Saturday, January 30, 2010

Sekadar renungan...

Pangkat, kedudukan dan harta hanya sementara. Jangan rasa diri hebat dan berkuasa bila tidur di dalam rumah yang besar, duduk dikerusi yang empuk didalam kereta mewah dan melancong ke luar negara berkali2 setahun. Kadang2, kita hairan kenapa seseorang itu sering melancong ke luar negara, tetapi belum pernah sekali pun mengerjakan ibadat wajib iaitu haji.
Namun, ada juga orang yang selalu menunaikan haji dan umrah, tetapi perangai tidak berubah2 dan tetap hidup dalam kelalaian. Sekarang ini, seakan timbul trend dikalangan orang Melayu Islam yang sering menunaikan umrah. Pergi ke kota Mekah macam pergi melancong. Pergi ke tanah suci kononnya hendak bertaubat dan mencari keredaan Allah SWT, tetapi apabila pulang tetap dengan perangai lama dengan mengumpat orang, mencaci orang dan lalai dengan keseronokan dunia.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita,antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Thursday, January 28, 2010

Biar mati anak, jangan mati adat tidak lagi sesuai

Melayu tidak akan hilang di dunia. Itulah kata2 keramat Hang Tuah yang menjadi pegangan orang Melayu sampai sekarang. Saya ingin bertanya betul ke Melayu tidak akan hilang di dunia.
Memang Melayu tidak akan hilang dunia. Perkataan Melayu tidak akan hilang du dunia dan bangsa Melayu akan kekal dalam sejarah dan tidak akan hilang.
Cuma yang akan hilang ialah ciri2 Melayu, adat Melayu dan paras rupa Melayu yang akan hilang ditelan kemodenan dan adunan dunia barat.
Orang perempuan sekarang tidak akan reti lagi duduk bersimpuh, tidak reti lagi berjalan tunduk apabila lalu dihadapan orang tua dan tidak reti lagi walau untuk memakai kain batik. Itu baru sedikit dan tidak lama lagi semua adat dan peninggalan sejarah Melayu akan hilang.
Selepas ini pepatah Melayu Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat tidak lagi sesuai dengan perkembangan dunia dan kemodenan bumi ciptaan Allah SWT. Hakikat sekarang, manusia sanggup membuang adat asalkan dapat sesuaikan diri dengan dunia moden

Wednesday, January 27, 2010

Berhati-hati dengan dajal kecil

Islam diperkotak katikkan di sebuah negara Islam. Itu lah yang terjadi kepada Malaysia apabila isu kalimah Allah boleh dibangkitkan oleh orang kafir sesuka hati. Sebelum ini pun suara azan pun orang kafir nak pertikaikan. Inilah sifat orang kafir yang kurang hajar dan tidak pernah sedikit pun menghormati Islam. Apa lagi yang Islam dan orang Melayu di negara ini hendak bertolak ansur. Tiada sedikitpun ucapan terima kasih.
Terbaru, kepala babi dilontar di dalam masjid. Kepala babi yang haram bagi umat Islam itu dijumpai di perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.
Insiden itu merupakan yang terbaru perbuatan merosak dan mencemarkan rumah-rumat ibadat sepanjang tiga minggu lalu, yang membabitkan 11 gereja, sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua surau.
Serangan terhadap Islam ini semuanya berpunca dari sikap pemimpin Islam sendiri yang tidak bersatu dalam hal agama.
Saya harap dalangnya dibawa ke muka pengadilan. Bukan saja yang membabitkan kes masjid ini, tetapi juga mereka yang bertanggungjawab bukan sahaja didalam kes terbaru ini, tetapi juga kes membabitkan rumah ibadat yang lain.
Orang Islam bertengkar kerana kalimah Allah. Kita bercakaran kerana kalimah Allah. Kita diperbodohkan oleh orang kafir. Itulah sikap kita yang senang diperbodohkan. Ada yang dimarah, dicaci dan dikutuk oleh saudara sesama Islam kerana orang Islam itu sendiri mempertahankan kalimah suci Allah daripada dicemar oleh golongan yang terlalu mempertuhankan politik. Ada orang Islam sanggup melihat perkataam Allah dipijak dan ditendang ke sana sini kerana menjaga kepentingan politik masing-masing. Itulah dunia akhir zaman. Ingatlah wahai sahabat Islam, di akhir zaman Islam sangat pelik dan dipandang sangat hina. Hanya orang Islam yang betul2 kuat iman dan pegangannya akan bangga dengan agama Islam yang dianutinya itu. Akan ada nanti orang yang terus memperlekehkan Islam dengan pelbagai kata cacian dan hinaan.
Ingatlah, diluar sana banyak Dajal Kecil yang sangat bahaya untuk umat Islam. Dajal Kecil ini tidak lebih dari untuk mengeyangkan perut sendiri dan sanggup menghancurkan Islam.
Ingatlah, orang Melayu boleh berbeza fahaman politik asalkan bersatu menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara. Malangnya, saya melihat perkara ini tidak berlaku hari ini.
Ingatlah, kejatuhan banyak kerajaan Islam dulu bermula seperti apa yang berlaku di negara kita apabila Islam bergaduh sesama Islam. Kita berpecah sebab adanya fitnah menfitnah, dengki mendengki dan mcam2 lagi sifat syaitan.
Semua yang berlaku kerana hasutan kaum kafir seperti yang disebar oleh kaum munafiq seperti dalam perang Siffin. Kepada semua orang Melayu dan Islam, ingatlah apa yang berlaku hari ini adalah isyarat untuk kita berhenti bergaduh kerana perkara2 yang bodoh dan tidak masuk akal. Kita bergaduh dengan perkara yang langsung tidak memberi manfaat.
Kita selalu sangat mengalah dan berlembut hati. Kita hanya tahu bercakap tidak apa dan biarkan saja. kita selalu sangat terpedaya dengan laungan keadilan, demokrasi, meritokrasi sehingga tidak sedar bahawa laungan-laungan tersebut digunakan untuk membantu kumpulan tertentu mendapat kuasa tetapi melemahkan kedudukan kita sendiri.
Tindakan menterjemahkan perkataan God kepada Allah, bukannya Tuhan seperti sepatutnya, ialah satu usaha secara terang2an untuk memecah belah umat Islam dan tanda awal mencabar kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di negara ini.
Carilah titik pertemuan itu dan saya percaya kita akan berjumpa jalan yang sama untuk menuju kejayaan di dunia dan akhirat. Melayu dan Islam, ibarat irama dan lagu. Tidak boleh dipisahkan.
Seluruh umat Islam di negara ini perlu bertenang, saya yakin pihak polis akan dapat menangkap dalang yang membaling kepala babi itu. Saya percaya perkara itu dilakukan oleh segelintir pihak yang rasakan dirinya hebat sangat. Saya yakin rakyat Malaysia masih cintakan keamanan.

Melayu yang selalu layu

Kalau orang Melayu Islam sibuk nak tawarkan diri jaga gereja hari tu sampai cakap beribu2 ahli NGO Islam sanggup jaga gereja di Malaysia ini, orang kristian pula tidak mahu ke tawarkan diri untuk jaga masjid.
Kalau dah kepala babi dikesan dilontarkan di dua masjid sekitar Jalan Klang Lama, di ibu negara, hari ini, itu kes besar dan babi sangat sensitif bagi umat Islam.
Hari ini, kita dikejutkan dengan kepala babi berkenaan dijumpai di masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan di masjid Taman Sentosa.
Ke NGO Islam tidak mahu menjaga masjid, tetapi sanggup jaga gereja? Dari dulu lagi saya tidak setuju dengan NGO Islam yang duk rajin nak jaga gereja. Ada ke orang kafir cakap terima kasih. Sebab saya cakap NGO Islam ni kadang2 cerdik tak kena tempat.
Kenapa NGO Islam berdiam diri bila beberapa masjid di seluruh negara kena serang, tapi melatah tidak tentu pasal bila gereja kena serang. Saya pun tidak faham dan ramai orang Islam tidak faham.

Monday, January 25, 2010

Jangan biadap!

Saya harap Polis bertindak tegas dengan penulis blog www.adukata runa.blogspot.com menghina Institusi Ke sultanan Diraja Johor dan kerajaan negeri yang disi fatkannya bodoh.
Saya percaya, seluruh rakyat Malaysia tidak boleh menerima tindakan yang menghina kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar itu. Ingatan saya kepada penulis blog itu dan mana2 penulis blog jangan sesekali menghina Institusi raja dan sultan di negara ini. Jangan cuba bermain dengan api, kelak padahnya menunggu.
Jangan cuba hendak tunjuk lagak dan jadi bodoh dengan buat tindakan bodoh macam itu.

Sunday, January 24, 2010

Tok Guru tidak perlu terkejut, saya dah lama tahu

Saya hairan dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat atau panggilan manjanya Tok Guru, yang terkejut dengan sikap sebilangan pemimpin parti itu di Kelantan yang gagal menunjukkan ciri keislaman seperti yang dilaungkan parti.
Saya tidak sedikit pun terkejut dan saya percaya ramai yang langsung tidak terkejut dengan fakta itu. Kenapa Tok Guru terkejut? Tok Guru sangka mereka yang bergelar pemimpin Pas tu baik sangat ke? Semua tu luaran saja berkopiah, perangai belum tentu baik, solatnya pun belum tentu sempurna.
Tok Guru cakap, dalam satu pertemuan dengan pemimpin Pas baru-baru ini, beliau ada mengedarkan borang mengandungi soalan mengenai kekerapan mereka dalam mengerjakan solat secara berjemaah, dhuha dan tahajjud.
Kata Tok Guru:
"Dalam pertemuan dengan pemimpin Pas peringkat pertengahan itu, saya beri borang yang mengandungi soalan berikut iaitu kalau sembahyang jemaah, berapa kali dalam sehari; dhuha berapa kali dalam seminggu dan tahajjud berapa kali dalam sebulan.
"Jawapan yang diterima amat memeranjatkan, tidak sedap nyawa (sesak nafas), keadaannya seolah-olah menunjukkan ia tidak ada sebarang perubahan yang berlaku (dalam mengembangkan syiar Islam) di kalangan pemimpin Pas itu.
"Dalam lebih 200 orang terbabit dalam soal selidik itu, yang sembahyang jemaah ialah antara 14 atau 15 orang saja berbuat demikian; sembahyang dhuha jumlahnya rendah dan sembahyang tahajjud, lagi rendah," katanya.
Kesian Tok Guru sampai sesak nafas dengar berita tu. Jadi, nasihat sya kepada Tok Guru tengok2 la dulu pemimpin Pas tu, jangan duk mengata kat orang lain jer tahu. Pemimpin yang depan mata yang kononnya berkopiah dan berserban pun belum tentu elok, sempurna amal ibadatnya.

Takziah Tun Ghazali

Bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Ghazali Shafie meninggal dunia di kediamannya di Subang Jaya di sini kira-kira 7.45 malam ini. Bagi golongan muda seperti saya, walaupun tidak sempat membesar di zaman kepemimpinannya, tetapi fakta sejarah sudah cukup membuktikan kehebatan dan kredibiliti beliau.
Antara sumbangan beliau ialah ialah ketika konfrontasi dengan Indonesia dan peristiwa 13 Mei, selain wujudnya Rukun Negara bagi menyatukan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman.

Saturday, January 23, 2010

Kaitan GERAK Malaysia dan DSAI

Saranan Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak Malaysia) yang menggesa agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan seorang penulis buku antarabangsa Barry Wain, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, bahawa sepanjang pentadbiran 22 tahun mantan perdana menteri keempat hampir sebanyak RM 100 bilion dibazirkan dan termasuk berlakunya rasuah hanya cadangan yang membuang masa.
Selain itu, Gerak juga menggesa agar siasatan suruhanjaya diraja itu nanti melibatkan dakwaan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap mantan perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi yang melibatkan penggunaan wang bernilai RM270 bilion dalam masa lima tahun.
Saya pun tidak faham apa motif Gerak itu. Lagi pun, kalau tidak salah saya, Mohd Nazree Mohd Yunus pengerusi Gerak Malaysia itu pun terang-terangan orang suruhan DSAI. Mestilah suruh siasat Tun M dan Pak Lah. Kenapa Gerak tidak cadangkan juga siasat DSAI. Jadi, jangan lah cakap banyak. Cadangan Gerak itu penuh dengan dendam dan lebih kepada agenda peribadi untuk menidakkan sumbangan Negarawan seperti Tun M.
Gerak turut menggesa siasatan yang adil perlu dilakukan bagi mengembalikan nilai kredibiliti kepimpinan negara dan kedudukan Malaysia dalam tangga indeks persepsi rasuahnya yang jatuh pada tangga ke-57 pada tahun lalu.
Perlu ke kita percaya bulat2 persepsi indeks rasuah itu. Ketelusannya perkiraan indeks rasuah sesebuah negara pun boleh diragui. Kalau betul Malaysia rasuah, kita tidak akan hidup macam hari ini.
Buku tulisan Barry Wain, Malaysian Maverick : Malaysian In Turbulant Times cuba untuk menghasut rakyat Malaysia dan orang Melayu untuk menidakkan jasa Tun Dr Mahathir. Lebih ketara, pengarang sengaja memperlekeh kepimpinan Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri Malaysia keempat dengan dakwaan sentimen melulu dan menimbulkan fakta sejarah yang mengelirukan.
Mahathir didakwa memerintah selama 22 tahun secara kuku besi (diktator) dan membazirkan duit rakyat sebanyak RM 100 billion dengan pelbagai projek mega yang dikatakan kononnya tidak menguntungkan dan memberi faedah kepada rakyat.
Rakyat fikirlah sendiri. Benarkah semua projek Mahathir membazirkan duit negara dan rakyat Malaysia. Apakah projek KLCC, Menara KL, Lebuh raya PLUS, KLIA, MSC, Putrajaya, Cyberjaya, Proton, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan banyak lagi itu tidak memberi faedah kepada rakyat dan negara.
Saya lihat banyak unsur unsur halus dan terancang untuk memalukan orang Melayu, Umno dan kerajaan Malaysia. Kepada kerajaan, jangan dilayan penulis buku yang gila itu. Nampak sangat ada usaha untuk memecah belahkan negara dan sengaja memperlekeh kepimpinan Tun Dr Mahathir.
Siapa dibelakang Barry itu? Adakah beliau sengaja mencetuskan isu yang konterversi supaya rakyat boleh membenci Mahathir sekaligus pemimpin Melayu dan negara ini? Kalau betul Barry berniat jahat kerajaan perlu berhati2 dengan agendanya. Siapakah yang mengupah Barry untuk mensabotaj pemimpin dan negara ini
Kepada rakyat Malaysia dan orang Melayu, berhati2lah dengan anasir jahat yang cuba menyelinap masuk ke negara kita. Belajarlah dari kesilapan yang kita lakukan. Ini padahnya apabila orang Melayu menjadi lemah dalam politik dan bercakaran sesama sendiri.
Entah2 Gerak pun ada agenda tersembunyi. Mana kita tahu. Ada udang disebalik batu. Jangan jadi bodoh mengikut rentak permainan pihak asing yang hanya mahu lihat Malaysia jadi huru hara.

Friday, January 22, 2010

Cakap siang pandang2, cakap malam dengar2, jangan sampai kena tendang

Saya merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad yang disiarkan oleh media Malaysia Kini semalam, Khamis 05 Safar 1431/21 Januari 2010 (versi Bahasa Melayu). YB Khalid menyatakan larangan penggunaan kalimah ALLAH yang terkandung didalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 "sudah ketinggalan zaman" dan perlu dikaji semula untuk tujuan dimansuhkan.
Kenyataan YB Khalid ialah.. “Bagi pandangan saya, ya (ketinggalan zaman). Dan ia bercanggah sebenarnya dengan semangat di sebalik usaha dakwah Islam. Saya menyeru untuk ia dibincang, untuk dibuka untuk dibincang.
“Bukan kata sudah buat, okeylah semua ikut sahaja, lepas itu tidak boleh kaji balik sama sekali. Itu satu kaedah dan pendekatan yang jumud dan tidak harus ada pada umat Isla.," kata Khalid.
Saya melihat kenyataan YB Khalid ini tindakan melampau dan kemuncak kepada penghinaan besar beliau terhadap agama Islam dan institusi Islam dinegara ini khususnya bagi negeri Selangor. Pada saya ianya satu kenyataan yang melambangkan sikap angkuh dan sombong dan berasa diri hebat tanpa mengambil kira pandangan orang lain.
Kepada YB Khalid, nasihat saya jangan rasa diri hebat bila berada di kerusi empuk itu. Ingat. bila2 masa nyawa YB boleh dicabut yang maha kuasa. Kalau bercakap, pandang depan, kiri, kanan dan belakang. Jangan jadikan diri hero orang kafir semata2 hendak menjada kerusi empuk itu.
YB, jangan cabar orang Islam di Malaysia dan jangan jadi bodoh dan barua orang kafir! Jangan YB jadi penderhaka kepada kaum sendiri dan agama Islam.
Kenyataan YB adalah suatu penghinaan terhadap Yang DiPertuan Agong yang menitahkan supaya agama Islam dan peruntukkan Perlembagaan berkaitan Islam hendaklah dihormati.
Bukankah Sultan Selangor sudah bersetuju kalimah Allah dilarang oleh bukan Islam. Jangan cabar Agong, Sultan dan keputusan Majlis Fatwa Negeri. YB, pesanan saya, cakap itu hati2. Berhenti dari membangkitkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Cari dalang bakar surau, bukan hanya gereja.

Dua surau di Muar menjadi sasaran dibakar awal pagi ini. Kebakaran pertama berlaku di Surau Silaturahim di Jalan Ismail Omar manakala yang kedua di Surau Parit Beting di Jalan Salleh yang jaraknya kira-kira dua kilometer.
Saya percaya dan ramai ramai rakyat Malaysia percaya kejadian itu ada kaitan berikutan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang mengetepikan larangan kerajaan ke atas bukan Islam daripada menggunakan perkataan Allah sebagai terjemahan bagi perkataan 'God'.
Saya harap Kementerian Dalam Negeri menerusi polis segera menangkap mereka yang melakukan kerosakan terhadap surau iut, bukan hanya menangkap mereka yang membakar gereja.
Tindakan tegas perlu diambil terhadap mana2 pihak. Kejadian itu hana meningkatkan lagi keresahan rakyat Malaysia. Ingatan saya kepada semua pihak, jangan bermain deengan api.

Wednesday, January 20, 2010

Jangan lagi dijolok sarang tebuan

Lapan orang, termasuk dua beradik dan bapa saudara mereka ditahan polis dalam operasi dua hari bermula kelmarin, kerana disyaki terbabit dalam kes pembakaran Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati Hulu Klang di sini, dua minggu lalu.
Penahanan itu diharap dapat menyelesaikan kes itu. Namun, disebaliknya tersirat seribu satu pengajaran dan pengertian. Bagaimana jangan sesekali kita bermain dengan api dan jangan sesekali mencetuskan isu sensitif. Apabila tinggal di dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama, kita perlu hati2. Sikap toleransi orang Islam dan Melayu jangan sesekali diambil mudah. Saya lihat orang Cina dan India seakan tidak menghargai apa yang orang Melayu dan Islam di negara ini berikan.
Saya harap usah dicetuskan lagi benda2 mengarut dan sensitif. Ingat, sarang tebuan usah dijolok. Berhentilah dari memperlekehkan Islam dan hak2 orang Melayu.
Apa lagi yang orang Kristian hendak? Cukuplah mencetuskan provokasi. Jangan ingat apabila lapan orang lelaki Melayu itu ditahan, selepas ini tidak akan ada lagi gereja akan dibakar. Saya sangat khuatir jika isu kalimah Allah ini sekali lagi akan timbul, dan mungkin juga pelbagai isu lain berkaitan agama dan bangsa ditimbulkan, tidak mustahil ia akan berlaku lagi dan mungkin lebih parah. Saya percaya semua rakyat tidak mahu itu berlaku. Jadi, ingatan saya berfikrlah secara waras dan rasional apabila tinggal dalam masyarakat berbilang kaum dan agama. Pengorbanan orang Islam dan Melayu di negara ini wajar dihargai.

Penyokong Kelantan Bodoh dan Bahlul

Sikap penyokong bolasepak Kelantan yang merusuh semalam selepas kalah 0-1 kepada Kedah memang bodoh dan bahlul. Kejadian semalam menyebabkan seorang anggota polis cedera. Kejadian itu turut mengulangi insiden membakar kenderaan polis tahun lalu ketika kalah di tangan Negeri Sembilan. Inilah sikap penyokong Kelantan yang bodoh dan bahlul.
Itulah sikap anak2 buah Tok Guru. Perangai macam dirasuk syaitan dan iblis. Tidak nampak langsung sikap penduduk di negeri serambi Mekah seperti yang diperjuangkan Tok Guru. Kepada Tok Guru daripada doakan kemusnahan orang Islam lain, baik doakan agar naka2 buah Tok Guru dibukakan hati dan berubah menjadi baik. Penyokong Kelantan ni pun satu hal nak tunjuk samseng tidak kena tempat. Rasa hebat sangat. Kalau sorang2 tu tiada telur. Ramai berani la.
Saya berharap penyokong Kelantan berfikiran rasional dan belajar menerima kekalahan. Siapa yang mahu kalah. Tetapi kita kena ingat hidup ini kadang2 diatas Jangan kita menjadi bodoh dan bahlul. Ubah mentaliti menjadi lebih profesional. Kalau macam itu gelagat penyokong Kelantan sampai bila2 pun bolasepak Kelantan tidak maju. Jangan hendak tunjuk samseng. Kalau rasa diri tu samseng dan hebat sangat baik pergi palestin berjuang lawan Israel da Yahudi. Semua tiada telur. Ramai berani la!

Tok Guru, zaman Tok Guru sudah berlalu

Sebelum ini sebuah laman blog, Kikcdefella yang dimiliki bekas Pegawai Perhubungan Awam PMBK, Syed Azidi Syed Abdul Aziz mendedahkan kerajaan negeri terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM50 juta.
Ia disebabkan kerajaan negeri terpaksa menebus kembali aras bawah bangunan Bazar Tok Guru dengan membayar RM23 juta semata-mata untuk menjaga air muka Nik Abdul Aziz selepas beliau berjanji bagi memberikan aras tersebut kepada para peniaga dari kedua-dua pasar lama itu.
Menurut blog itu, kerajaan negeri juga terpaksa menanggung kerugian RM30 juta kerana kehilangan tanah seluas 3.36 hektar untuk pembinaan bangunan berkenaan sedangkan jumlah sebenar tapak bazar itu hanya 0.6 hektar.
Ketika menjelang pilihan raya umum lalu, Menteri Besar dikatakan berjanji untuk memberikan aras bawah bangunan berkenaan kepada peniaga di Arked Uda dan Bazar MPKB kerana projek yang bakal dimajukan PMBK tidak berorientasikan keuntungan.
Pada 13 Disember lalu, Persatuan Peniaga Pasar Besar Lama Arked MPKB mendesak PMBK memenuhi janji Nik Abdul Aziz kepada mereka berhubung dengan penempatan di premis yang baru.
Desakan itu dibuat selepas mereka hanya diberikan ruang berniaga di tingkat satu dengan harga RM80,000 sehingga RM90,000 seunit selepas projek berkenaan diambil alih syarikat swasta berkenaan.
Asal ada yang orang yang dedahkan keburukan pembangkang jer, mesti ada suara yang cakap Umno yang upah orang itu untuk dedahkan keburukan. Ini la sifat orang pembangkang yang tidak tahu hendak tengok kelemahan diri sendiri. Cuma yang tahu tengok keburukan dan kelemahan diri sendiri. Kelemahan dan keburukan sendiri tidak nampak.
Orang macam ini, terutama penyokong pembangkang yang taksub tidak tentu pasal bawa la mengucap. Istigfar banyak2. Kamu semua ingat kamu semua baik sangat? Taksub dengan Tok Guru. Ingat kmau semua boleh masuk syurga ke
Saya melihat zaman kepimpinan Tok Guru sudah berlalu dan beliau sepatutnya meletakkan jawatan. Saya tidak faham dengan Tok Guru ni. Gila kuasa ke apa. Cakap benda2 yang langsung tidak menyumbang kepada kebaikan Melayu dan Islam.
Yang Tok Guru tahu bagi cadangan ialah mencadangkan pembuat kuih tradisonal di negeri itu mengambil langkah proaktif menukar nama kuih tradisional yang tidak manis didengar, seperti kuih "tahi itik".
Tok Guru cakap, nama baru yang lebih sedap didengar boleh menarik orang ramai membelinya sesuai dengan keenakan kuih berkenaan.
Tok Guru cakap, nama kuih tradisional lain, seperti "puteri mandi" dan "jala emas" boleh dinamakan maka tidak ada sebab kuih "tahi itik" juga ditukar kepada nama yang lebih sesuai.
Apa la Tok Guru kerana nama tahi itik la ramai orang mencari dan hendak mencuba kuih tu. Serata negara tertanya2 macam mana bentuk dan rasa kuih tahi itik. Baik Tok Guru cari dan beri idea lain untuk kebaikan negeri Cik Siti Wan Kembang dari bercakap soal nama kuih.
Saya rasa sudah tiba masanya Tok Guru memberi ruang kepada muka baru untuk menerajui negeri itu. Saya lihat Tok Guru langsung tidak menyumbang kepada pembangunan Islam. Sana sini menjaja Kelantan negeri Serambi Mekah, tapi Kelantan tidak nampak ciri negeri Islam. Lagipun, saya lihat perwatakan Tok Guru penuh dengan dendam an ia diperkukuhkan lagi dengan perubahan keperibadian Mursyidul Am Pas itu daripada insan yang tawaduk kepada seorang yang pendendam.
Tok Guru dilihat begitu berdendam dengan Umno sedangkan ahli Umno itu juga Islam. Tok Guru sanggup memusuhi sesama Islam dan pada masa yang sama berbaik2 dengan kafir. Saya yang jahil agama dan tidak sehebat Tok Guru dalam menghafal dan menyalah gunakan ayat Al Quran pun tahu, Allah pasti tidak suka kalau kita berbaik2 dengan orang kafir tapi pada masa yang sama memusuhi sesama Islam. iada gunannya.
Saya hairan Tok Guru, meminta orang ramai berdoa bagi memperbetulkan pemikiran DS Najib supaya memberi royalti minyak dan sekiranya tidak, doakan supaya Allah musnahkan masa depan Perdana Menteri, UMNO dan proksinya.
Inikah seorang Tok Guru. Doakan kehancuran sesama Islam. Tok Guru, berundurlah. zaman Tok Guru sudah berlalu. Nak betulkan sikap anak2 orang, tapi anak2 Tok Guru perangai macam dirasuk syaitan. Cuba Tok Guru tengok gelagat anak2 Tok Guru masa tengok bola. Perangai macam orang gila. Macam dirasuk syaitan. Macam tiada iman. Apabila kalah, mulalah hendak bakar sana, bakar sini, lontar sana, lontar sini.
Sebiji macam perangai pembangkang, orang yang tidak boleh terima kekalahan dan kritikan. Kalau sesuatu perkara itu memihak kepada pembangkang, semua baik smeua bagus, tapi kalau sesuatu benda itu tidak memihak kepada mereka mula lah menjaja cerita seluruh negara, memberontak dan cakap itu tidak betul, ini tidak betul, tuduh orang penipu dan macam2.
Kita ini hidup jangan rasa diri itu bagus. Jangan rasa diri sempurna. Semua yang orang buat tidak betul. Kepada Tok Guru, kalau sayangkan agama dan bangsa, fikir2lah. Hentikan sikap suka berdendam. Saya yang jahil agama pun tahu dendam itu sikap syaitan dan dikutuk oleh Allah SWT

DS Najib, intai-intai nasib Melayu

Enam pertubuhan Melayu semalam meluluskan resolusi menuntut kerajaan mewujudkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) bagi menjamin kepentingan dan masa depan usahawan Bumiputera.
Resolusi itu diluluskan pada Forum Usahawan Melayu Kini di Persimpangan: 'Digugat dan Digigit' anjuran bersama Gabungan NGO Usahawan Melayu, Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Persatuan Kontraktor Buku Malaysia (PKBM) serta Koperasi Ukhuwah dan Komuniti Bukuonline.
Desakan itu turut disokong Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) serta Gabungan Badan Ekonomi Malaysia (Gabem).
Saya lihat ada kewajarannya cadangan itu. Sudah lama usahawan Melayu merintih dengan pembubaran MeCD. Pembubaran MeCD dan fungsinya dipecahkan kepada lapan kementerian berlainan menyebabkannya jadi tidak teratur dan tunggang langgang. Saya berdoa semoga MeCD ditubuhkan kembali.
Saya juga berharap DS najib dapat melihat perkara ini dengan serius. Saya harap DS najib turut ambil kira perasaan dan nasib orang Melayu dalam menjayakan gagasan 1Malaysia. Saya harap Umno jangan kecilkan lagi hati orang Melayu.

Apa cerita Tok Guru?

Apa cerita Tok Guru. Baru memerintah satu negeri pun kelam kabut. Rupa2nya kerajaan Kelantan pun amal rasuah. Saya harap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat memulakan siasatan terhadap dakwaan wujudnya penyelewengan projek pembinaan Bazar Tok Guru yang menyebabkan kerajaan Kelantan terpaksa menanggung kerugian dianggarkan RM50 juta.
Pas ni ginakan slogan Islam, kutuk orang lain macam2. Alih2 muka dan batang hidung sendiri yang kena. Lain kali jangan duk mengutuk orang je. Nampak sangat menggunakan slogan Islam sebagai alat politik.
Jangan cuba hendak berselindung dan menimbulkan persoalan bagaimana maklu mat mesyuarat Exco kerajaan negeri bocor kepada orang yang tidak bertang gungawab. Tidak sewajarnya dibangkitkan isu kebocoran maklumat sehingga membolehkan Pas berselin dung di sebalik Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana semata- mata mahu mengalih perha tian rakyat.
Kepada Tok Guru, jaga dulu kelakuaan anak buah. Doakan agar anak2 buah Tok Guru itu berubah sikap. Jangan tahu hendak doakan bala untuk orang lain. Jangan tahu cakap bab Islam jer. Alih2 negeri sendiri pun tunggang langgang.

Siapa upah Barry Wain?

Kita seharusnya bersyukur dan berbangga tinggal di Malaysia. Bukan senang untuk negara aman apabila mempunyai rakyat berbilang kaum. Tetapi, syukur kita masih aman walaupun pelbagai dugaan kita tempuhi. Semuanya dapat kita tempuhi dengan berjaya.
Sejak akhir2 ini, negara kita seolah2 diuji dengan pelbagai perkara. Seakan ada agenda pihak tertentu untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia dan orang Melayu. Bermula dengan isu kalimah Allah, kita orang Islam dan Melayu menjadi berpecah belah. Akibat perbezaan pendapat yang dicetuskan oleh orang kafir, kita orang Islam dan Melayu bercakaran sesama sendiri.
Janganlah begitu wahai orang Melayu. Jangan kita menjadi mangsa permainan orang kafir. Bangkitlah rapatkan saf dan hati2 dengan agenda pihak tertentu yang cuba memecah belahkan kita.
Terbaru, buku tulisan Barry Wain, Malaysian Maverick : Malaysian In Turbulant Times cuba untuk menghasut rakyat Malaysia dan orang Melayu untuk menidakkan jasa Tun Dr Mahathir. Lebih ketara, pengarang sengaja memperlekeh kepimpinan Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri Malaysia keempat dengan dakwaan sentimen melulu dan menimbulkan fakta sejarah yang mengelirukan.
Mahathir didakwa memerintah selama 22 tahun secara kuku besi (diktator) dan membazirkan duit rakyat sebanyak RM 100 billion dengan pelbagai projek mega yang dikatakan kononnya tidak menguntungkan dan memberi faedah kepada rakyat.
Rakyat fikirlah sendiri. Benarkah semua projek Mahathir membazirkan duit negara dan rakyat Malaysia. Apakah projek KLCC, Menara KL, Lebuh raya PLUS, KLIA, MSC, Putrajaya, Cyberjaya, Proton, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan banyak lagi itu tidak memberi faedah kepada rakyat dan negara.
Saya lihat banyak unsur unsur halus dan terancang untuk memalukan orang Melayu, Umno dan kerajaan Malaysia. Kepada kerajaan, jangan dilayan penulis buku yang gila itu. Nampak sangat ada usaha untuk memecah belahkan negara dan sengaja memperlekeh kepimpinan Tun Dr Mahathir.
Siapa dibelakang Barry itu? Adakah beliau sengaja mencetuskan isu yang konterversi supaya rakyat boleh membenci Mahathir sekaligus pemimpin Melayu dan negara ini? Kalau betul Barry berniat jahat kerajaan perlu berhati2 dengan agendanya. Siapakah yang mengupah Barry untuk mensabotaj pemimpin dan negara ini
Kepada rakyat Malaysia dan orang Melayu, berhati2lah dengan anasir jahat yang cuba menyelinap masuk ke negara kita. Belajarlah dari kesilapan yang kita lakukan. Ini padahnya apabila orang Melayu menjadi lemah dalam politik dan bercakaran sesama sendiri.
Isu pengunaaan nama Allah sudah menjadi pengajaran terbaik kepada rakyat semua kaum di negara ini bahawa isu yang sensitif tidak boleh menjadi bahan permainan. Mungkin pengharaman buku Barry Wain itu adalah jalan terbaik untuk memadam niat jahat penulis upahan yang cuba menghuru harakan negara kita.

Monday, January 18, 2010

Hangat-hangat Tahi Ayam

Saya ucapkan takziah kepada keluarga mangsa lemas perahu naga Sekolah Menengah Chung Ling, Pulau Pinang semalam. Sehingga kini 3 sudah ditemui dan 3 lagi masih hilang. Semoga semua mangsa dapat dijumpai dengan segera.
Namun disebalik tragedi yang menyayat hati itu, seperti biasa apabila berlaku tragedi, skripnya adalah sama, iaitu berkait rapat aspek keselamatan. Memang betul kita tidak apa akan terjadi, tetapi kejadian itu mungkin tidak seburuk yang berlaku jika semua pihak menitik beratkan aspek keselamtan. Pihak yang bertanggungjawab tidak perlu lah cakap semua sekolah perlu tingkatkan aspek keselamatan sebab nasi sudah menjadi bubur. Skripnya tetap sama. Bila berlaku tragedi baru semua celik mata, itu salah, ini salah, macam2.
Kalau betul berdasarkan siasatan awal polis dan maklumat mangsa yang terselamat, polis dimaklumkan bahawa ada beberapa pelajar terbabit tidak memakai jaket keselamatan ketika menjalani latihan, ia sesuatu yang mengecewakan.
Siapa yang salah? Kementerian Pelajaran? Pihak sekolah atau siapa? Kita ni selalu macam ini. Bila berlaku tragedi baru semua nak melatah.
Isu pelajar atau pelancong yang tidak pakai jaket keselamatan ini sudah berkurun. Cuba pihak yang bertanggungjawab pergi tengok ke pusat pelancongan yang memerlukan pelancong naik bot atau perahu. Begitu juga dengan pelajar di kawasan tertentu yang guna bot atau perahu untuk ke sekolah. Berapa ramai yang tak pakai jaket keselamatan. Bila berlaku kejadian, mula la semua pihak diarahkan pakai jaket keselamatan. Semua hendak pantau. Tapi, percayalah, saya berani bertaruh, itu semua kejap je. Lepas tu semua buat tidak tau. Ambil lepas tangan. Semua Hangat2 Tahi Ayam.

Sunday, January 17, 2010

Antara Raja Petra, Spiderman dan Mohamad Tasyrif

Rakyat Malaysia tertarik dengan kes pelajar Akademi Seni Budaya, Warisan dan Kebangsaan (Aswara) yang memberi komen berhubung isu kalimah Allah dan cubaan membakar gereja di laman sosial Facebook.
Pelajar itu sduah didakwa di Mahkamah Sesyen dua hari lepas atas tuduhan berniat untuk mengganggu dan mengancam orang lain.
Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, dituduh menggunakan aplikasi internet itu secara sedar untuk memberi komen dalam laman Fa cebook dengan niat untuk meng ganggu orang lain dengan meng gunakan akaun pengguna, Shah rul Maizam, dengan menulis “ke nak aku baling bom petrol di sana plak?... harga boleh runding...”
Ramai kenalan saya bersetuju dengan tindakan hukuman itu. Ramai pula yang bertanyakan bagaimana dengan Raja Petra yang gunakan blognya untuk menghentam semua yang kerajaan buat. Kadang2 penulisan Raja petra itu jelas menggugat keharmonian negara.
Bagi saya itu adalah dua kes yang berbeza. Kes Mohamad Tasyif boleh dianggap kes budak nakal yang cuba bergurau tanpa ada sebarang niat jahat pun. Manakala kes Raja Perta adalah kes besar yang tindakannya penuh dengan strategi dan tipu muslihat, selain kemungkina di sokong oleh pihak tertentu.
Kenalan saya jua menimbulkan persoalan pihak berkuasa kadang2 lebih menumpukan benda2 yang kecil. Kenalan saya itu juga membangkitkan kes warga Perancis, Alain Robert Philippe, 47, yang terkenal kerana gemar memanjat bangunan pencakar langit hingga mendapat jolokan `Spiderman'. Kes Spiderman yang menceroboh serta memanjat Menara Berkembar Petronas September tahun lalu tanpa kebenaran harus dilihat dalam konteks menyeluruh.
Kenalan saya berkata bagaimana begitu mudah spiderman itu memanjat Menara Berkembar sehingga sampai ke puncak. Kalau mercu tanda negara itu mudah diceroboh apatah lagi bangunan2 penting negara lain.
Ketiga2 kes itu saling berkait dan memerlukan pihak berkuasa meneliti dengan lebih mendalam. Tahniah kerana kecekapan pihak berkuasa cepat menghentikan gurauan Mohamad Tasyrif. Namun, rakyat mengharapkan pihak berkuasa dapat segera memberkas Raja Petra yang secara jelas mencabar kerajaan dan rakyat di negara ini.
Saya dan yakin ramai lagi rakyat Malaysia berharap Raja Petra dapat dicari walaupun sehingga ke lubang cacing.
Dalam masa yang sama, kes Spiderman menakluki Menara Kembar Petronas tidak harus berulang lagi. Sepatutnya pihak berkuasa sudah menyedari bahaya yang bakal timbul kerana Spiderman itu pernah mencuba menaklukinya pada 1997 dan 2007, namun gagal.
Saya dan seluruh rakyat Malaysia ingin tinggal dalam sebuah negara yang selamat tanpa ada sedikit pun timbulnya keraguan mengenai tahap keselamatan negara ini.

Saturday, January 16, 2010

YB Khalid cabar keputusan mufti untuk jadi hero orang kafir

Saya tidak faham sikap ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad ini. Terus bersikap ego. Nak jadi jaguh tidak kena tetap. Janganlah kita terperangkap dengan mainan orang kafir. Orang kafir cetuskan penggunaan kalimah Allah dalam majalah berbahasa Melayunya, akhirnya kita sendiri yang bergaduh sesama Islam.
Kepada YB Khalid janganlah kurang ajar dan hendak tunjuk hebat. Kenyataan terbaru YB Khalid yang meminta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengemukakan penjelasan bagi membolehkan masyarakat faham mengenai larangan kepada bukan Islam menggunakan kalimah Allah tidak perlu dibuat.
Bukakah Jais sudah cakap hentikan dari mempertikaikan benda ini, jadi hentilah. Orang kafir pun tidak ada buat gegak gempita YB Khalid yang namanya Islam pula lebih. Apa motif YB Khalid sebenarnya? Bukankah keputusan oleh Jais itu juga adalah keputusan hasil perbincangan antara mufti dan tokoh agama. Kalau dengan mufti dan tokoh agama pun YB Khalid tidak hormat, dengan siapa lagi. Kalau orang Islam sendiri pertikaikan keputusan mufti, apa lagi orang kafir. Sedarlah diri YB Khalid jangan nak berlagak hero.
Saya harap kita jangan jadi bodoh sebab hendak bertekak benda yang hanya merugikan Islam. Jangan jadi Melayu yang bodoh dan bebal. Sebab kita jadi Melayu yang bodoh dan bebal lah orang Melayu dan Islam akhirnya rugi.
Saya harap semua orang Melayu jangan jadi bodoh, bangang, bahlul, bebal dan yang senagkatan dengannya. Jangan kita terperangkap dengan mainan orang kafir. Jasngan kesudahannya kita orang Islam berpecah belah.

Adakah giliran MRSM dan UiTM pula selepas MTD?

Saya tertarik dengan penambahan kuota pelajar bukan Melayu di Maktab Tentera Diraja (MTD) sehingga 30 peratus. Maknanya, selepas ini kalau boleh semua nak tambah la bagi bukan Melayu ramai.
Semua nak tambah, habis yang Melayu tidak ramai contohnya dalam kuota sewa dekat lot2 kedai yang hampir 100 peratus dimonopoli oleh kaum Cina, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) yang monopoli kaum cinanya begitu jelas dan begitu juga Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan kolej2 swasta yang dimonopoli oleh kaum bukan Melayu macam mana.
Kepada kerajaan, jangan terlampau buka dan semua hendak tambah sebab ingin jaga kaum lain. Itu buka, ini buka, jadi apa yang Melayu ada. Sudahlah kawasan perumahan kaya dan perniagaan di Malaysia ini Melayu tidak pegang.
Saya ingin mendapat penjelasan adakah selepas ini kerajaan akan tambah juga kuota kaum lain di sekolah berasrama penuh (SPB) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain di negara ini.
Orang Melayu tertanya2 status Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan IPTA. Saya difahamkan kalau di MRSM, UiTM kuota bukan Melayu 10 peratus. Adakah ini pun akan ditambah?
Adakah semua ini akan dibuka. Sekarang ini macam2 kita dengar. Kaum lain cakap Mara bukan lagi hak ekslusif orang Melayu. Betul ke macam itu.
Kenapa ini semua berlaku. Orang Melayu keliru dan tertanya2. Perlu ke semua ini dilakukan.

Jangan salah guna kebebasan

Ke nak aku baling bom petrol di sana plak?... harga boleh runding..."
Itu yang dipapar pada laman facebook milik seorang pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara) yang mengheretnya ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini kerana dituduh menggunakan aplikasi dalam Internet untuk membuat komen yang boleh mengancam keselamatan orang lain, lima hari lalu.
Lain kali, hati2. Kecanggihan teknologi bukan bermakna kita boleh tulis sesuka hati hingga mengancam keselamatan negara.

Friday, January 15, 2010

YB Khalid, tolong diam, jangan kalutkan keadaan

Saya tidak faham apa sebenarnya motif Ahli Parlimen PAS, Shah Alam, Khalid Samad yang terus mempertikai larangan penggunaan kalimah Allah terhadap penganut bukan Islam seperti diputuskan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Tidak boleh ke kalau mulut itu diam sikit. Apa motif yang cuba hendak tunjukan. Kenapa yang susah sangat. Kalau MAIS cakap tidak boleh, tidak boleh la. Itu pun susah nak ikut. Perangai macam budak kecil.Tidak cukup dengan itu, boleh pula nak bidas Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Orang macam Khalid yang rosakkan agama.
Selain itu, dari satu sudut YB Khalid seolah2 mahu sembah derhaka kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum ini memberi perkenan kepada MAIS dan Majlis Fatwa negeri memutuskan larangan itu sebelum ini.
Kepada YB Khalid yang saya hormati, jangan kalutkan keadaan. Jangan cuba hendak menjadi jaguh atau hero. Banyak cara lain lagi kalau hendak jadi jaguh atau hero. Nasihat saya dari insan yang lemah ini, cuba fikirkan tentang agama dan bangsa kita. Berhentilah dari membuat perangai budak kecil yang suka melatah tidak tentu pasal. Benda yang saudara perjuangkan itu langsung tidak memberi keuntungan kepada Islam dan Melayu.
Kalau YB Khalid ramai sangat kawan dari agama lain dan semua kawan2 YB Khalid itu teruja sangat nak menyebut kalimah Allah, elok YB Khalid nasihatkan kawan2 yang YB Khalid sayangi itu peluk Islam. Senang cerita. Kalau nak sebut kalimah Allah peluk Islam. Tiap2 hari boleh sebut.
Benda senang pun tidak boleh fikir. Kalau Kristian boleh gunakan kalimah Allah, senang la dia orang hendak sesatkan remaja Melayu dan Islam. Senang Kristian hendak kelirukan. Itu pun susah hendak fikir. Nama je YB, benda senang tidak boleh hendak fikir.
Tindakan YB Khalid menunjukkan kedangkalan dan sedikit kebodohan yang cuba mewakili rakyat Selangor tetapi langsung tidak arif dan buta tentang undang2 syariah Selangor. Sebagai pemerintah Islam, cuba faham persoalan hukum Islam. Cuba fikir mendalam2. Ini soal muslihat musuh Islam. Jangan hendak berlagak pandai. Lagi berlagak pandai lagi nampak kebodohan YB Khalid. Saya harap ketepikan kepentingan politik demi agama dan bangsa. Ingatlah balasan di Akhirat nanti. Amat dasyhat.

Thursday, January 14, 2010

Mencari pejuang Islam dan Melayu.

Bagi generasi muda sekarang, mereka berada dalam dilema. Dilema sama ada untuk memperjuangkan Melayu atau Islam. Generasi muda Melayu keliru. Mana yang penting, Islam atau Melayu. Sudah sangat ke untuk menyatukan Melayu dan Islam. Padahal, kalau kita Melayu, secara automatik kita Islam, melainkan kalau seseorang Melayu itu murtad. Nauuzubillah!
Kalau masuk Umno, dikatakan hanya memperjuangkan Melayu sahaja. Masuk Pas pula dikatakan hanya memperjuangkan Islam. Golongan muda Melayu terus keliru.
Jadi, yang mana penting. Sebenarnya kita dikelirukan oleh sesetengah pihak yang kononnya pejuang bangsa dan seorang lagi pejuang agama. Sukarkah untuk menjadi pejuang agama dan pada yang sama pejuang bangsa.
Saya melihat kita ramai pejuang Melayu dan juga pejuang Islam. Tetapi, agak sukar untuk mencari pejuang Islam dan Melayu. Ramai yang pejuang bangsa, tetapi abaikan agama dan ramai yang pejuang agama, tetapi tidak ambil berat tentang bangsa.
Sebenarnya, kita orang Melayu masih tercari-cari pejuang kedua2nya dan orang Melayu makin keliru antara perjuangan bangsa dan agama. Sebelah pihak terlampau memperjuangkan bangsa sehingga sanggup gadaikan agama dan sebelah pihak lagi terlampau memperjuangkan agama sehingga gadaikan bangsa. Kita terus keliru dengannya sedangkan Melayu dan Islam sudah ditakdirkan bersatu. Tetapi kita yang menyusahkannya dan membuatkannya terpisah.
Kenapa kita sukarkan keadaan. Bukankah Islam dan Melayu harus bersatu. Jangan kerana kepentingan politik, kita pisahkannya. Kelak Melayu dan Islam yang rugi. Saya sedih, orang Melayu yang beragama Islam terus keliru dan dikelirukan.

Gereja ke-11 di serang

Sebuah gereja Katholik St Elizabeth di Jalan Kota Kecil, di Kota Tinggi, dilempar cat merah yang dipercayai berlaku awal hari ini. Jumlah keseluruhan gereja diserang ialah 11 buah. Siapa yang buat kita tidak tahu. Tidak boleh tuding jari kepada sesiapa. Dalam keadaan ini ada kemungkinan wujud pihak ketiga menangguk di air keruh.
Ini pengajaran kepada kita semua. Jangan sesekali mempermainkan isu agama. Diharap rakyat akan menjadikan perkara ini pengajaran.
Tetapi, saya lihat NGO Islam sahaja yang sungguh2 hendak jaga gereja. Saya pun tidak faham kenapa NGO Islam sungguh sangat. NGO bukan Islam tidak nampak pun tanda2 hendak turut serta. NGO Islam pulak lebih2. Tapi, itu tandanya Islam agama yang sukakan pendamaian.
Baguslah kalau NGO Islam hendak jaga gereja. Tapi, jangan baik sangat sampai agama sendiri tergadai. Kenapa yang bukan Islam, semua yang berlaku sebagai peringatan dan pengajaran. Jangan bangkitkan lagi isu2 bodoh demi kepentingan politik dan individu tertentu. Jangan dijolok sarang tebuan, janganlah kita bermain dengan api. Kelak merana diri dan tiada siapa yang untung dari kekacauan yang berlaku.
Saya anak Malaysia dan saya bersedia hidup dengan kaum lain dalam keadaan rukun dan damai. Tapi, jangan sesekali cuba sentuh isu Islam dan Melayu. Susah sangat ke kaum lain hendak faham. Kenapa terus membangkitkan isu2 sensitif. Kepada kaum Cina dan India, jangan kita gadaikan apa yang kita ada ini.

Rakyat tidak buta

Kementerian Dalam Negeri perlu mengkaji semula pengeluaran visa sejurus tiba (VOA) yang diperkenalkan kerajaan sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) bagi mengelakkan `pelancong' menyalahgunakan kemudahan itu. Jangan kerana hendak tingkatkan rating pelancong ke Malaysia VOA dikeluarkan secara sesuka hati. Jangan korbankan negara dengan benda2 bodoh2 untuk naikkan nama kementerian dan Menteri yang bertanggungjawab. Ini kerja yang tidak masuk akal.
Tiada guna kita berbangga pelancong ramai datang ke Malaysia tapi akhirnya penduduk Malaysia merana. Saya percaya ramai pelancong yang menyalahgunakan kemudahan berkenaan dengan tinggal lebih tempoh, termasuk bekerja secara haram di negara ini.
Rakyat tidak buta dengan perkara ini. Tetapi Kementerian Pelancongan dan KDN buat2 buta demi untuk menampakkan Malaysia ini tumpuan pelancong. Saya harap kerajaan bertegas dalam isu ini dan saya yakin DS Najib dan barisan pemimpin kerajaan ada formula terbaik untuk mengatasi ini.
Saya cintakan negara dan semua rakyat sayangkan Malaysia. Kita tidak mahu nasi menjadi bubur kacang yang dah basi yang tidak sedap di makan kerana kelemahan sistem dan undang2 kerajaan sendiri.
Saya sudah bosan. Hampir setiap hari ada saja kedengaran masalah sosial dan jenayah membabitkan warga asing. Kenapa mereka bersepah2 dan senang sangat masuk ke Malaysia. Macam Malaysia ini tidak ada sempadan. Senang sangat masuk. Penguatkuasa sempadan yang buta atau siapa yang buta. Apa pun, rakyat sekarang tidak buta. Ingat2lah.
Apa pun, DS Najib dan menteri yang bertanggungjawab perlu selesaikan perkara ini secepat mungkin. Bumi Malaysia perlu dibersihkan dari warga tidak sah ini. Bumi Malaysia hanya perlu didiami oleh orang Melayu, orang Cina, orang India dan masyarakat peribumi lain yang sah saja. Orang India yang tidak sah, orang Cina tidak sah, orang Indonesia tidak sah, orang Myanmar tidak sah, orang Bangladesh tidak sah, orang Afrika tidak sah dan orang2 lain yang tidak sah perlu diusir dengan segera.
Jangan sampai rakyat kita mengamuk. Ruginya nanti negara dan kerajaan. Saya yakin kerajaan mampu atasi isu ini.

Wednesday, January 13, 2010

Jangan cakap banyak, TOLONG buat kerja

Kisah hampir 40,000 warganegara India HILANG selepas visa pelancongan mereka tamat tempoh dan perkara itu merupakan isu yang membimbangkan negara. Ke mana mereka ini? Kalau begitu ke mana mereka menghilang? Senangnya mereka berkeliaran walau tanpa permit sah?
Saya tertanya2 macam mana perkara ini berlaku? Di mana polis, Imigresen dan penguat kuasa lain. Mereka goyang kaki ke? Sebenarnya perkara ini yang merisaukan rakyat Malaysia. Benda2 ini yang menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan. Kadang2 kebaikan kerajaan ditenggelami oleh kemarahan rakyat tentang isu macam ini.
Kalau kita tengok, bukan hanya warganegara India saja yang HILANG, tetapi ramai lagi warganegara Indonesia, Bangladesh dan Myanmar sehinggalah warga Afrika yang tinggal secara haram di bumi Malaysia.
Ini bukan perkara main2 dan saya harap kerajaan mengambil serius perkara ini. Perkataan retorik seperti TINDAKAN TEGAS AKAN DIAMBIL, KITA AKAN KETATKAN KAWALAN SEMPADAN, PENGUATKUASAAN AKAN DIJALANKAN DARI SEMASA KE SEMASA, OPERASI BERSEPADU AKAN DILAKUKAN, PEMANTAUAN AKAN DITINGKATKAN dan perkataan yang seangkatannya sudah muak di dengar. Apa yang rakyat hedak sekarang bersihkan segera bumi Malaysia dari warga asing yang tiada permit. Hadkan kehadiran mereka di bumi Malaysia. Saya rimas dan rakyat Malaysia rimas dengan gelagat mereka yang biadap dan kurang ajar.
Kalau penguat kuasa tidak tahu di mana mereka ramai berkumpul, ini saya nak beritahu. Kawasan Pantai Dalam, Selayang, Bandar Baru Selayang, Pandan Indah, Pandan Mewah, Keramat, Chow Kir, Masjid India, Klang, Bukit Jawa dan banyak lagi. Saya bagi sikit dulu, nanti tidak terkejar pula penguat kuasa nak buat operasi.
Bukan hendak memburukkan penguatkuasa, apabila ini berlaku, rakyat akan cakap penguatkuasa rasuah. Kalau tidak rasuah, benda ini tidak akan berlaku. Saya dan ramai lagi warganegara Malaysia yang lain pasti pernah mengalami situasi di mana kita melihat peronda polis menahan warga asing. Sambil lalu, kita lihat polis sedang bertanya sesuatu kepada warga asing itu. Kelihatan polis seolah2 bertanya sesuatu dari beberapa orang warga asing itu. Agak lama polis bercakap. Kalau betul warga asing itu ada permit sah, sudah tentu polis akan lepaskan warga asing itu. Tetapi, kenapa lama sangat polis soal siasat. Mesti ada sesuatu yang tidak kena. Jadi, rakyat akan buat kesimpulan polis itu ambil rasuah. Saya pasti, ramai dari kita pernah melihat situasi seperti itu.
Saya berani katakan, kalau semua penguatkuasa digerakkan dalam satu hari di seluruh negara, berapa puluh ribu warga asing yang tidak akan permit sah akan ditangkap. Tapi, itu tidak pernah dibuat. Kepada penguatkuasa yang bertanggungjawab, buat lah betul2. Jangan kerana rasuah, negara akan musnah dan dibanjiri warga asing.
Saya harap kerajaan lebih serius dalam perkara ini. Rakyat Malaysia sudah rimas dengan kebanjiran warga asing. Rakyat tidak selesa dan rimas.
Saya harap kerajaan dan penguat kuasa jangan banyak cakap, tolong buat kerja dengan serius.

Juara rakyat dan pengkhianat rakyat

Saya tertarik dengan program Juara Rakyat yang dilancarkan baru-baru ini. Jika dilihat itu satu lagi bukti kerajaan prihatin dan bersungguh untuk membela nasib rakyat. Sejauh mana kesungguhan kerajaan menunaikan janji dan melaksanakan amanah rakyat akan dilihat dalam tempoh jangka panjang.
Matlamat program itu sangat cantik seperti digariskan Perdana Menteri, DS Najib Razak. Sekarang, bagaimana program itu dilaksanakan dan keberkesanannya hingga akar umbi terletak ditangan pemimpin2 lain dikalangan kerajaan. Kalau barisan pemimpin kerajaan dan ahli2nya ikhlas tanpa ada penyelewengan, InsyaAllah, rakyat akan merasa nikmatnya. Saya percaya, rakyat tidak mahu lagi dengar macam2 program, tapi rakyat akar umbi tidak sedikit pun merasa tempiasnya.
Saya berharap, DS Najib dapat pantau perkara ini dan jangan ada lagi pengkhianat rakyat yang tidak menyalurkan peruntukan kerajaan pusat kepada sasaran akar umbi. Saya yakin DS Najib sedar perkara ini. Kita tidak mahu terjadi lagi seperti sebelum ini pengkhianat rakyat yang menelan duit rakyat sebelum ia sampai ke akar umbi.
Kita tidak mahu mendengar keluh resah lagi dan rakyat menyalahkan kerajaan atas apa yang berlaku kepada mereka. Sudah pasti akan ada suara sumbang yang akan mempertikaikan perkara dan mengatakannya adalah propaganda kerajaan. Saya percaya kerajaan sudah bersedia berdepan tentangan ini. Tetapi, saya berharap kerajaan akan meneruskan niat murni seperti yang digariskan.
Bagaimanapun, sebagai masyarakat yang matang, kita tentunya sedar bahawa tuduhan itu tidak berasas. Juara Rakyat lahir daripada hasrat kerajaan untuk memikul amanah yang diberikan rakyat dengan sebaik-baiknya.
Pada pandangan saya, dalam melaksanakan program Juara Rakyat, diharap tidak ada lagi kenaikan harga gula dan bahan keperluan pengguna lain, termasuk minyak. Rakyat Malaysia sangat sensitif tentang kenaikan harga barangan walaupun 10 sen. Nilai 10 sen sangat besar nilainya bagi rakyat bahawan seperti saya dan lebih separuh rakyat Malaysia. Jika benar desas desus kerajaan akan menaikkan harga minyak pada pertengahan tahun ini, fikirlah sedalam2nya. Fikirkan formula yang tidak menjejaskan rakyat bahawan. Kita tidak mahu jurang kekayaan antara rakyat semakin membesar. Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin. Jagalan hati rakyat dan dengarlah suara dan degup jantung mereka. Dekati rakyat dan selami apa yang terbuku di hati rakyat.
Mungkin Umno dan BN sudah berubah dan pelbagai perubahan dan program yang disusun sebelum ini, termasuk program Juara Rakyat sebagai bukti keinsafan BN terhadap isyarat dan teguran yang diberikan rakyat dalam pilihan raya umum lalu. Aktiviti yang disifatkan program terpenting Umno dan kerajaan sepanjang tahun ini, membabitkan semua 191 bahagian dalam usaha mendekatkan pemimpin dan ahli Umno dengan rakyat sangat dialu-alukan. Yang pasti rakyat akan memerhati akan kesan dan manfaatnya. Jika berjaya, maka InsyaAllah, rakyat akan bersorak gembira dan menerima perubahan Umno dan jika sebaliknya, tepuk dada tanya selera.
Namun, hati kecil saya khuatir, bimbang akan adanya pengkhianat rakyat. Saya khuatir akan ada pengkhianat rakyat yang akan mengambil kesempatan dengan menyeleweng amanah yang diberikan oleh kerajaan untuk berbakti terhadap rakyat. Kepada barisan kepemimpinan tertinggi parti dan kerajaan, tinjau2 lah dan berhati2 dengan pengkhinat rakyat ini.
Ibarat gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut, golongan pengkhianat rakyat ini walau bilangannya amat kecil, tapi kesannya sangat besar dan boleh musnahkan apa yang Umno bina selama ini.

Tuesday, January 12, 2010

Anwar yang tak sedar diri

Kenapa DS Anwar perlu salahkan Umno dan akhbar Utusan Malaysia. padahal DS Anwar sebelum ini orang Umno dan selalu baca akhbar Utusan Malaysia sebelum masuk pembangkang. Ini jenis manusia tidak sedar diri. Sedarlah kejayaan saudara hari ini, jadi orang yang dikenali di serata dunia sedikit sebanyak adalah jasa Umno dan Utusan Malaysia. Tidak baik suka menyalahkan tempat yang memberi kita kejayaan dan rezeki.Tidak berkat hidup sampai mati. Saya tengok DS Anwar ini kadang2 cakap macam tidak ingat mati. Apapun, pesan saya, duk ceramah sana sini jangan lupa solat lima waktu ye. Tapi, kalau cukup solat lima waktu pun tiada gunannya. Sebab lepas solat ceramah balik mengutuk, mengata dan memburukkan orang.
Soalnya sekarang DS Anwar yang dilihat suka memecah belahkan orang Melayu. Bawa2 lah taubat. Ingat sikit mati. Di bawah ini ialah kenyataan media Anwar yang KONONNYA alim berhubung isu gereja.

KENYATAAN MEDIA
YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang Malaysia

Tarikh: 10 Januari 2010


Kami mengecam serangan ke atas saudara kami penganut agama Kristian dan ke atas beberapa gereja di Malaysia. Serangan terbaru ke atas All Saints Church di Taiping juga merupakan satu serangan terhadap salah satu warisan negara.

Sebagai sebuah negara kita masih bergelut untuk menjunjung semangat perpaduan yang dicita-citakan oleh pejuang kemerdekaan negara ini. Saya menyeru agar kita semua akur dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama dan hak penganut agama-agama itu untuk menjaga hal ehwal agama mereka masing-masing. Ketika ini semangat musyawarah dan dialog mestilah mengatasi suara-suara mereka yang mahu memecah belahkan kerukunan rakyat serta meniup api permusuhan di negara ini.

Rakyat Malaysia mestilah bersatu menentang mereka yang mahu memperalatkan sentimen perkauman sempit dan agama untuk menyemarakkan kebencian demi laba politik puak-puak tertentu. Kita mestilah memperkukuh tekad mempertahan kebebasan beragama.
Kejadian ini merupakan satu ujian terhadap keazaman semua agama dan kepercayaan yang mahukan keamanan dan rasa saling hormat menghormati. Kita seharusnya sedar Tuhan yang kita sembah merupakan, Tuhan yang sama, Allah SWT, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Sejarah menunjukkan kepada kita selama 14 abad ini, Muslim yang bertutur dalam bahasa Arab, penganut Kristian dan bangsa Yahudi, masing-masing menyembah Tuhan yang dikenal sebagai Allah. Sementara diakui keresahan umat Islam di Malaysia terhadap penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut agama lainnya, tindakan seumpama menyerang gereja dan mengadakan protes hanya membantut usaha mencari penyelesaian. Jalan terbaik adalah melalui rundingan dan dialog antara agama.

Saya mengajak umat Islam untuk kembali kepada ayat al Quran yang menyeru kita untuk hidup dalam kerukunan dan saling mengenali di antara agama.

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah " (Ali-Imran, 3:64)

Dan sepertimana yang termaktub di dalam surah al- Ankabut:

Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri (al-Ankabut, 29:46)

Nabi Isa al Masih merupakan antara Rasul Ulul Azmi yang begitu dikasihi umat Islam. Saidina Umar r.a yang melawati Gereja Holy Sepulcher pada tahun 638 masehi, menggesa umat Islam untuk menghormati tempat peribadatan dan suci penganut agama Kristian. Oleh itu adalah tidak munasabah apabila pihak Polis teragak-agak untuk memberi jaminan keselamatan kepada gereja-gereja di seluruh negara.

Api kebencian ini bolehlah ditudingkan kepada kegagalan Barisan Nasional yang diketuai Umno. Propaganda Umno yang berteraskan perkauman sempit terutamanya apabila berhadapan dengan isu penggunaan kalimah Allah serta retorika media yang dikongkong kerajaan, seperti Utusan Malaysia, yang meniupkan api kebencian, sewajarnya dipersalahkan berikutan dari serangan tersebut. Provokasi mereka bukan sahaja salah dari sudut undang-undang malah menzahirkan kempen 1Malaysia yang tidak tuntas serta bermuka-muka.

Walaubagaimanapun saya terharu dan gembira kerana serangan tersebut dikecam keras oleh organisasi Islam dan pimpinan umat. Saya juga menyambut baik saranan wakil-wakil penganut Kristian yang menyeru agar sentiasa bertenang dan menolak sebarang tindakan pembalasan serta keganasan.

Kejadian mutakhir ini menuntut kita agar segera memberi perhatian terhadap keperluan dialog antara agama. Semangat persaudaraan yang disarankan agama kita serta Perlembagaan Persekutuan perlu disemarakkan. Pakatan Rakyat akan berusaha memastikan dialog dan rundingan diadakan di semua peringkat seluruh negara. Saudara kita yang beragama Kristian perlu merasa selamat dan aman serta sedar bahawa kebebasan mereka untuk beragama adalah dijamin di negara ini.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang

Melayu yang bodoh dan bebal

Saya rakyat Malaysia. Dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia. Saya bukan dilahirkan di Kutub Selatan dan dibesarkan di Angola dan mendapat kerakyatan Malaysia. Ini kerna, tumpah darah saya di Malaysia.
Semenjak isu penggunaan nama Allah dan isu membakar gereja, isu penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),timbul lagi. Kerajaan bertegas akan menggunakan isu ISA bagi mencegah perkara ini.
Seperti di duga, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) pertubuhan pertama yang tampil membantah mengenainya. Sebuah pertubuhan yang KONONNYA ditubuhkan untuk memansuhkan undang-undang itu yang didakwa kejam dan tidak menghormati hak asasi manusia. Semua terlampau mengangungkan hak asasi sampai sanggup memusnahkan keamanan negara. Semua terikut2 dengan Barat yang kononnya mengangungkan demokrasi walhal negara2 Barat ialah negara yang selalu melanggar hak asasi. Kita orang Malaysia dan sesetengah orang Melayu yang BODOH dan BEBAL sanggup menyokong mansuhkan ISA. Semua diperbodohkan oleh orang kafir dan terikut2 dengan rentak mereka.
Ramai Melayu yang bodoh. Ramai Melayu yang bebal. Semua termakan hasutan sesetengah pihak yang menghasut dihapuskan ISA. Apabila ISA tiada, maka senanglah agenda sesetengah pihak untuk mengkucar kacirkan negara. Boleh cakap sesuka hati, boleh sentuh isu Melayu sesuka hati, isu agama Islam dan lepas ni isu Raja-raja Melayu. Sedarlah wahai Melayu yang semuanya buta hati. Melayu yang bodoh dan bebal jangan terperangkap dengan isu ISA.
Bagi saya, ISA ibarat vaksin yang mampu mententeramkan negara, sekaligus mewujudkan suasana harmoni dalam negara. Mana ada undang2 ciptaan manusia di dunia ini yang sempurna. Pasti ada sedikit kelemahan. Kalau ada kelemahan itu, sama2 lah kita melakukan penambah baikan. Kalau tidak 100 peratus sempurna pun, sekurang2nya cecah 90 peratus sempurna.
Ini yang perlu GMI fikirkan. ISA sudah berjasa sekian lama mengekang anasir subversif seperti pengganas komunis, Kumpulan Militan Malaysia, Al-Ma'unah, Al-Arqam, pemilik senjata api dan peluru haram, ahli Jemaah Islamiah dan individu yang terlalu lantang mempermainkan emosi rakyat untuk bangun menentang kerajaan.
Amerika Syarikat pun ada Akta Patriot. Britain pun ada Akta Pengganas yang membenarkan kerajaan menahan sesiapa saja tanpa perbicaraan jika disyaki menjadi anasir atau penyokong keganasan. Adakah ISA lebih teruk daripada Akta Patriot yang mengenakan sesiapa saja disyaki boleh ditahan dan dihilangkan daripada mata masyarakat dan ditempatkan di Kem X-Ray Teluk Guantanamo. Itu pun rakyat tidak boleh fikir. Bagi orang Melayu, jangan lah jadi bebal dan bodoh sangat. Fikir seluas2nya. Buka mata, buka hati dan buka minda. Jangan cepat melatah.
ISA dirangka dan dijadikan undang-undang pada 1960. Sejak akta itu digunakan, ia dipinda lebih 20 kali. ISA adalah undang-undang tahanan pencegahan. Saya berpendapat ISA sangat diperlukan dalam masyarakat pelbagai agama dan kaum. ISA perlu bagi membendung tindak-tanduk yang mengancam atau menggugat keselamatan negara.
Saya ingin bertanya, adakah dengan memansuhkan ISA bermakna segala masalah akan selesai? Bantahan kepada ISA hanya alasan memperlihatkan bahawa Pakatan Rakyat sepakat, walaupun hakikatnya tiga parti yang KONONNYA sahabat sejati dalam pakatan itu iaitu Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mempunyai ideologi yang berbeza dan tidak mungkin dapat mencari satu titik pertemuan bagi bersatu.
Negara yang tiada akta pencegahan serius sering menghadapi masalah untuk mencegah isu2 yang menjejaskan keharmonian negara. Kepada orang Melayu, jangan jadi bodoh, jangan jadi bebal. Janganlah kita korbankan keamanan dan kemakmuran negara yang
dicintai ini kerana taksub dengan politik murahan. Saya berharap asingkan antara politik dan keselamatan negara.
Ingatlah, jangan kita berpecah kerana perbezaan politik. Buanglah politik dan cuba fikirkan soal keamanan negara. Agenda pembangkang yang membantah ISA hanya untuk kepentingan peribadi. Jangan kita terperangkan dengan mainan sesetengah pihak yang ada kepentingan peribadi.
ISA perlu dikekalkan dengan beberapa pengubahsuaian bagi menjamin keharmonian, keselamatan dan keamanan negara, supaya ia kekal relevan. Kalau perlu, tokoh agama dan ulama boleh duduk berbincang bagi penambahbaikan akta ini. Kepada orang Melayu yang kononnya mendokong kebebsan, jangan jadi bodoh dan bebal dan diperbodohkan oleh pihak yang ada udang di sebalik batu. Fikir2lah. Jangan cepat melatah dan hanya tahu mencari salah. Kita orang Melayu selalu sangat cepat mengalah dan beralah.

Sunday, January 10, 2010

Kadang-kadang perlu jadi diktator

Saya antara generasi muda yang hidup dan membesar di zaman Tun M. Saya kagum dengan Tun M dan saya cukup kagum apabila melihat wajahnya terpampang di TV memberi ucapan di pelbagai persidangan dunia. Orang seperti Tun M adalah satu dalam berpuluh2 juta rakyat Malaysia dan tiada galang gantinya.
Kini, saya risau melihatkan nasib Malaysia. Tanah Melayu yang semakin kehilangan kemelayuannya. Di tangan DS Najib, amanah dan tanggungjawab sangat besar. Gagal DS Najib, maka berkuburlah Umno. Sama2 lah kita berdoa moga Umnon yang dianggap roh orang Melayu akan terus bernyawa sehingga hari kiamat.
Saya lihat, cabaran DS Najib bukan saja dari segi ekonomi, tetapi dari segi perpaduan kaum dan agama. Keharmonian negara sejak akhir2 ini banyak diuji. Ibarat bara yang jika gagal dipadam akan membajar seluruh negara.
Bukan untuk mengungkit, tetapi orang Melayu terlampau banyak mengalah. Melayu terus mengalah dan berundur. Sikap orang Melayu yang selalu berkata tidak mengapa menyebabkan Melayu terus memberi dan memberi.
Hak Melayu banyak dipertikai. Orang Melayu sekarang hanya bergantung kepada Raja-raja Melayu. Itupun banyak orang pertikaikan. Kemasukan ke MRSM, UITM pun dipertikai. Macam2. Ketuanan Melayu minta dihapus oleh DAP yang sebenarnya berniat jahat dan mempunyai agenda peribadi. Ini semua pun sebab orang Melayu yang bodoh bersekongkol dengan DAP.
Dari isu memijak kepala kuil berpunca dari pembinaan kuil di kawasan Melayu, Azan kuat pun agama lain bising. DAP dan PKR bergegar2 pertikaikan azan. Anwar Ibrahim dan Tok Guru senyap. Jaga bontot sendiri. Isu penggunaan nama Allah pun dipertikai sehingga menyebabkan banyak gereja cuba dimusnahkan. Bangsa lain sudah menyalahgunakan demokrasi dan kebebasan bersuara di negara ini. Kalau dibiarkan hancurnya jadinya Malaysia ini.
Kepada orang Melayu, bangkitlah. Jangan diperbodohkan oleh permainan sesetenga pihak yang cuba mengambil kesempatan. Dalam menilai politik haruslah ikut akal fikiran yang tenang dan bukan mengikut emosi. Kita lihat DAP banyak mempermainkan isu perkauman dan ia disokong oleh Anwar Ibrahim sendiri. Semuanya untuk kepentingan diri.
Anwar mengamalkan politik yang bahaya demi mencapai impianya untuk ke Putrajaya. Bukan saja Anwar Ibrahim, Tok Guru pun sanggup bersekongkol dengan orang Cina walhal Tok Guru sendiri cakap sebelum ini tidak boleh bekerjasama dengan orang kafir. Ingatlah DAP bercita-cita enghapuskan segala hak2 org melayu dan di bagi sama rata. Contoh sudah jelas di Singapura. Nak pakai tudung pergi sekolah pun dah tidak boleh. Kalau hendak azan pun tidak boleh guna pembesar suara. Azan dalam masjid saja. Tidak mustahil Malaysia akan jadi macam itu. Mintak jauh2.
Sebab itu kalaupun kita negara demokrasi, kadang2 pemimpin perlu menjadi diktator dalam keadaan tertentu. Kadang2 diktator penting bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara kaum di negara ini. Jangan melayan sikap PKR dan DAP (PAS hanya pak turut) yang suka bermain dengan api.
Jangan sia2kan kemerdekaan dan pembangunan dan rakyat yang hidup dengan aman dulu semua nya hancur hanya kerana sikap beberapa kerat yang hendak tunjuk hendak dia bagus dan berlagak sebagai pejuang.

Pemimpin pembangkang riak, sombong dan takbur

Semasa sekolah dulu di sekolah rendah, ustazah saya selalu berpesan, kita jangan riak, sombong dan takbur sesama manusia. Jangan suka untuk mengata orang dan cakap orang itu tidak betul, orang itu tidak kena dan macam2lagi. Saya ingat pesan itu sampai bila2. InsyaAllah.
Ustazah juga berpesan, andai kita menjadi pemimpin suatu hari nanti, tidak kiralah pemimpin keluarga sekalipun, jadilah pemimpin yang adil dan jangan riak, sombong dan takbur. Jangan jadi pemimpin yang hanya tahu melihat kesalahan orang, padahal diri sendiri penuh dengan kekurangan dan kesilapan.
Dalam kancah politik sekarang, saya lihat sesetengah pemimpin PKR dan Pas (bukan semua) sangat riak, sombong dan takbur bila bercakap. Sesetenganya bila bercakap seolah2 dia adalah manusia paling sempurna di dunia ini. Semua yang orang buat salah. Itu salah, ini salah walau benda yang dibuat itu memberi manfaat kepada rakyat.
Tidak perlu saya cakap pemimpin pembangkang mana yang riak, sombong dan takbur itu. Saya percaya dan yakin rakyat boleh melihat dan menilainya sendiri. Saya meluat melihat pemimpin sebegini. Hanya tahu bercakap untuk kepentingan sendiri, padahal diri sendiri penuh dengan kekurangan.
Kalau pemimpinnya pun perangai macam itu, maka tidak hairanlah perangai sedemikian menjadi ikutan pengikutnya. Selalu rasa diri bagus, alim dan serbaserbi sempurna.
Ingat, kita di dunia adalah manusia yang sangat hina di sisi Allah SWT. Sedarlah diri. Jangan rasa diri itu hebat, jangan rasa diri itu sempurna. Jangan mengkafirkan orang sesuka hati. Ingat, kita semua akan mati. Biarlah Allah SWT yang menentukan siapa ke syurga dan siapa ke neraka. Bukan Tok Guru dan bukan juga Anwar Ibrahim.

Sesat Dalam Terang

Umno dan Bn pun ada yang tidak kena. Ada yang tidak betul. Tapi tiadalah sampai jadi macam orang tidak betul. Salah satu adat dan budaya pemimpin pembangkang ialah memegang lilin.
Saya melihat dengan mata saya sendiri bagaimana pemimpin Pas begitu ghairah memegang lilin dalam upacara apa pun saya tidak tahu. Kejadian itu berlaku di Balai Polis Bukit Jalil sewaktu menunggu pembebasan beberapa penyokong mereka yng ditahan dalam demo hapus ISA. Kesian penyokong Pas pegang lilin waktu maghrib pula tu.
Kalau kita tengok pun, sejak akhir-akhir ini,kepimpinan PKR kerap menggunakan kaedah api di dalam meraikan majlis berbentuk kebebasan. Api kononnya melambangkan kecerahan untuk mengenepikan kegelapan. Kepimpinan PKR dan mungkin kepimpinan Pas akhirnya terjerat dengan amalan Majusi.
Islam banyak dikelirukan oleh Pas dan Melayu banyak berpecah sebab PKR. Semua takutkan DAP.
Saya orang Islam dan saya orang Melayu. Saya tidak menyokong mana-mana pihak. Cuma, saya ingin bertanyakan rakyat Malaysia kejam sangatkah pemimpin kerajaan kita? Rakyat kita ada yang kena sembelih hidup2 macam di Palestin, Iraq dan sestengah negara lain di Afrika?
India masih boleh berjalan di mana2. China tetap boleh buat apa yang dia suka. Melayu tetap dengan aktivitinya. Apa lagi yang kita nak. Jangan terpedaya dengan kelembutan lidah manusia bernama Anwar Ibrahim. Fikir-fikirlah demi bangsa Melayu. Saya sayangkan Melayu dan saya tidak pernah malu mengaku saya orang Melayu. Saya sangup mati demi agama, bangsa dan negara.

Bacalah...

Berikut ialah sebahagian kandungan empat afidavit jawapan pendakwaan berhubung permohonan Pengarah Eksekutif Perhubungan Awam Magnum Corporation, Datuk Nallakaruppan a/l Solaimalai dari lokap polis Bukit Aman ke Penjara Sungai Buloh.Afidavit Senior Assisten Komisioner II Musa Hassan, Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah.



SAYA adalah Penyelia Pegawai Penyiasat yang menyelia siasatan berkaitan buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM dan telah mengarahkan siasatan dilakukan berkaitan buku itu setelah menerima empat laporan polis yang dibuat oleh penama berikut:
- Abu Bakar Md Ahmad, peniaga.
- Abd Zarin Mohd Yasin, peniaga.
- Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri.
- Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri.



Kesemua laporan ini saya kelaskan untuk tujuan siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas kesalahan fitnah jenayah. Afidavit Nallakaruppan a/l Solaimalai yang diikrarkan pada 25 Ogos 1998 telah dirujuk kepada saya dan saya membacanya serta memahami isi kandungan afidavit itu. Saya menafikan bahawa penyiasatan polis dalam kes ini dibuat dengan niat jahat (malice), salah guna proses dan mala fides.



Saya ingin menegaskan bahawa siasatan kes ini dan soal-siasat yang dijalankan terhadap Nallakaruppan melibatkan kepentingan keselamatan serta kesejahteraan negara. Siasatan telah dan sedang dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang negara.
Di dalam menjalankan siasatan kes ini, selain memperolehi keterangan saksi-saksi, keterangan dokumentar, keterangan menyokong dan keterangan forensik, di antara lain, seramai tujuh orang saksi telah memberi pernyataan (bertulis) kepada polis seperti berikut:



* Seorang saksi lelaki telah menyatakan bahawa dia telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar sebanyak 15 kali. Kegiatan homoseksual ini telah dilakukan di beberapa tempat termasuk di sebuah apartmen, Tivoli Villa di Bangsar. Apartmen ini dimiliki oleh sebuah syarikat yang mana Nallakaruppan adalah seorang pengarahnya yang mempunyai akses ke atas apartmen tersebut.
* Seorang saksi telah memberi kenyataan bahawa dia mengesyaki kakak iparnya menjalinkan hubungan seks dengan Datuk Seri Anwar dan perbuatan tersebut dilakukan di apartmen Tivoli Villa.
* Bekas pemandu peribadi Nallakaruppan dalam kenyataannya menyatakan bahawa dia pernah membawa Datuk Seri Anwar bersama Nallakaruppan pergi ke tempat tertentu untuk perkhidmatan seks haram. Dia pernah ditugaskan oleh Nallakaruppan untuk pergi mengambil perempuan-perempuan berbangsa Cina, Mexican, Eurasian dan lain-lain bangsa untuk kegiatan seks haram. Pernah pada satu ketika, selepas balik dari apartmen Tivoli Villa, saksi ini memandu kereta yang dinaiki oleh Datuk Seri Anwar bersama Nallakaruppan dan seorang wanita yang mana Datuk Seri Anwar dilihat memakai rambut palsu.

* Seorang saksi yang terlibat dalam pembekalan perempuan-perempuan bagi maksud pelacuran menyatakan bahawa Nallakaruppan pernah menghubunginya untuk mendapatkan khidmat seks haram. Saksi ini menyatakan dia juga beberapa kali telah membekalkan kepada Nallakaruppan perempuan-perempuan tersebut.
* Seorang saksi wanita menyatakan bahawa Nallakaruppan telah memperkenalkannya kepada Datuk Seri Anwar semasa di dalam kereta. Kemudiannya mereka bertiga telah pergi ke apartment Tivoli Villa. Di sebuah bilik di dalam apartmen tersebut saksi ini menyatakan dia telah dicabul kehormatannya dan dia juga menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar telah merayu-rayu kepadanya untuk mengadakan hubungan seks tetapi dia telah menolaknya. Sewaktu kejadian ini berlaku Nallakaruppan berada di apartmen tersebut.

* Seorang lagi saksi wanita menyatakan bahawa dia pernah dibawa oleh Nallakaruppan ke sebuah banglo dan diperkenalkan kepada Datuk Seri Anwar. Saksi ini menyatakan dia diminta masuk ke sebuah bilik dan kemudiannya Datuk Seri Anwar telah masuk ke bilik tersebut lalu mencium dan menghempapnya sambil memeluknya. Namun dia tidak menyerahkan dirinya untuk hubungan seks. Untuk mengelakkan dirinya daripada keadaan tersebut dia telah membuat helah yang dia di dalam keadaan haid.

* Seorang lagi saksi wanita yang bekerja di sebuah syarikat yang mana Nallakaruppan adalah salah seorang Pengarah syarikat tersebut, menyatakan bahawa dia pernah dibawa oleh Nallakaruppan ke apartmen Tivoli Villa dengan kereta yang dipandu sendiri oleh Nallakaruppan. Di apartmen tersebut dia telah terperanjat apabila ditemukan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka telah mengadakan hubungan seks. Setelah selesai mengadakan hubungan seks dengan Datuk Seri Anwar saksi ini menyatakan bahawa mereka telah berbincang tentang hal ehwal politik negara. Nallakaruppan telah memberi saksi ini RM350.00.

* Pihak polis juga mempunyai keterangan bahawa Nallakaruppan ada memberi wang tunai berjumlah RM60 juta kepada Datuk Seri Anwar semasa pilihan raya umum tahun 1995.

* Terdapat juga keterangan yang menunjukkan Nallakaruppan telah mengalihkan aktiviti-aktivitinya ke sebuah apartmen di Impiana Court, Ampang, Selangor selepas siasatan pertama yang dijalankan berkaitan surat layang terhadap Skandal Seks Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ogos 1997. Apartmen ini dimiliki oleh sebuah syarikat yang disenaraikan di Papan Pertama Bursa Saham Kuala Lumpur di mana dia merupakan seorang dari Pengarahnya. Kegiatan-kegiatan seks haram ini masih berterusan walaupun siasatan polis telah dimulakan.

Sewaktu pihak polis menjalankan siasatan, satu lagi laporan polis telah dibuat oleh seorang ahli koporat yang mendakwa bahawa Datuk Seri Anwar cuba memikat isterinya ketika beliau dan isterinya mengikuti rombongan Datuk Seri Anwar ke Washington. Dalam siasatan yang dijalankan oleh pihak polis adalah terbukti Nallakaruappan juga terlibat dalam aduan yang dibuat oleh ahli korporat tersebut.

PKR, jangan cakap je lebih

Saya pergi melihat sendiri kerosakan Gereja Metro Taber Nacre A/G Catholic, di Desa Melawati yang rosak akibat dilembar bom api. Agak teruk juga kerosakannya. Perabot dan buku musnah terbakar.
Sebelum itu Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat melawat kirakira jam 12.30.
Kira-kira jam 2.15, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang Timbalan dan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa tiba. Kira-kira 20 minit selepas itu pula tiba Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan. Ketika itu saya masih ada lagi disitu.
Ketika masih berada di sana saya melihat beberapa polis trafik tiba dan meninjau keadaan sekeliling. Saya difahamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dijadualkan datang melawat kira-kira jam 5 petang.
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin dan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan.
Nampaknya bagus PM dan pemimpin2 lain sentiasa cuba memenuhi tuntutan rakyat dan meninjau sebarang masalah membabitkan hal rakyat walau sibuk dengan macam2 tugasan rasmi lain. Najib turut mengumumkan peruntukan RM500,000 kepada Gereja Metro Tabernacle membolehkan pihak pentadbiran gereja berkenaan membangunkan rumah ibadat itu di tempat lain.
Hadi Awang dan beberapa pemimpin Pas pun bagus datang melawat. Ia sebagai bukti Islam tidak sukakan keganasan dan Islam sentiasa inginkan pendamaian.
Jadi, sebagai simbolik harap2 orang bukan Islam jangan lagi bangkitkan benda2 sensitif pasal Islam. Hiduplah dalam aman damai dan hormati Perlembagaan Negara dan hayati Rukun Negara. Tidak ada guna kita melatah tidak tentu pasal mengikut rentak dua atau tiga individu yang ada kepentingan peribadi.
Kalau keharmonian negara musnah, kita yang rugi. Apabila keharmonian musnah, akan ada campur tangan asing dan inilah yang ditunggu oleh banyak pihak yang ada kepentingan peribadi. Saya tidak mahu ini berlaku dan saya percaya 99 peratus rakyat Malaysia pun tidak ingin ini berlaku.
Dalam kekalutan ramai pemimpin Islam dan bukan Islam yang hadir melawat gereja yang rosak itu, saya tertanya2 juga mana perginya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan konco2nya. Mereka ini ada dalam Malaysia atau sedang sibuk di luar negara menjaja ceita keburukan Malaysia.
Kalau mereka sudah datang tanpa pengetahuan saya, saya minta maaflah. Sebab dari pagi sampai petang saya berada di tempat kejadian, kelibat mereka saya tidak nampak pun. Cakap pemimpin yang ambil berat hal rakyat. Batang hidung pun tidak nampak. Cakap je lebih. Bergegar2. Apa pun tak nampak.
Sudah la, rakyat sudah muak. Tak nampak apa pun yang PKR buat. Makin tunggang langgang ada la. Mungkin pemimpin PKR sedang sibuk dengan masalah dalaman sebab itu tak sempat melawat. Lupa, Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim baru letak jawatan.
Peletakan jawatan Salehuddin itu adalah satu tamparan hebat kepada PKR yang dilanda masalah dalaman, selain Anwar mungkin melalui satu lagi perbicaraan mahkamah yang panjang atas dakwaan kes liwat.
Sumber parti sudah lama mendedahkan pergeseran beliau dengan segelintir pemimpin parti menyebabkan keadaan tidak selesa.
Antaranya perbezaan pendapat beliau dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang setia kepada Anwar, dalam isu mengambil alih Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) oleh kerajaan Selangor.
Bulan lalu, Salehuddin dilaporkan begitu marah dan mengirim e-mel kepada pegawai parti yang beliau gambarkan sebagai `penjahat' dan terbabit dalam `taktik kotor' berhubung isu pengambilalihan hutang sebuah syarikat swasta oleh agensi kerajaan Selangor berjumlah RM391 juta.

Saturday, January 9, 2010

Siapa yang salah?

Kejadian membaling bom api di tiga buaha gereja menggemparkan negara. Bagi saya, ia sesuatu yang mengejutkan. Jika tidak dibendung akibatnya parah nanti.
Malah, terdapat cubaan pihak tertentu yang cuba bermain dengan api apabila menyebarkan SMS yang mengatakan supaya berjaga2 kerana orang Islam akan mengamuk. SMS itu berbunyi: 'Tolong jangan simpan tasbih dan artikel keagamaan (Kristian) dalam kereta anda... mereka memecahkan kereta... bermula di Bangsar, bantahan masih berjalan dan bergerak ke Shah Alam.' Sungguh menakutkan jika ia benar2 terjadi.
Kejadian pertama membabitkan Gereja Metro Taber Nacre A/G Catholic di Desa Melawati, pada jam 12 tengah malam, disusuli Gereja Assumption Assunta, Petaling Jaya (jam 4 pagi) dan Gereja Chappel, Damansara (jam 8 pagi).
Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dan kebakaran di Gereja Metro Taber Nacre A/G Catholic menyebabkan kemusnahan perabot dan buku. Bom api yang dilempar di dua lagi gereja tidak meletup.
Saya pun tidak bersetuju dengan perkara ini. Memang orang islam marah dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian, tetapi bukan ini caranya. Lagipun Islam sendiri melarang umatnya untuk memusnahkan rumah ibadat, membunuh orang tua, kanak2, wanita dan tumbuhan ketika perang. Apatah lagi, dalam suasana aman kita musnahkan gereja.
Walau apapun, saya harap perkara ini menjadi pengajaran kepada umat Islam dan bukan Islam. Kepada orang bukan Islam, hormatilah agama Islam dan jangan sesekali membangkitkan lagi kemarahan orang Melayu dan Islam.

Friday, January 8, 2010

Melayu dan Islam ibarat irama dan lagu

Siang tadi, selepas Jumaat terdapat banyak perhimpunan Aman bagi membantah penggunaan pekataan Allah. Perhimpuan berlaku di seluruh negara. di Ibu Kota, perhimpunan secara aman berjalan di Masjid Negara dan Masjid Kampung Baru.
Saya berada di Masjid Negara ketika berlangsungnya perhimpunan itu. Jumlah mereka yang berkumpul kira2 1,000 orang. Menurut kenalan saya, jumlah di Masjid Kampung Baru pula hampir 2,000 orang.
Saya hanya memerhatikan dari jauh dan saya ternanti2kan apakah akan berlaku seterusnya. Tidak lama selepas itu keluar wakil orang Melayu dan Islam untuk memberikan ucapan. Ucapannya jelas semangat sambil dilaungi dengan takbir Allahuakbar.
Saya tertarik dengan ucapannya. Ucapannya penuh dengan nasihat dan rayuan. Rayuan yang paling menusuk kalbu saya bagaimana beliau menyeru umat Islam supaya bersatu. Apa yang berlaku hari ini adalah silap orang Islam itu sendiri. Melayu berpecah dan sudah pasti Islam berpecah.
Saya melihat suaranya mula tersekat2. Saya dapat meliaht dia menyapu air matanya. Dalam sebak, dia terus melaungkan kata2 semangat yang mahu orang Melayu bangkit kembali dan jangan berundur dari bumi Malaysia selagi hyat dikandung badan.
Ketika itu, saya melihat ramai orang Melayu dan Islam yang berada di situ mengesat air mata. Saya hanya menahan sebak di dalam dada apabila melihat keadaan itu. Adakah air mata orang Melayu itu ialah air mata penyesalan kerana kesilapan diri sendiri.
saya dapat melihat semangat orang Melayu ketika itu. Saya bangga walaupun jumlah yang hadir tidak ramai, sekurang2nya masih ada Melayu yang sedar dan mahu bangkit. Saya percaya, Melayu akan bangkit menguasai politik kembali, walaupun tidak ekonomi.
Orang Melayu dan Islam cintakan keamanan dan orang Melayu tidak pernah menghalang mana2 kaum dan agama menunaikan tuntutan agama masing-masing. Kejadian beberapa gereja dibaling bom api dianggap kemuncak kepada perkara yang berlaku. Seharusnya kejadian itu memberi pengajaran jangan bermain api. Kita tidak tahu siapa yang melakukannya. Mungkin ada pihak ketiga cuba mengambil kesempatan dari kekeruhan yang berlaku.
Sungguhpun masih ada ruang rayuan, namun keputusan ini menunjukkan satu isyarat kepada orang Melayu dan Islam bahawa segala status quo orang Melayu dan agama Islam di negara ini boleh berubah pada bila-bila masa.
Puncanya satu, iait apabila ada orang Islam sendiri menjadi pengkhianat dan menyokong kumpulan yang mahu melemahkan kedudukan Islam di negara ini.
Ingatlah, orang Melayu boleh berbeza fahaman politik asalkan bersatu menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara. Malangnya, saya melihat perkara ini tidak berlaku hari ini.
Ingatlah, kejatuhan banyak kerajaan Islam dulu bermula seperti apa yang berlaku di negara kita apabila Islam bergaduh sesama Islam. Kita berpecah sebab adanya fitnah menfitnah, dengki mendengki dan mcam2 lagi sifat syaitan.
Semua yang berlaku kerana hasutan kaum kafir seperti yang disebar oleh kaum munafiq seperti dalam perang Siffin.
Kepada semua orang Melayu dan Islam, ingatlah apa yang berlaku hari ini adalah isyarat untuk kita berhenti bergaduh kerana perkara2 yang bodoh dan tidak masuk akal. Kita bergaduh dengan perkara yang langsung tidak memberi manfaat.
Kita selalu sangat mengalah dan berlembut hati. Kita hanya tahu bercakap tidak apa dan biarkan saja.
kita selalu sangat terpedaya dengan laungan keadilan, demokrasi, meritokrasi sehingga tidak sedar bahawa laungan-laungan tersebut digunakan untuk membantu kumpulan tertentu mendapat kuasa tetapi melemahkan kedudukan kita sendiri.
Tindakan menterjemahkan perkataan God kepada Allah, bukannya Tuhan seperti sepatutnya, ialah satu usaha secara terang2an untuk memecah belah umat Islam dan tanda awal mencabar kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di negara ini.
Untuk umat Islam di negara ini yang kononnya berfikiran liberal kerana kuasa yang mereka nikmati hari ini, ingatlah firman Allah,
"Katakanlah wahai Muhammad: Hai orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku." [Al Kaafiruun]
Carilah titik pertemuan itu dan saya percaya kita akan berjumpa jalan yang sama untuk menuju kejayaan di dunia dan akhirat. Melayu dan Islam, ibarat irama dan lagu. Tidak boleh dipisahkan.

Umno hilang aura, Pas tiada hala tuju, PKR tidak boleh percaya

Apabila orang menyebut Umno, ia sebuah parti yang dikaitkan dengan Melayu. Apabila orang sebut Pas pula, orang akan cakap ia adalah parti Islam. Jadi, apa bezanya. Setahu saya, orang dalam Umno itu Melayu dan Islam. Pas pula Islam dan sudah pastinya Melayu.
Jasi, susah sangat ke kedua2nya nak bersatu. Itu antara persoalan yang bermain di benak orang Melayu, terutamanya generasi muda. Saya kesian kan diri saya dan generasi muda hari ini yang semakin keliru oleh senario politik tanah air.
Yang mana satu pilihan hati. Nak ke kanan salah, ke kiri salah dan ke belakang, lagi salah. Yang mana satu pilihan hati...
Kekeliruan ini dinyatakan oleh beberapa kenalan saya. Kenalan saya berkata orang Melayu cintakan Umno, tetapi rasa cinta itu sudah semakin pudar. Tetapi, orang Melayu pun cintakan Pas, tetapi kenalan saya berkata Pas tidak boleh menjadi ketua keluarga kerana tiada hala tuju. Kalau berkahwin dengan Pas, tunggang langgang jadi ketua. Saya bertanya pula kenalan saya itu bagaimana dengan PKR? Kenalan saya itu menjawab PKR lagi tidak boleh percaya. Kalau kahwin dengan PKR, jawab dia terabailah nasib kita semua.
Lalu, saya bertanya lagi kenalan saya itu. Jadi, orang Melayu hendak pilih apa sekarang? Kenalan saya itu hanya menjawab entah... Saya berfikir sendirian. Nampaknya begitu rumit sekali nasib orang Melayu.
Dalam diam itu, kenalan saya bersuara... hanya Umno saja boleh diharap. Itu pun dengan syarat. Saya bertanya kenalan saya itu, apa syaratnya. Kenalan saya berkata syaratnya ialah Umno perlu membuat orang Melayu kembali jatuh cinta kepadanya semula. Bagaimana hendak membuat orang Melayu jatuh cinta itu, terserah kepada kebijaksanaan Umno.
Saya melihat ada betulnya kata2 kenalan saya itu. Umno kena berusaha untuk memastikan orang Melayu kembali jatuh cinta kepadanya. Orang Melayu dalama persimpangan. Terpulang kepada kebijaksanaan pemimpin Umno, Pas mahupun PKR merebut peluang yang ada.
Bagi saya, yang mana satu pilihan hati sekali pun, jangan sehingga menggadai maruah bangsa. Ingat, umat Islam musnah kerana diri sendiri. Saya sayangkan bangsa saya dan saya sayangkan agama saya.
Saya yakin dan saya percaya jalan yang paling tepat ialah mencari titik pertemuan diantara Melayu dan Islam. Saya sanggup mati demi agama bangsa dan negara.

Thursday, January 7, 2010

Jangan Hanya Menjadi Jaguh Dunia

Semoga selepas ini tidak ada lagi pihak yang main2 dengan isu agama. Isu agama sangat sensitif dan kita harus belajar dengan negara luar yang sering berlaku perbalahan antara agama.
Saya tidak mahu isu agama terus dimainkan. Saya berharap parti politik berhenti menggunakan isu agama demi menjaga kepentingan parti.
Usah menjadi jaguh dalam mempertahankan agama kononnya agama lain pun boleh menggunakan perkataan Allah.
Jangan hanya menjadi jaguh di dunia, kelak di akhirat merana.

Alhamdulillah...

Alhamdulillah. Berita yang menggembirakan umat Islam di Malaysia. Mahkamah Tinggi semalam membenarkan permohonan Menteri Dalam Negeri untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan berhubung penggunaan kalimah 'Allah' dalam majalah Herald-The Catholic Weekly sementara menunggu rayuan kes itu.
Hakim Datuk Lau Bee Lan membenarkan permohonan itu dalam kamarnya, yang turut dipersetujui Ketua Biskop Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam yang dinamakan sebagai responden.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang mewakili Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia selaku pemohon, berkata permohonan itu dibuat kerana kes berkenaan membabitkan kepentingan negara.
Mujur Perdana Menteri, DS Najib Razak cekap untuk bertindak segera dalam meredakan kemarahan umat Islam. Semoga kerajaan akan lebih peka dan sensitif dalam hal berkaitan agama. Jangan biarkan sesiapa pun menangguk di air yang keruh. Kadang2 gunting dalam lipatan sangat bahaya. Awas.

Wednesday, January 6, 2010

Antara Kampung Baru, Petaling Street dan Brickfields

Kampung Baru, Petaling Streets dan Brickfields adalah lambang masyarakat berbilang kaum di negara ini. Ketiga-tiganya boleh dianggap sebagai nadi dan nyawa kaum Melayu di Kampung Baru, kaum cina di Petaling Street dan kaum India di Brickfields.

Berilah Kemaafan, mungkin ini tidur terakhirmu

Setiap hari dalam hidup, kita akan berjumpa dengan pelbagai ragam manusia. Sudah pasti, dalam kepelbagaian ragam itu, ada yang menyakitkan hati kita, ada yang membuatkan kita marah. Kalau rasa ingin marah, marahlah. Luahkannya. Jangan dipendam kemarahan itu. Marah jika disimpan akan menjadi dendam. Dendam adalah sifat yang dibenci oleh Allah swt.
Sebagai manusia, kita tidak tahu sampai bila hayat kita. Entah dapat lagi melihat hari esok. Entah, kita hanya mampu berserah kepadaNYA. Kalau kita tengok umat Islam hari ini, semuanya terkejar2 kan keseronokan dunia. Seolah2 semuanya akan hidup selama-lamanya. Parti yang bertunjangkan Islam pun tidak mampu menakhoda umat Islam di negara ini. Semuanya tidak ikhlas dan penuh dengan hasad dengki. Bercakaran sesama diri. Kesannya, orang Melayu dan umat Islam tersepit.
Sekejap lagi, saya akan tidur dan saya sudah maafkan kepada semua umat Islam dan bukan Islam. Saya pun berdoa moga orang lain pun akan maafkan kesalahan saya yang disedari atau tanpa disedari. Mungkin ini malam terakhir saya. Hanya Allah yang maha mengetahui.

Andai saya tahu

Andai saya tahu saya akan berdiam diri sahaja. Andai saya tahu saya tidak akan merajuk. Andai saya tahu saya tidak akan membebel. Andai saya tahu saya tidak akan marah. Andai saya tahu saya tidak akan memberontak. Andai saya tahu saya tidak akan melatah. Andai saya tahu saya tidak akan bermain dengan api. Andai saya tahu saya tidak akan mengamuk. Andai saya tahu saya tidak akan melenting. Andai saya tahu saya tidak akan bakar kelambu... Semuanya andai saya tahu. Andai saya tahu semua apa yang akan berlaku sejak akhir-akhir ini, saya tidak akan mengundi pembanagkang.
Itu adalah sms yang saya terima dari seorang kenalan saya yang saya kenal sejak sekolah dulu. Sms yang saya terima buatkan saya terfikir. Sms kenalan saya itu penuh dengan perkataan 'andai'. Adakah perkataan `andai' itu juga berlegar di fikiran semua orang Melayu sekarang. Entahlah. Saya lihat negara sekarang walaupun pada zahirnya aman damai, namun batinnya penuh dengan pergolakan. Pergolakan yang dicetuskan oleh sesetengah individu yang suka melihat negara kucar kacir.
Tetapi, saya yakin dan saya percaya rakyat Malaysia bijak menepis semua cubaan sesetengah pihak yang bencikan keamanan antara kaum dan agama yang wujud sejak sekian lama di negara kita. Saya sayangkan Malaysia dan saya yakin 99 peratus rakyat Malaysia cintakan keamanan.
Namun, fitrah manusia, kita hanya mampu mengandai dan meneka saja. Semuanya ketentuan Allah swt. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jangan kerana guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. Hidup ini penuh dengan andaian dan teka teki. Silap percaturan, merana diri.

Tuesday, January 5, 2010

Memohon perlindungan dari Allah SWT

Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Malaysia akan mengadakan solat hajat di Masjid Negara pada malam Jumaat ini (7 Jan 2010). Semua umat Islam tanpa mengira fahaman politik dijemput hadir untuk sama-sama menunaikan solat bagi meminta kesejahteraan umat Islam di Malaysia khasnya dan dunia amnya.
Marilah sama2 kita bersatu hati dan menunaikan solat hajat. Semoga umat Islam di negara ini akan terus dirahmati dan dilindungi oleh Allah SWT. InsyaAllah. Amin

Entah lepas ke tidak Titian Siratulmustaqim

Ada dua tiga orang kenalan saya menghantar sms kepada saya dan menegur kerana tulisan saya banyak berpihak kepada Umno dan menghentam pakatan pembangkang, terutamanya Pas. Saya terdiam seketika dan saya agak terkejut sms nya agak kasar dan saya bertambah terkejut kerana saya sudah lama mengenalinya. Hati saya terdetik kenapa dia sanggup menghantar sms sedemikian kerana hal seperti ini.
Sms balas saya kepada kenalan saya itu ringkas sahaja. "Terimalah secara terbuka yang saya tulis kerana ia hanya pendapat peribadi saya. Jangan kita bergaduh sesama Melayu dan Islam kerana perkara remeh".
Beginilah sifat pemimpin dan penyokong pembangkang. Kalau dia kritik orang lain macam2 tidak apa, tetapi kalau mereka ditegur atau disentuh sedikit, mula melenting macam2.
Tidak hairanlah kalau ada kematian sekali pun, keluarga si mati tidak mahu menjemput orang Umno sembahyang jenazah. Katanya tidak berkat. Saya tidak tipu dan kisah ini beberapa kali berlaku di kampung saya. Astagfirullahalazim.
Kenapa mereka begitu taksub dalam hal politik walau ia membabitkan soal kematian. Saya pun tidak faham kisah di kampung saya kenapa terdapat gelaran Tok Imam Pas atau Tok Imam Umno. Sampai macam itu sekali Islam berpecah kerana parti. Saudara saya, seorang Pas tidak mahu sembahyang di masjid yang sama dengan saya kerana katanya masjid itu Tok Imam BN. Tidak sah. Jadi saya saudara saya itu pergi ke masjid lain yang diimamkan oleh Tok Imam Pas.
Tiga perkara yang saya cakap itu sedikit sebanyak menggambarkan ketaksuban orang Pas yang kononnya hanya mereka saja yang baik dan akan masuk syurga. Saya kecewa dengan sikap orang Pas. Perjuangan mereka banyak menyimpang dari dasar perjuangan yang digariskan oleh Islam. Asal usul perjuangan Pas adalah cantik dan indah, tetapi ia dirosakkan oleh ahlinya yang taksub tidak tentu fasal.
Orang Pas rasakan dia alim sangat. Dia sahaja yang betul. Ingat, kita semua setiap hari dipalit oleh dosa. Sama ada kita sedar atau tidak. Bila kita berada dalam kemelut kemasyarakatan yg begitu teruk sekali, pelbagai kekeliruan yang timbul seperti hari ini, maka kita perlu rujuk kembali Al-Quran dan meyakininya. Inilah kaedah yg diajar oleh Allah SWT. InsyaAllah.
Entah lepas ke tidak titian Siratulmustaqim nanti.

Alahai Pas...

Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi dan dibacakan oleh Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad. Petikan ini diambil oleh saya dari salah sebuah akhbar berbahasa Melayu. Kenyatannya ialah:
Pas sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.
Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.
Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. Pas ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.
Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.
Pas memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.
"Katakanlah: Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah'".
Pas dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.
Pas dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

Kalau kita tengok kenyataan itu kesimpulannya senang. Agama lain jangan mempermainkan agama Islam. Alahai Pas... Kisahnya senang jer. Kenapa hendak berbelit-belit buat kenyataan. Pas takut sangat hilang undi Cina dan India. Pas sayang sangat undi itu lebih dari sayangkan agama Islam.
Bagi saya ceritanya senang. Kalau dah jatuh cinta sangat dengan ayat Al-Quran, kalau sudah suka sangat dengan perkataan Allah, peluk saja Islam. Tiap2 hari boleh baca ayat Al-Quran, tiap2 hari boleh sebut nama Allah. Tiada siapa nak marah.

Saya sayang Umno, tidak benci Pas, tetapi menyampah PKR

Saya dibesarkan dalam keluarga Umno. Ayah dan mak saya penyokong kuat Umno. Saya diberitahu oleh ayah saya, Arwah datuk saya pun penyokong kuat Umno. Kata ayah saya Umno banyak jasa dan sebagai seorang bekas askar, ayah saya kata banyak manfaat yang dia perolehi semasa berkhidmat dan selepas bersara.
Apa yang ayah saya kata ada betulnya. Semasa dia berkhidmat dalam tentera, macam2 elaun dia dapat. Masa saya kecil, saya tengok kerja askar hanya berlatih berperang saja dan kadang2 ayah saya tinggalkan saya seminggu untuk berkursus atau masuk hutan. Walaupun kerjanya nampak senang, tetapi saya tengok apabila ayah balik, dia nampak letih. Katanya bukan senang untuk menjadi seorang askar. Nampak senang, tetapi hakikatnya susah dan banyak tanggungjawab.
Selepas dia bersara, ayah saya banyak buat kerja2 kampung. Macam2 pokok dia tanam. Saya bertanya kenapa rajin sangat, dia cakap dia boring duduk jer. Katanya tidak biasa duduk diam. Tapi, sejak setahun dua ni kesihatannya tidak mengizinkan. Badan2 asyik sakit2. Kata saudara saya yang juga seorang pesara tentera, katanya itu perkara biasa kalau sakit2 apabila seorang seseorang askar pencen, sebab masa mudanya badan asyik dilanyak. Katanya, kalau tidak dilanyak, bukan askar namanya. Bila2 difikir, ada betulnya juga kalau takut dilanyak, baik tak payah masuk askar. Macam ada dua tiga kes yang kita dengar sebelum ini, kena ragging sikit, dan report. Kalau takut kena ragging, kena sepak terajang, tak payah masuk askar, jadi tukang masak jer. Tak sakit badan tu.
Baru-baru ini ayah saya baru lepas membuat pembedahan untuk membuka saluran jantungnya. Saya pun tidak faham maksudnya ikut bahasa perubatan. Apa yang saya tahu untuk membuka saluran jantungnya. Kosnya pun belas2 ribu. Saya pun lupa bil kos perubatan yang sampai di rumah baru-baru ini. Tapi, seingat saya kosnya tidak kurang dari RM11k. Alhamdulillah, semuanya ditanggung oleh Kementerian Pertahanan.Begitu, juga dengan kos ubat2 untuk tempoh setahun, kosnya pun ribu2.
Saya bersyukur, baiknya kerajaan kita dalam menjaga bekas2 askar dan saya yakin semua bekas pesara tentera menerima kemudahan dari kerajaan. Saya tahu sebab ayah saya selalu cerita rakan2nya yang juga pesara tentera menerima layanan yang sama dari Kementerian Pertahanan.
Sebab itu, kalau orang cakap kerajaan tidak menjaga rakyat, Umno penipu, itu hanya dakyah politik pembangkang yang hanya tahu mencari keburukan kerajaan. Memang kerja pembangkang hanya tahu mencari keburukan, tidak pernah sekalipun melihat kebaikan. Sebenarnya, itulah lumrah dunia, buat baik orang tidak nampak, tetapi sekali buat jahat, sampai bila2 pun jadi buah mulut orang. Orang yang buta hati, biasanya hanya tahu melihat keburukan tanpa sekali pun melihat kebaikan.
Kalau betul pembangkang cakap kerajaan Umno, BN rasuah, negara kita tidak akan membangun macam sekarang, negara kita akan terus mundur macam banyak negara dunia ketiga lain. Saya tidak mahu sebut mana2 negara yang mundur kerana rasuah, tetapi kawan, rakan dan sahabat boleh fikir mana negara yang terus mundur kerana rasuah.
Tapi, Malaysia Alhamdulillah, kita masih terus membangun dan sedang menuju menjadi negara maju.Bohong kalau dikatakan tiada rasuah langsung. Saya akui, rasuah tetap berlaku, tetapi ia masih terkawal. Kalau tidak terkawal sudah tentu saluran air tiada, eletrik di kampung2 tiada dan semua kemudahan asas kena berkongsi.
Malah, kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2009 yang dikeluarkan Transparency International (TI) Malaysia merosotdaripada tangga ke-47 tahun lalu kepada tangga ke-56 tahun ini tidak boleh dijadikan ukuran.
Kita tidak tahu sejauh mana tepat kaedah yang diguna pakai untuk menilai CPI itu. Selain itu adakah betul penilaian itu tidak dipengaruhi sebarang sentimen? Yang saya tahu, rasuah di Malaysia masih terkawal dan saya yakin usaha kerajaan untuk membanteras rasuah sekarang ini akan memperkukuhkan kedudukan Malaysia selaku antara negara yang tegas dalam memerangi rasuah.
Kalau pembangkang memerintah pun, belum tentu rasuah akan terhapus. Entah2 lebih terus lagi rasuah yang berlaku. Kadang2 orang ni tahu bercakap jer, tengok2 bila memerintah lagi tunggang langgang jadinya negara ini. Tambah2 kalau diperintah oleh orang tertentu yang saya sendiri meragui semangat patriotiknya. Saya tidak mahu menyebut nama2 itu tetapi saya percaya rakan, kawan dan sahabat saya boleh memikirkannya.
Saya yakin, ramai sayangkan Umno dan tidak mahu Umno berkubur dan menjadi sejarah seperti bendera `Union Jack' yang diturunkan ketika negara mengecapi kemerdekaan dan
menjadi bahan sejarah untuk generasi seterusnya.
Walau apapun tragedi dalam dunia politik tanah air, banyak pihak yakin dan masih percaya generasi muda hari ini masih sayangkan sejarah perjuangan Umno. Umno bukanlah parti diwujudkan kerana kekecewaan individu tertentu, sebaliknya sebuah parti yang sudah terbukti banyak berjasa kepada negara dan kaum Melayu.
Cuma, mungkin sejak akhir-akhir ini Umno semakin alpa dan bongkak sehingga menimbulkan ketidakpuasan di kalangan golongan muda. Dalam konteks ini, tidak salah jika Umno merenung seketika daripada terus melangkah dan kembali menoleh terhadap sejarah perjuangan parti sebelum ini yang mungkin semakin menyimpang daripada perjuangan sebenar.
Sejarah Umno bukanlah lama sangat, baru saja melepasi 60 tahun usianya. Percayalah, orang Melayu bukannya bencikan Umno, tetapi hanya menolak`seketika' parti itu dalam pilihan raya umum lalu sebagai memberi satu pengajaran atau mesej. Bak kata orang `marah-marah sayang'.
Walau apa pun, saya sayangkan Umno, Umno banyak berjasa dan tidak baik kita lupakan jasanya. Paling tidak pun, ucaplah terima kasih walau ada yang membencinya.