Semua sekali saya tak fikir sampai RM10 billion…
Tun Dr Mahathir Mohamad menggangarkan beberapa kerugian besar yang dialami kerajaan sepanjang pentabirannya selama 22 tahun tidak sampai RM10 billion. Menjawab dakwaan yang terkandong dalam buku Malaysian Maverick karangan Barry Wain,bekas Perdana Menteri itu berkata jika jumlahnya mencecah RM100 billion kerajaan pasti ‘sudah parah’. Antara yang disenaraikan dalam buku itu ialah kerugian dalam pembelian timah dari spekulator,dagangan mata wang asing Bank Negara dan Bank Bumiputra di Hong Kong. Dalam tulisan terbaru dilaman blognya beliau berkata, “ semua sekali saya tidak fikir jumlahnya sampai RM10 billion.Jika kita rugi RM100 billion kerajaan sudah parah.” Dalam urus niaga timah beliau menjelaskan kerugian berlaku kerana bila tiba masanya timah itu perlu dihantar, para spekulator tidak dapat menghantar timah dalam bentuk sebenar dan serentak dengan itu Bursa Logam London pula memutuskan para spekulator tidak perlu menghormati perjanjian. “Kita rugi wang tetapi tidak berbillion seperti didakwa,”katanya. Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu jumlah sebenar Bank Negara rugi dalam urus dagangan mata wang asing. Katanya kerajaan menghentikan urusan berkenaan dan kerugian tidak seperti didakwa oleh Barry Wain. Beliau berkata sekalipun pertumbuhan negara agak lemah dalam beberapa tahun,tetapi kerajaan tidak pernah gagal memenuhi semua komitmen kewangan termasuk perkhidmatan pembayaran balik hutang.
"Malah, kita pada masa itu memiliki wang secukupnya untuk membayar hutang lebih awal,”ujarnya. Dr Mahathir juga membidas tindak tanduk Barry Wain,bekas wartawan Asian Wall Street Journal dan Asia Week yang kini dengan sebuah kumpulan pemikir Singapura, Institute of Southeast Asian Studies hanya berani menulis mengenai keburukan pemimpin Malaysia. Katanya penulis itu tahu jika dia menulis buruk mengenai pemimpin Singapura dia akan diheret ke mahkamah,di saman dan kena bayar ganti rugi besar. Menurutnya ramai penulis yang sudah didapati bersalah memfitnah bila mereka tulis sesuatu yang tidak digemari oleh pemimpin republik itu sebaliknya selamat kalau di Malaysia. Dr Mahathir berkata semasa pentabirannya beliau telah melaksanakan projek-projek yang dapat dilihat oleh rakyat seperti Jambatan Pulau Pinang,Menara Berkembar KLCC,Lapangan Terbang KLIA ,LRT,monorel,komuter,Proton,Cyberjaya,pembangunan Langkawi, Pelabuhan Utara di Klang dan sebilangan lebuhraya. “ Saya tidak fikir Barry Wain merujuk kepada projek-projek ini bila dia kata saya hanguskan RM100 billion wang kerajaan,”katanya.-
- kesian Tun M bekas pemimpin yang memerintah Malaysia yang DICINTAI ini selama 22 tahun terkongtang kanting sorang2 diserang tanpa mendapat back up dari sesiapa. Mana pejuang2 Melayu??? Tapi fikir2 buat apa dilayan orang2 gila yang suka kacau Malaysia ni. Memang dengki tengok orang Melayu haru biru di tanah yang dikatakan TANAH MELAYU. Tapi golongan muda Melayu yang cerdik pandai sekarang sebenarnya sedang dikelirukan oleh mereka yang mendakwa diri sebagai pejuang Melayu.... Yang cerdik pandai dekat IPTA dan IPTS pun semua rasa diri dah cukup pandai, dah cukup hebat, dah cukup terbuka. Rasa hebat sangat. Semua nak ubah. Kalau nak ubah nasib Melayu terbela tidak apa. Ini makin tidak tidak tentu arah. Melayu semakin lemah selemah lemahnya. Semua yang kerajaan buat tak betul, itu salah, ini pun salah. Hakikatnya tiada yang sempurna dalam hidup ini. Cuba kita bayangkan kalau pembangkang memerintah? Adakah kita bersedia PRU 13 nanti nak bagi kat barisan DSAI, LKS, KS... Pas ada tempat ke nanti?
hidup Tun....
ReplyDelete