.
Celik lah mata pemimpin Pas makin tidak tentu arah kerana menjadi mangsa mainan pemimpin PKR dan DAP. Semuanya dihasut oleh pemimpin PKR dan DAP. Apa yang DSAI buat masa jadi TPM? Apabila masuk pembangkang cakap itu lah, ini lah, semua termakan hasutan.
Kadang2 semua pemimpin Islam bercakap macam tidak takut mati....

Berundurlah Tok Guru

Kalau tengokkan kemelut di Kelantan sekarang, masalah dalamannya cukup berat. Tok guru dalam persimpangan antara masalah keluarga dan negeri. Tapi kalau difikir2kan, eloklah Tok Guru berundur. Serahkan takhta MB itu kat orang lain. Ramai pemimpin Pas duk idamkan takhta MB Kelantan tu. Kalau tidak orang dalam Pas pun, ramai pemimpin DAP atau PKR duk berangan nak jadi MB Kelantan (Kalau betul Tok Guru nak bagi orang bukan Islam jadi MB). Ye lah, tanah di Kelantan banyak lagi yang belum terusik.
Baik Tok Guru duduk kat pondok ajar anak2 Kelantan hal agama, dari cakap bab agama tak tentu pasal yang lagi memeningkan orang Islam. Di Kelantan banyak anak perempuan yang pakai nampak pusat & nampah lurah dada & bontot. Turunkan la papan bilboard yang paparkan Tok Guru sedang berdoa sambil menitiskan air mata yang banyak di Kelantan itu. Tak perlu tunjuk tengah menangis masa berdoa. Nak gunakan agama untuk kepentingan diri ke. Orang lain pun kadang2 menangis juga berdoa atas sejadah. Tapi air mata yang menangis masa berdoa itu antara dua, sama ada sebab merayu dan merintih mohon sesuatu dimakbulkan atau berdoa mohon keampunan sebab banyak dosa. Tok guru yang mana satu?
Islam agama yang sangat suci dan sangat indah. Sukar hendak digambarkan dengan kata2. Tapi kalau pemimpin dan ahli Pas sendiri pun perangai macam entan apa2, jangan guna nama Islam, buat malu jer. Kadang2 manusia yang tidak berserban, tidak berkopiah, tidang bertudung litup, hatinya lebih suci, lebih mulia.
Saya melihat sendiri sikap penyokong Pas ketika pilihan raya kecil Bagan Pinang, lelaki dan perempuan (rasa orang Islam sebab berkopiah dan bertudung) melompat2 memaki orang BN. Lebih menyedihkan ada dua tiga orang perempuan yang tersilap jalan, lalu dikalangan penyokong Pas, perempuan2 itu dimaki dan dihambur kata2 lucah. Lebih menyedihkan penyokong Pas yang perempuan itu turut memaki hamun penyokong perempuan BN itu. Allahuakbar... Allah Maha Besar menyedihkan perangai oleh orang yang mengaku pejuang Islam. Penyokong Pas lelaki itu berkopiah, yang perempuan Pas pula bertudung labuh. Ini kah Islam yang diajar oleh Tok Guru. Nauzubillah...
Saya mengaku jahil bab agama, tetapi malu bila melihat gelagat itu. Orang kafir hanya ketawa terbahak2 di dalam hati melihat gelagat orang Islam bermusuh sesama Islam. Jangan ingat sudah berkopiah dan pergi masjid lima kali sehari, diri sudah rasa tinggi, ilmu agama tinggi. Tiada guna pergi masjid, dengar ceramah agama, tapi sebaik saja turun tangga masjid, mengumpat orang...

Tanda kiamat

Salah satu tanda kiamat ialah akan ada manusia yang memperoleh keuntungan dunia dengan menjual agama. Maknanya manusia seperti ini akan buat2 warak bagi mencapai kepentingan diri... Selain itu akan muncul manusia yang akan melakukan apa saja untuk mendapatkan sesuatu, tidak kira secara halal atau haram.

Bukan Islam boleh jadi MB Kelantan??

Tok Guru Nik Aziz cakap orang Cina boleh jadi MB di Kelantan. Orang bukan Islam boleh memimpin negeri Islam. Sedangkan orang kafir susah untuk memberi jalan bagi orang Islam menjadi pemimpin, inikan pula ramai orang Islam yang yang layak, tiba2 orang kafir diangkat jadi pemimpin di negeri yang kononnya serambi Mekah.
Maaf tok guru, semasa zaman sekolah dulu, tok guru adalah seorang tokoh politik yang pada saya seimbang dunia dan akhirat. Saya kagum dengan kepetahan tok guru berbicara soal agama. Tapi, sejak dua tiga tahun kebelakangan ini saya makin keliru dengan kata-kata tok guru.
Kadang2 saya terfikir adakah kata-kata tok guru ikhlas demi agama atau sekadar retorik politik. Saya kecewa bila Pas kerjasama dengan DAP walhal dulu tok guru dan konco2 cukup marah Umno bekerjasama dengan cina iaitu MCA. Penceramah politik Pas macam2 cakap kat Umno dulu.
Kenapa bukan dari dulu lagi tok guru tak cakap pasal pemimpin Cina dibenar jadi MB di Kelantan. Kenapa tidak 10 tahun dulu. Kenapa baru sekarang tok guru bangkitkan perkara ini. Orang jahil seperti saya semakin keliru dengan agama Islam. Agama seolah2 barang mainan. Orang jahil seperti saya tidak layak menegur tok guru. Tapi, saya berharap tok guru dapat jelaskan sebab musabab setiap kata2 yang dilontarkan.
Semoga ada tokoh agama atau ulama yang tampil menjelaskan pelbagai kekeliruan berkaitan agama Islam. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan di sembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Semoga orang yang mempermainkan Agama akan dilaknat oleh Allah swt dan akan mendapat balasan setimpal di akhirat kelak. Siapa yang betul? hanya Allah SWT yang maha mengetahui.

Monday, December 28, 2009

PRU 13 penentu untung nasib Melayu

Tidak sabarnya menanti Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Selepas PRU 12, nasib Melayu pun sudah terumbang ambing. Kuasa politik Melayu sudah hilang. Kadang2 orang Melayu hanya mampu melihat dan paling tidak pun hanya mengeluh apabila hak orang Melayu asyik dipertikai.
Walau apapun, keputusan PRU 12 harus dihormati. Keputusan PRU12 adalah manifestasi kehendak dan luahan rakyat selama ini.
Pemimpin Umno tersentak apabila melihat keputusan PRU 12. Mulalah mereka insaf dan merendah diri dengan rakyat. Kalau sebelum ini mereka rasa gah apabila berkereta besar dan berpakaian yang dibeli dari luar negara apabila masuk kampung jumpa rakyat. Tetapi tidak sekarang.
Bilah sudah terhantuk, mereka mula merendah diri dan lebih selalu senyum dengan rakyat. Bukan buat ego mcm sebelum PRU 12. Kadang-kadang orang boleh nilai. Pemimpin Pas datang ke kampung dengan memakai kain, baju biasa2 saja, pakai seluar slack pun biasa2 saja, rakyat rasa selesa bila mendampingi pemimpin macam ini.
Tapi orang Umno masuk kampung dengan berpakaian smart, berkaca mata hitam dan kadang2 bertali leher. Orang kampung nak masuk dekat pun takut. Ini bukan pemimpin berjiwa rakyat. Kalau tanya orang dibandar dan kampung, mereka rasa tertipu kerana hidup mereka terus terhimpit dengan pelbagai masalah, tetapi pemimpin kerajaan seolah-olah hidup mewah tanpa pernah sekali pun cuba menyelami hati rakyat yang duit cukup2 makan je.
Mungkin PRu 13 nanti memihak kepada Umno jika rakyat menerima perubahan sikap pemimpin Umno. Tetapi, ingat sekiranya mereka ditipu lagi, mereka tidak akan teragak-agak menghukum PRU13.
Bagi orang Melayu, janganlah cuba menjadi jaguh pejuang bangsa Melayu. Mereka harus melihat kelemahan diri sendiri. Mereka harus ikhlas dalam perjuangan, bukan agenda dan kepentingan peribadi yang dicari. Bagi Melayu, hanya masa yang akan menentukan nasib mereka.
Apakah nasib kita di bumi sendiri, terus tertindas dan ditindas oleh pemimpin yang hanya gah dari slogan untuk membantu rakyat, tetapi tidak pernah merasa walaupun hanya tempiasnya.
Kita tidak mahu Umno hanya menjadi tinggalan sejarah dan perjuangannya akan dipaparkan di muzium dan buku sejarah. Kita tidak mahu bendera Umno akan diturunkan seperti bendera Union Jack yang hanya diingati pada nama.
Kita tidak mahu Umno musnah kerana kesilapan dan kegelojohan sesetengah pemimpinnya. Seperti sebuah pasukan bola sepak, kerana sikap seorang pemain yang dilayangkan kad merah kerana suka bermain jahat, maka kesannya kepada pasukan itu sendiri yang terpaksa bertahan berjuang dengan 10 pemain. Namun, selama mana pasukan yang bermain 10 orang itu dapat bertahan menentang lawan yang ada 11 pemain. Kalau nasib baik, dapat bertahan sampai 90 minit perlawanan, tetapi kalau sebaliknya...?

Pekida pertubuhan Gangster?

Saya percaya ramai yang pernah dengar nama Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida). Pekida sering dikaitkan dengan orang Melayu. Ramai menganggapnya gangster Melayu. Geng penarik kereta, bonser kelab malam, penjaga parking kereta biasanya dikaitkan dengan pekida.
Tetapi, jangan salah faham. Namanya pun sudah ke arah kesilaman. Amal Mahruf nahil mungkar. Sebenarnya ramai orang baik2 dalam Pekida. Perjuangannya ikhlas demi agama bangsa dan negara. Kadang2 ramai ahli masuk pekida tidak faham konsep perjuangannya. Ramai yang menggunakan pengaruh Pekida untuk tunjuk lagak dan rasa diri hebat.
Biasanya orang yang mencemarkan nama baik Pekida ini budak2 muda. Bila baiah dan sah jadi ahli, mula diri rasa besar kepala. Tunjuk hebat, sikit2 nak cari gaduh.
Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Sikap segelintir ahli ini merosakkan nama Pekida. Aku tidak nafikan semangat persahabatan dan persaudaraan ahli Pekida. Pendek kata, kalau engkau sakit, aku pun sakit la. Baguslah kalau macam itu. Tapi, lebih bagus semua pakat kerjasama tingkat ekonomi orang Melayu.
Ingat Pekida pertubuhan berdaftar yang sah. Bukan gangster. (Tapi kadang2 terpaksa tunjuk gangster bagi melindungi hak Melayu). Kalau hendak tunjuk hebat dan power biarlah bertempat. Jangan duk cari gaduh sama Melayu...

Sedikit latar belakang Pekida yang dicedok dalam internet.
Pertubuhan ini telah didaftarkan pada 10hb. Mei 1983, Nombor Pendaftaran 146/83 di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan peraturan-peraturan 1984 yang beralamat di No. 5A Bangunan MPSP, Jalan Pasar, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman iaitu Ibu Pejabat yang sekarang.
Bagi memudahkan segala bentuk urusan dan menambah keberkesanan keseluruhan pentadbiran, maka pada awal tahun ini, Ibu Pejabat PEKIDA MALAYSIA telah dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di alamat : 69E, 4A Bangunan KOBENA, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur.
Pada tahun 1997, Pertubuhan telah meluluskan keahlian baru seramai 1,995 orang dan tahun 1998 seramai 958 orang sahaja. Jumlah ahli yang berdaftar setakat 31hb. Dis 1997 ialah seramai 14,295 orang dan pada 31hb. Dis 1998 ialah seramai 15,253 orang. Sehingga Hari ini PEKIDA telah mendaftarkan kira-kira 50,000 orang ahli.

Kalaulah pemimpin Melayu bersatu

Kalaulah pemimpin Melayu bersatu dalam bidang politik, sekurang-kurangnya orang Melayu kembali kuat dalam politik, kalau tidak pun ekonomi. Kalaulah BN dan Pas bersatu. Bayangkan kalau Tun M, Pak Lah, Ku Li, DS Najib, TS Muhyiddin, Rais Yatim, Tun Musa Hitam duduk semeja dan sebaris dengan Tok Guru Nik Aziz, DS Abdul Hadi Awang, Ds Azizan abdul Razak, Nasharuddin Mat Isa, Husam Musa, Datuk Nakhaie Ahmad dll pemimpin Umno dan Pas yang tidak disebut
Peristiwa 1972 sepatutnya dilupakan oleh Pas yang ketika itu menerim pelawaan Allahyarham Tun Abdul Razak untuk menyertai BN tetapi akhirnya disingkirkan oleh BN. Peristiwa itu memang menjadi antara igauan Pas. Namun, dalam konteks sekarang kenapa sukar sangat untuk pemimpin Umno dan Pas membuang ego masing-masing.
Kalaulah Umno dan Pas bersatu, sudah pasti pemimpin ultra Cina seperti LKS dan ultra India seperti KS dan konco2nya akan menggigil. Jangan lah berbohong bahawa tiada semangat perkauman di negara ini. Melayu sudah pasti dengan semangat kemelayuannya dan begitu juga dengan India dan Cina. Cuma, mungkin semangat perkauman itu perlu diubah dengan memberi kesemarataan kepada semua kaum. Umno dan BN mungkin sudah berjaya memberi kesemarataan kepada semua kaum, walau ia mungkin belum sepenuhnya. Tetapi, Cina dan India tetap bahagia, boleh makan dan boleh menganut agama masing-masing tanpa halangan. Kalau negara lain, silap2 tengah sembah tuhan masing-masing pun, silap2 datang orang tembak atau tetak dengan parang dari belakang. tapi, ini tidak berlaku di Malaysia.
Tidak faham kenapa ada seorang dua pemimpin pembangkang suka panaskan isu perkauman. suka sangat sebut itu dan ini pasal Melayu. Suka sangat sentuh hal orang Melayu. Sampai masjid pun di sentuh.
Bangkitlah wahai Melayu. Selagi parti politik Melayu berpecah, Islam dan Melayu akan terus lemah. Kepada golongan muda yang semakin berpendidikan dan bijak pandai, nilailah sedalam2nya. Sekarang ini, makin ramai golongan muda Melayu yang tidak ambil kisah dengan nasib politik Melayu. Golongan ini tidak kisah dengan nasib Tanah Melayu dan Malaysia yang semakin hari semakin hilang seri kemelayuannya. Nasib orang Melayu hanya bergantung terhadap Umno dan Pas.... Susah sangat ke dua untuk menjadi satu....
Ingatlah, hidup di dunia hanya sementara. Hebat macam mana pun ke kubur juga kita akhirnya. Kalau semua Islam ingat benda ini, akan tiada sengketa. Tetapi nak buat macam mana, Allah swt sudah katakan, syaitan dan iblis akan tetap menghasut anak cucu adam....

Sunday, December 27, 2009

Antara kokurikulum dan buku

Pengiraan merit yang diguna pakai ketika ini iaitu 90 peratus bagi akademik dan 10 peratus kokurikulum sebagai syarat kemasukan ke ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan diubah mulai tahundepan.
Maknanya, lepas ni murid/pelajar sekolah kena aktif la dalam pengakap, bulan sabit merah, kadet remaja sekolah dan macam2 persatuan lain yang ada di sekolah. Selain itu, selepas ini kena aktif la sukan, baru dapat sijil. Bukan macam sebelum ni sekadar daftar je dalam persatuan atau kelab sukan, tetapi jadi ahli tidur.
Kalau Kementerian Pelajaran benar2 hendak melaksanakannya, baguslah tidak la lahirkan pelajar ulat buku semata2. Kreativiti tiada. Kalau dilihat pelajar yang aktif dalam kokurikulum di sekolah sebenarnya pemikiran mereka lebih luas dan matang.
Tetapi, harap2 Kementerian Pelajaran sediakan kemudahan sukan di sekolah2 secukupnya. Tapi, macam mana sekolah yang tiada padang? Jumlah guru sukan pun mesti ditambah dan biarlah berkualiti. Jangan nama guru sukan, tetapi nak tendang bola pun tidak reti. Jangan pula sebab nak menampung dasar baru pendidikan, kementerian terpaksa lahirkan guru sukan kaki bangku.
Selain itu, eloklah juga kalau dipertimbangkan bina satu lagi sekolah sukan di Malaysia ini......

Macam2 cadangan bila accident

Kalau accident, macam2 idea, pandangan kita dengar. suruhanjaya macam2 suruhanjaya. hasilnya sama. Kalau kita tengok yang jaga bab pengangkutan ini banyak. LPKP, JPJ, JKJR dan macam2. Belum lagi polis trafik.
Rakyat sudah bosan dengan perkataan kita akan mesyuarat, kaji selidik, tingkatkan pemantauan, tindakan tegas akan diambil. Alih2 punca bas accident tetap sama. pemandu mengantuk dan tidak cukup rehat.
Cuba penguatkuasa di jalan raya tengok bas dan lori di jalan persekutuan atau lebuh raya. Parking sesuka hati di tepi jalan. Lampu brek tambahan selalu rosak, tidak nyala. Selalu tayar meletup. Punca kemalangan benda yang sama.
Mana perginya kamera penguatkuasaan automatik (AES). Cadangan sudah bertahun. Dari dulu lagi asyik dalam peringkat kajian dan percubaan. Banyak negara menggunakannya dan sudah terbukti berkesan menurunkan statistik kemalangan.
Sebagai manusia dan pemerintah di negara yang dicintai ini, kita hanya merancang, selebihnya tuhan menentukan. InsyaAllah, jika kerja yang dilakukan ikhlas dan demi rakyat, ada ganjarannya nanti.
Tapi, kalau kadar kemalangan dijadikan salah satu KPI Menteri dan kementerian menarik jugak kan....

Bersediakah kita?

Di UK ada parti Konservatif dan parti Buruh, di Amerika Syarikat ada parti Republikan dan parti Demokrat manakala di Malaysia ada parti BN dan parti PKR.... Jadi?

Ramai yang tidak tahu parti di UK dan di Amerika itu selalu bertukar memerintah. Jadi??? bersediakah kita untuk meniru landskap politik di UK dan Amerika itu??? Tepuk dada tanya selera.

Saturday, December 26, 2009

Wasiat Raja Melayu

Orang Melayu perlu memahami dan meneliti mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.
Wasiat itu yang disampaikan ketika Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayupada 5 Ogos 1957 ialah:
* Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit
yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama
Malaysia);
*Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu
isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan
hutan simpan, tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus,
selebihnya kamu rebutlah bersama kaum lain;
* Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak
milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras
kekacauan dalam negara dan ancaman luar;
* Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu
memerintah negara ini;
* Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan;
* Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu;
* Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu
untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum
lain. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan
Sarawak).
Wasiat sembilan Raja Melayu dari empat negeri Melayu Bersekutu dan lima tidak Bersekutu itu, disampaikan sebelum merdeka kepada rakyat Melayu, yang juga rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.
Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaulatan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal tertentu.

Kerana Jus Soli

Jus soli (bahasa Latin bagi "hak untuk kawasan") atau kewarganegaraan hak lahir bermaksud hak kerakyatan sama rata iaitu taraf kerakyatan yang diberi berdasarkan tempat kelahiran tanpa mengira bangsa dan keturunan. Menjelangnya abad kesembilan belas, negara telah mula terbahagi kepada mereka yang mempunyai kerakyatan terhadap tanahnya mengikut jus soli (Perancis, contohnya) dan memiliki tanahnya mengikut jus sanguinis (hak darah) (Jerman, contohnya). Walau bagaimanapun, kebanyakan negara Eropah menerima konsep Jerman sebagai "kenegaraan objektif", berdasarkan darah, bangsa atau bahasa (seperti takrifan klasik Fichte bagi sebuah negara), membuatkan mereka bertentangan dengan ahli republik Ernest Renan yang mencadangkan "kenegaraan subjektif", berdasarkan pungutan suara harian bagi perlengkapan tanah airnya. Konsep bagi kenegaraan yang tidak penting ini membolehkan pelaksaan jus soli, menentang kepada jus sanguinis. Walau bagaimanapun, dengan penambahan pelarian masa kini telah mengkaburkan beza antara keduanya.

Jus soli adalah biasa digunakan di negara maju yang berhasrat untuk meningkatkan warganegara mereka, begitu juga negara di Hemisfera Barat yang menginginkan pertambahan penduduk melalui penempatan. Ia juga dipraktikkan di sesetengah negara membangun, terutamanya di Pakistan. Sesetengah negara yang menggunakan jus soli termasuklah:
Argentina
Barbados
Brazil
Kanada
Colombia
Jamaica
Mexico
Pakistan
Peru
Amerika Syarikat
Uruguay
Republik Dominica

Pengubahsuaian jus soli

Dalam sesetengah negara, permohonan automatik jus soli telah diubah kepada sistem yang meletakkan beberapa keperluan bagi anak-anak yang ibu bapanya merupakan rakyat asing, seperti ibu bapa adalah mustautin atau tinggal di negara tersebut buat masa yang lama. Jus soli telah diubah di negara-negara berikut:
United Kingdom pada 1 Januari 1983
Australia pada 20 Ogos 1986
Ireland pada 1 Januari 2005
New Zealand pada 1 Januari 2006
Perancis

Undang-undang kewarganegaraan Jerman telah berubah pada 1 Januari 2000 untuk memperkenalkan konsep jus soli yang diubahsuai. Sebelum itu, undang-undang mereka berlandaskan jus sanguinis.
Pengubahsuaian jus soli telah dikritik kerana menyumbang masalah global tidak berwarganegara, termasuk mencipta kelas sosial yang tidak dapat diletakkan dalam kelas sedia ada serta banyak lagi cabaran seperti yang berlaku di Australia. Di sana, kanak-kanak harus berumur sepuluh tahun sebelum mereka dilayan setara di mata undang-undang.
Pada pihak yang lain pula, bagi tempat seperti di Amerika Syarikat, jus soli dikreditkan dengan kebolehan negara untuk mengintegrasikan pelbagai bangsa dan mengurangkan persengketaan sosial berbanding negara lain. Walaupun jus soli jelas dinyatakan dalam Pindaan Keempat Belas bagi Perlembagaan Amerika Syarikat, pihak kehakimam mengenalpasti bahawa falsafah itu telahpun bersepadu dalam perlembagaan negara mereka.
Kanak-kanak yang lahir di kalangan diplomat asing sering kali tidak diiktiraf kewarganegaraan negara kelahiran walaupun negara itu mengamalkan jus soli.

Pemansuhan jus soli
Sesetengah negara yang pernah mengamalkan jus soli telah memansuhkannya dan hanya mengiktiraf kewarganegaraan kanak-kanak yang lahir di negara itu jika ibu bapa mereka merupakan warganegara itu. Negara tersebut ialah:
India pada 1 Julai 1987
Malta pada 1 Ogos 1989

Percubaan jus soli dalam Malayan Union
Prinsip ini digunakan juga pada tahun
1945 oleh pihak British dan dilaksanakan oleh gagasan Malayan Union pada tahun 1946. Menurut pandangan nasionalisme, prinsip jus soli ini menguntungkan golongan imigran (orang dagang) kerana mereka boleh memperoleh kerakyatan dengan mudah di sesuatu tempat. Prinsip jus soli diperkenalkan untuk menyelesaikan status kerakyatan kaum imigran dalam gagasan Malayan Union.

Dalam konteks Malaysia, Tunku Abdul Rahman menggunakan diplomasi bagi membolehkan kemerdekaan diperoleh dengan cara yang teratur (orang Melayu suka berbincang, mengalah. Cepat marah, cepat sejuk. Sebab itu kaum lain suka ambil kesempatan). Pembentukan perlembagaan oleh Tunku Abdul Rahman jadi sukar dengan sikap British yang enggan untuk menghantar pulang tenaga kerja asing yang memaksa beliau mengutarakan idea kerakyatan bagi mereka yang lahir di tanah Melayu ini.
Namun, tidak ramai generasi hari ini menyedari bahawa hakikat kerakyatan tenaga kerja asing di negara ini adalah berdasarkan prinsip jus soli yang diambil kira dalam pembentukan perlembagaan.
Pada waktu itu, ramai orang Melayu membantah. Tapi, nak buat macam mana, sikap orang Melayu, selalu taat kepada pemimpin. Sebagai imbangan dari ribut sahsiah bangsa Melayu itulah konsep hak istimewa Melayu digunakan dan dipersetujui oleh semua.
Kaum pendatang tidak terfikir bentuk negara apakah yang akan dimerdekakan kerana dibayangi dilema kewarganegaraan. Konsep hak istimewa Melayu dipersetujui oleh mereka bagi menjamin prinsip jus soli digunapakai.
Jadi, DAP serta kaum minoriti di negara ini sepatutnya berterima kasih kerana mereka diberi status kerakyatan secara jus soli iaitu kerakyatan sama rata iaitu taraf kerakyatan yang diberi berdasarkan tempat kelahiran tanpa mengira bangsa dan keturunan dan bukannya mempersoal ketuanan Melayu.
Kenapa mereka tidak habis2 nak ungkit ketuanan Melayu? Nak hapuskan ketuanan Melayu? Adakah disebabkan ketuanan Melayu itu mereka tidak dapat cari makan di bumi bertuah Malaysia ini? Rasa-rasanya ramai juga jadi Doktor, Lawyer dan macam2 jawatan profesional lagi.
Jangan lagi diungkit benda yang sensitif. Baik difikirkan benda yang manfaat kepada kita semua. kepada YB kat parlimen itu, sudah2 lah berdebat benda yang tidak berfaedah. Suka sangat sentuh pasal hak orang Melayu. Jangan di jolok, kadang-kadang orang Melayu suka melatah. Nak sangat ke berlaku 13 Mei 1969 lagi...

Janganlah lupa jasa Tun M

Semua sekali saya tak fikir sampai RM10 billion…

Tun Dr Mahathir Mohamad menggangarkan beberapa kerugian besar yang dialami kerajaan sepanjang pentabirannya selama 22 tahun tidak sampai RM10 billion. Menjawab dakwaan yang terkandong dalam buku Malaysian Maverick karangan Barry Wain,bekas Perdana Menteri itu berkata jika jumlahnya mencecah RM100 billion kerajaan pasti ‘sudah parah’. Antara yang disenaraikan dalam buku itu ialah kerugian dalam pembelian timah dari spekulator,dagangan mata wang asing Bank Negara dan Bank Bumiputra di Hong Kong. Dalam tulisan terbaru dilaman blognya beliau berkata, “ semua sekali saya tidak fikir jumlahnya sampai RM10 billion.Jika kita rugi RM100 billion kerajaan sudah parah.” Dalam urus niaga timah beliau menjelaskan kerugian berlaku kerana bila tiba masanya timah itu perlu dihantar, para spekulator tidak dapat menghantar timah dalam bentuk sebenar dan serentak dengan itu Bursa Logam London pula memutuskan para spekulator tidak perlu menghormati perjanjian. “Kita rugi wang tetapi tidak berbillion seperti didakwa,”katanya. Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu jumlah sebenar Bank Negara rugi dalam urus dagangan mata wang asing. Katanya kerajaan menghentikan urusan berkenaan dan kerugian tidak seperti didakwa oleh Barry Wain. Beliau berkata sekalipun pertumbuhan negara agak lemah dalam beberapa tahun,tetapi kerajaan tidak pernah gagal memenuhi semua komitmen kewangan termasuk perkhidmatan pembayaran balik hutang.
"Malah, kita pada masa itu memiliki wang secukupnya untuk membayar hutang lebih awal,”ujarnya. Dr Mahathir juga membidas tindak tanduk Barry Wain,bekas wartawan Asian Wall Street Journal dan Asia Week yang kini dengan sebuah kumpulan pemikir Singapura, Institute of Southeast Asian Studies hanya berani menulis mengenai keburukan pemimpin Malaysia. Katanya penulis itu tahu jika dia menulis buruk mengenai pemimpin Singapura dia akan diheret ke mahkamah,di saman dan kena bayar ganti rugi besar. Menurutnya ramai penulis yang sudah didapati bersalah memfitnah bila mereka tulis sesuatu yang tidak digemari oleh pemimpin republik itu sebaliknya selamat kalau di Malaysia. Dr Mahathir berkata semasa pentabirannya beliau telah melaksanakan projek-projek yang dapat dilihat oleh rakyat seperti Jambatan Pulau Pinang,Menara Berkembar KLCC,Lapangan Terbang KLIA ,LRT,monorel,komuter,Proton,Cyberjaya,pembangunan Langkawi, Pelabuhan Utara di Klang dan sebilangan lebuhraya. “ Saya tidak fikir Barry Wain merujuk kepada projek-projek ini bila dia kata saya hanguskan RM100 billion wang kerajaan,”katanya.-

- kesian Tun M bekas pemimpin yang memerintah Malaysia yang DICINTAI ini selama 22 tahun terkongtang kanting sorang2 diserang tanpa mendapat back up dari sesiapa. Mana pejuang2 Melayu??? Tapi fikir2 buat apa dilayan orang2 gila yang suka kacau Malaysia ni. Memang dengki tengok orang Melayu haru biru di tanah yang dikatakan TANAH MELAYU. Tapi golongan muda Melayu yang cerdik pandai sekarang sebenarnya sedang dikelirukan oleh mereka yang mendakwa diri sebagai pejuang Melayu.... Yang cerdik pandai dekat IPTA dan IPTS pun semua rasa diri dah cukup pandai, dah cukup hebat, dah cukup terbuka. Rasa hebat sangat. Semua nak ubah. Kalau nak ubah nasib Melayu terbela tidak apa. Ini makin tidak tidak tentu arah. Melayu semakin lemah selemah lemahnya. Semua yang kerajaan buat tak betul, itu salah, ini pun salah. Hakikatnya tiada yang sempurna dalam hidup ini. Cuba kita bayangkan kalau pembangkang memerintah? Adakah kita bersedia PRU 13 nanti nak bagi kat barisan DSAI, LKS, KS... Pas ada tempat ke nanti?

kalau dah sampai waktunya kita memejamkan mata selama-lamanya

kemalangan bas sani ekspres berlaku semalan. sape yg salah. sampai 10 orang mati. jalan dah lurus. rasanya lebih kerap accident kt highway plus dari jalan gua musang-kuala krai yg jalannya bengkak bengkok.