Tuesday, March 23, 2010

Anwar oh Anwar

Ada dua isu yang membuatkan perut dan `tuut' Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kecut gila babi.
1) DSAI diberi tempoh seminggu untuk menjelaskan dakwaan dibuatnya minggu lalu bahawa agensi perunding, Apco Worlwide yang dilantik kerajaan bagi menasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam isu gagasan 1Malaysia adalah pihak yang berada di belakang slogan 1Israel.
2) Pihak berkuasa menyiasat kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru mengenai rancangan 16 September 2008 Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia dakwaan serius membabitkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Saya yakin siasatan lanjut itu bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil jika terbukti kenyataan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim itu terbukti berasas.
Lagi pun saya hairan kenapa DSAI perlu lari keluar Dewan Rakyat baru-baru ini apabila YB Zahrain mendedahkan cerita itu. Kalau betul dakwaan YB Zahrain itu salah, kenapa DSAI tidak lawan dan pertahankan. Kenapa lari. Tak macho langsung. Cakap kat ceramah bergegar2..
Itulah padah orang suka berbohong dan memutar belit cerita. Tak habis2 menipu rakyat dengan cerita bukan2. Kepada DSAI, jangan ingat diri itu suci bersih dan tidak pernah buat silap. Ingat, segala pembohongan itu akan dilaknat jua oleh Allah SWT

Anwar oh Anwar Kenapa Engkau Takut
Macam mana aku tak takut, Aku dah buat salah
Anwar oh Anwar, Kenapa engkau buat salah
Macam mana aku tak buat salah, Aku suka menipu rakyat
Anwar oh Anwar kenapa kau suka menipu rakyat
Macam mana aku tak menipu rakyat, Aku nak jadi PM
Anwar oh Anwar kenapa kau nak jadi PM
Macam mana aku tak nak jadi PM, aku disokong Amerika
Anwar oh Anwar kenapa kau disokong Amerika
Macam mana Amerika tak sokong aku, Aku nak jadi pengkhianat negara

Saturday, March 6, 2010

Sekadar renungan...

APABILA MANUSIA SANGGUP MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIA... ITULAH ANTARA TANDA DUNIA DI AKHIR ZAMAN

H.R. TERMIZI

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah SAW bersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah SWT Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".

Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasanalasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya sernata-mata timbul dari kelicinan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.

Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.

Nik Aziz kebah dari sakit bila dapat mengata orang

Ini adalah contoh perangai tidak elok Menteri Besar Kelantan yang juga Musyridul Am Pas yang juga digelat Tok Guru agama yang terkenal dengan alimnya. (betul alim atau tidak saya tidak tahu, itu antara beliau dengan Allah SWT).
Dua tiga hari lepas sdaya dikhabarkan Tok Guru dimasukkan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sehari sebelum Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra berangkat pulang dari Singapura tengah hari Khamis.
Tok Guru itu di tempat di wad orang kenamaan hospital itu selepas mengadu sakit dada ketika menjalani pemeriksaan di klinik jantung universiti itu.
Malah, masalah kesihatan Tok Guru itu menyebabkannya beliau tidak dapat menyambut Sultan Kelantan yang berangkat pulang selepas mendapatkan rawatan perubatan di Singapura.
Di tengah2 ribut cakap Tok Guru tidak sihat, tetiba keluarnya kenyataannya yang mengatakan tindakan beberapa wakil rakyat PKR yang keluar parti dan menjadi wakil bebas disifatkan sebagai "buaya di sebalik batu".
Apa ni Tok Guru mengata orang buaya la. Sebelum ini cakap kat orang Jakun, ni buaya pulak. Apa, kena mengata, mengutuk orang dulu baru hilang sakit. Terus kebah dari sakit bila dapat hentam orang lain. Ini ke yang digelar Tok Guru, mengata orang macam2. Saya tidak respek langsung Tok Guru macam ini.
"Sedihnya, ribut tidak (ada), hujan pun tidak, tiba-tiba bah melanda! Syak saya teramat kuat akan adanya kepentingan politik (mereka) tersendiri. Ini bukannya udang di sebalik batu, bahkan buaya," kata Tok Guru.
Di dunia akhir zaman ini, memang ramai yang rasa dirinya cukup berilmu. Merasakan ilmu agama dirinya sangat tinggi dan hebat. Semua tindakan orang lain tidak betul, salah dan macam2. Di akhir zaman ini akan adanya orang yang rasa dirinya hebat dan semua tindakan orang lain adalah salah di sisi agama.
Ingatlah, bila2 masa kita akan dicabut nyawa. Tunggu, setiap dari kita pasti akan laluinya.
Kalau Ahli Parlimen Datuk Seri Zahrain Hashim (Bayan Lepas), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) keluar parti, Tok Guru jangan cepat melatah salahkan orang lain. Renung diri sendiri, cuba cari kelemahan. Saya tengok Tok Guru ini hanya tahu salahkan orang lain dan tuduh parti Umno dan BN macam2. Apa Pas ini tidak buat salah ke? Apa Tok Guru sendiri pun selalu betul ke?
Patut lah orang Pas perangai tidak betul. selalu rasa diri alim bila berkopiah dan berserban. Sebab Tok Guru nya pun tidak pernah tunjuk contoh dan teladan yang baik.
Namun, saya akui bukan semua orang Pas tidak betul. Saya pun ada kagumi dua tiga orang pemimpin dalam Pas yang saya lihat sangat berkaliber.
Dasar perjuangan Pas bagus, tapi sebab ada orang macam Tok Guru, Pas jadi tidak tentu hala. Kenapa Tok Guru nak menyibuk orang lain nak keluar pembangkang. Masing ada perjuangan sendiri. Satu lagi Tok Guru jangan cepat melabel orang itu ke ini ke. Tengok diri sendiri dulu. Sempurna sangat ke kita tu.

Thursday, March 4, 2010

Lim Kit Siang teraju baru Pakatan Rakyat?

Melihatkan suasana dalam Pakatan Rakyat ketika ini, DAP adalah parti yang paling banyak kerusi di Parlimen dengan 28 kerusi, PKR 27 kerusi manakala PAS 23 kerusi. Jika sebelum ini PKR menerusi Penasihatnya, DS Anwar Ibrahim layak menerajui Pakatan Rakyat kerana memiliki 30 kerusi, tetapi dengan pengumuman keluar parti oleh tiga orang Ahli Parlimennya menyebabkan jumlah kerusi PKR semakin sedikit.
Jadi, ini bermakna timbul persoalan adakah DAP akan memonopoli dari segi membuat keputusan dalam Pakatan Rakyat. Sudah pasti akan timbulnya krisis apabila DAP merasakan mereka yang patut memimpin Pakatan Rakyat memandangkan Ahli Parlimen mereka lebih ramai, selain keadaan DS Anwar Ibrahim yang lebih banyak memikirkan perbicaraan mahkamahnya dari memikirkan keadaan parti yang sedang dilanda badai ketika ini.
Krisis kepemimpinan dalam Pakatan Rakyat sebenarnya sudah boleh diduga. Pakatan Rakyat sendiri tidak mempunyai pemimpin pelapis yang berwibawa. Malah, banyak pemimpinnya atau Ahli Parlimennya lebih kepada calon bidan terjun dan tangkap muat untuk memenuhi kuota bagi membolehkan mereka bertanding dalam Pilihan Raya Umum lalu.
Kalau begitu keadaannya, adakah PAS akan menyokong Lim Kit Siang jika betul DAP menuntut kekuasaan dari PKR yang semakin berkurangan kerusinya di Parlimen?

Pas oh Pas...

Kenyataan Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang bahawa pihaknya akan mengadakan
solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan sekali lagi menggambarkan sikap jelik, bodoh dan tidak matang pemimpin Pas.
Sepatutnya Pas yang kononnya parti Islam tidak boleh malakukan perkara seegitu, apa lagi sesama Islam. Sepatutnya lebih baik parti Pas membuat solat hajat bagi kejayaan umat Islam di negara ini, solat hajat memohon supaya umat Islam di negara ini bersatu, bukannya dengan mendoakan yang buruk untuk orang lain.
Kepada Ahmad Awang, lebih baik buat solat hajat memohon supaya pemimpin Islam di negara ini bersatu atau solat hajat memohon Tok Guru sentiasa diberi kesihatan selalu daripada buat benda bukan-bukan.
Inilah sikap pemimpin Pas yang tidak pernah cerdik dan kerana kebodohan sesetengah pemimpin Pas punca orang kafir terus memperlekehkan umat Islam di negara ini. Janganlah kita jadi bodoh dengan mempergunakan agama demi kepentingan politik. Islam agama yang sangar indah dan orang2 yang kononnya alim dalam Pas, yang kononnya alim bila berserban sudah membuatkan umat Islam terus keliru.
Berikut ialah kenyataan Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang:
Ahmad berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan.
“Kita beri tempoh tujuh hari supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.
“Bentuk hukuman tersebut, biarlah Allah sahaja yang menentukannya,” kata Ahmad yang juga pesuruhjaya PAS negeri Perak pada pilihan raya umum sebelum ini.
Bekas naib presiden PAS itu mengulas tindakan Mohsin yang keluar PKR dan menjadi wakil bebas dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu kalimah Allah.