Tidak sabarnya menanti Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Selepas PRU 12, nasib Melayu pun sudah terumbang ambing. Kuasa politik Melayu sudah hilang. Kadang2 orang Melayu hanya mampu melihat dan paling tidak pun hanya mengeluh apabila hak orang Melayu asyik dipertikai.
Walau apapun, keputusan PRU 12 harus dihormati. Keputusan PRU12 adalah manifestasi kehendak dan luahan rakyat selama ini.
Pemimpin Umno tersentak apabila melihat keputusan PRU 12. Mulalah mereka insaf dan merendah diri dengan rakyat. Kalau sebelum ini mereka rasa gah apabila berkereta besar dan berpakaian yang dibeli dari luar negara apabila masuk kampung jumpa rakyat. Tetapi tidak sekarang.
Bilah sudah terhantuk, mereka mula merendah diri dan lebih selalu senyum dengan rakyat. Bukan buat ego mcm sebelum PRU 12. Kadang-kadang orang boleh nilai. Pemimpin Pas datang ke kampung dengan memakai kain, baju biasa2 saja, pakai seluar slack pun biasa2 saja, rakyat rasa selesa bila mendampingi pemimpin macam ini.
Tapi orang Umno masuk kampung dengan berpakaian smart, berkaca mata hitam dan kadang2 bertali leher. Orang kampung nak masuk dekat pun takut. Ini bukan pemimpin berjiwa rakyat. Kalau tanya orang dibandar dan kampung, mereka rasa tertipu kerana hidup mereka terus terhimpit dengan pelbagai masalah, tetapi pemimpin kerajaan seolah-olah hidup mewah tanpa pernah sekali pun cuba menyelami hati rakyat yang duit cukup2 makan je.
Mungkin PRu 13 nanti memihak kepada Umno jika rakyat menerima perubahan sikap pemimpin Umno. Tetapi, ingat sekiranya mereka ditipu lagi, mereka tidak akan teragak-agak menghukum PRU13.
Bagi orang Melayu, janganlah cuba menjadi jaguh pejuang bangsa Melayu. Mereka harus melihat kelemahan diri sendiri. Mereka harus ikhlas dalam perjuangan, bukan agenda dan kepentingan peribadi yang dicari. Bagi Melayu, hanya masa yang akan menentukan nasib mereka.
Apakah nasib kita di bumi sendiri, terus tertindas dan ditindas oleh pemimpin yang hanya gah dari slogan untuk membantu rakyat, tetapi tidak pernah merasa walaupun hanya tempiasnya.
Kita tidak mahu Umno hanya menjadi tinggalan sejarah dan perjuangannya akan dipaparkan di muzium dan buku sejarah. Kita tidak mahu bendera Umno akan diturunkan seperti bendera Union Jack yang hanya diingati pada nama.
Kita tidak mahu Umno musnah kerana kesilapan dan kegelojohan sesetengah pemimpinnya. Seperti sebuah pasukan bola sepak, kerana sikap seorang pemain yang dilayangkan kad merah kerana suka bermain jahat, maka kesannya kepada pasukan itu sendiri yang terpaksa bertahan berjuang dengan 10 pemain. Namun, selama mana pasukan yang bermain 10 orang itu dapat bertahan menentang lawan yang ada 11 pemain. Kalau nasib baik, dapat bertahan sampai 90 minit perlawanan, tetapi kalau sebaliknya...?
No comments:
Post a Comment