Monday, April 26, 2010

BN menang, pembangkang kecoh

Akhirnya Barisan Nasional menang di Hulu Selangor selepas bertarung sengit denga Parti Keadilan Rakyat (PKR). Namun, seperti biasa ada saje modal pembangkang untuk menjadikan kemenanga BN itu sebagai isu. Antaranya mendakwa Bn membelanjakan lebih RM100 juta bagi menjamin kejayaan mereka merampas semula kerusi parlimen Hulu Selangor.
Itulah pembangkang, semua yang orang lain tidak betul. Kalau dia menang, semuanya baik dan molek, kalau orang lain menang semuanya tidak kena.
Memang dasar Anwar Ibrahim dan konco-konconya yang suka membuat kacau dan tidak dapat menerima kekalahan. Hanya yang mereka tahu hendak memuaskan nafsu mereka biar semua benda memihak kepada mereka.
Yang Anwar tahu hanya buat kecoh dan pertikai itu dan ini. Bantu rakyat tidak, bising je lebih. Masa Anwar dalam kabinet kerajaan BN, apa la sangat yang dia buat. Bila kat luar kabinet kerajaan cakap gegar2.

Thursday, April 8, 2010

Apabila seorang Menteri Melayu terpaksa minta maaf...

Apabila orang Melayu terlepas cakap tentang bangsa Cina dan India, orang Melayu akan segera minta maaf. Terbaru, seorang Menteri Melayu minta maaf dkt bangsa Cina kerana terlepas cakap sewaktu memberi ucapan dalam sebuah Majlis BN baru-baru ini.
Itulah orang Melayu, selalu memohon maaf dan mengalah walau kadang-kadang hati orang Melayu selalu terluka dan terguris dengan pelbagai kenyataan oleh bangsa lain.
Saya menyokong pembinaan negara bangsa dan mahu melihat Malaysia yang aman wujud. Bagi saya, kenyataan menteri itu tidak perlu diperbesarkan dan tidak perlu memohon maaf kerana ucapannya adalah berdasarkan cerita sejarah yang benar dan nyata. Menteri itu hanya membaca petikan daripada mendiang Tun Tan Siew Sin dan Mendiang Tun Sambanthan
Kalau macam itu, selepas ini subjek sejarah di sekolah tidak payah diajar. anak-anak kita di sekolah tidak lagi belajar tentang sejarah kemerdekaan negara dan bagaimana kita merdeka dan bagaimana berlakunya Jus soli. Sebab semua itu hanya melukakan hati kaum lain kalau cikgu tersalah ajar.
Orang Melayu tidak pernah membenci kaum Cina dan India malah orang Melayu menerima dengan tangan terbuka kedua-dua kaum itu. Cuma apa yang orang Melayu minta hormatilah apa yang termaktub dalam perlembagaan Negara. Orang Melayu tidak pernah marah orang Cina dan India tinggal di bumi bertuah ini, malah kautlah sebanyak mana kekayaan yang orang Cina dan India hendak di bumi bertuah ini.
Cuma apa yang orang Melayu minta adalah hormati sejarah dan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Negara. Malaysia tidak akan berjaya dan makmur kalau apa yang termaktub dalam Perlembagaan Negara dilanggar dan dicabuli. Percayalah, sejarah tetap sejarah dan ia tidak akan mampu disembunyi walau apa cara sekalipun. Malaysia akan aman kalau Cina dan India tidak lagi menyentuh apa yang termaktub dalam Perlembagaan Negara. Percayalah, saya orang Melayu dan kawan-kawan Melayu saya yang lain menerima orang Cina dan India dengan semangat persaudaraan dan tiada niat untuk bermusuh. Cuma, hormati kami sebagai orang Melayu. Jangan rosakkan keharmonian negara kita.

Thursday, April 1, 2010

Pati dari negara China dan India semakin ramai

Apabila orang bercakap tentang pendatang asing tanpa izin (PATI), orang akan bercakap tentang Pati yang ramai datangnya dari Indonesia, Bangladesh dan Nepal.
Kadang2 kita lupa tentang Pati dari negara China dan Pati dari India yang semakin ramai di negara ini. Kalau Pati dari Indonesia atau Nepal, kita boleh bezakan dengan rakyat Malaysia, tetapi kita sukar nak beza wajah dan kulit Pati dari negara China dan India dengan rakyat Malaysia yang berbangsa Cina dan India.
Kadang-kadang saya musykil kenapa operasi Pati sering kali gagal atau jumlah Pati yang ditangkap sangat sikit. Kepada Imigresen, kerja lah dengan betul2, jangan tipu rakyat dan paling penting berlaku jujur dengan Allah SWT.
Rakyat Malaysia dan paling terasa sekali orang Melayu semakin khuatir dengan nasib diri dan bangsa apabila semakin ramai Pati dari negara China dan India berada di kebanyakan ibu kota utama di negara ini.
Kebanjiran mereka seolah-olah dialu-alukan oleh pihak berkuasa di negara ini walau pada hakikatnya mereka adalah Pati dan tiada pengenalan diri.
Kepada Imigresen dan lebih tepat sekali seluruh organisasi dalam Kementerian Dalam Negeri berhenti menipu rakyat dengan janji kosong kononnya operasi besar-besaran Pati akan dan sentiasa dijalankan.
Hakikatnya, Pati semakin ramai dan tidak boleh dibendung lagi. Tuan punya Tanah Melayu pun semakin takut dan rasa tidak selamat berada di bumi sendiri.