Thursday, July 22, 2010

Jangan menjadi bodoh dengan hak asasi

petikan kenyataan Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
Suaram: Hak asasi semakin buruk di bawah Najib

Ulangtahun pertama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerajui negara terus dicemari dengan rekod buruknya dalam menangani hak asasi manusia, menurut laporan hak asasi Suaram 2009.

Dilancarkan hari ini, laporan itu memaparkan beberapa pencabulan yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan yang diterajui BN.

Penyelaras dan pemantau kumpulan itu, John Liu juga mendakwa salah guna kuasa oleh pegawai agensi penguatkuasaan juga semakin menjadi-jadi.

Komen saya: Pihak yang memperjuangkan hak asasi sebenarnya ada agenda dan kepentingan diri sendiri. kalau terlampau mengikut hak asasi satu kerja pun tidak boleh buat.
1.maknanya polis tidak boleh tembak penjenayah walaupun jelas penjenayah tu ada rekod jenayah termasuk pernah bunuh dan menyamun orang.
2.Tidak boleh tangkap suspek penjenayah walaupun ada bukti bersalah.
3. Tidak boleh tembak penjenayah walaupun perompak melakukan rompakan di depan mata polis.
4. Polis tidak boleh saman orang kerana ia langgar hak asasi. sebab hak asasi memberikan kebebasan kpd manusia untuk buat apa saja termasuk melanggar kesalahan. (ada hobi manusia yang suka langgar lalu lintas).
5. JPJ tidak boleh tangkap pesalah kenderaan cermin gelap kerana ia adalah hak asasi manusia (Takut kulit hangus kena matahari).
6. polis tidak boleh gari tangan pesalah sebab itu hak asasi manusia. Kesian sakit tangan.
7.Semua benda tidak boleh cakap salah termasuk nak buat seks depan orang ramai sbb itu hak asasi maanusia dan kebebasan manusia.
8. Hubungan seks melalui dubur sesama lelaki pn boleh dilakukan kerana ia adalah hak asasi lelaki yang mencintai lelaki.
9. Kita pun tidak boleh marah orang kencing merata-rata sebab itu adalah hak asasi.

Yang pejuang hak asasi sibuk perjuang hak asasi buat apa sedangkan negara maju seperti Amerika syarikat tu yg kononnya pejuang hak asasi tapi yg paling byk langgar hak asasi.
Kepada pejuang hak asasi tak payah cakap banyak la. Jangan jadi bodoh dan diperbodohkan. Penjenayah pun hendak bela. ada akal fikir la. Jangan kita keliru antara hak asasi dan nilai kehidupan.

Friday, July 16, 2010

Melayu lemah kerana dendam, kesumat, hasad dan dengki

Sedarkah kita bahawa perpaduan kita kini semakin terurai? Seolah-olah kita dambakan kehancuran. Sedarkah kita bahawa ketuanan kita semakin dicabar? Seolah-olah kita pendatang yang menumpang kemakmuran Tanah Melayu. Sedarkah kita bahawa kedaulatan kita semakin diasak? Seolah-olah kita bangsa lemah yang boleh diganyang dan dimamah sembarangan.

Semestinya kita sedar akan hakikat ini. Kita tahu kekuatan kita semakin menghilang. Kita sedar maruah kita semakin tergadai. Kita mengerti masa depan kita semakin tidak keruan. Kita pasrah Tanah Melayu yang diwarisi ini makin terlerai daripada genggaman kita. Namun, kita masih enggan memulihkan keadaan. Kita hanya berani menunjuk kekuatan terhadap sesama kita. Hanya tahu menghela amarah kepada bangsa sendiri. Tidak sanggup bangun menghulur tangan memohon maaf dan menggengam erat membina kembali kekuatan.

Insaflah saudaraku sekelian, Melayu bukan lagi bangsa yang dihormati. Kita bukan lagi dianggap tuan di Tanah Melayu, apa lagi sebagai penguasa di Nusantara. Kemasyuran kita sudah lama terkubur. Bangsa yang gah dan perkasa suatu ketika dulu sudah tiada lagi. Yang tinggal hanyalah bangsa yang lemah dan berpecah. Melayu telah layu. Gara-gara dendam dan kesumat serta hasad dan dengki sesama bangsa yang membaluti hati kita.

Saudaraku, kembalilah bersatu. Hentikanlah segala sengketa sesama kita. Perbaharuilah azam dan tekad kita. Letakkan semula perjuangan kita di landasan yang sebetulnya. Jadikan Tanah Melayu sebagai wadah perjuangan bangsa. Pertahankanlah warisan kita. Berdamailah, demi bangsa, nusa dan agama.