Friday, September 24, 2010

Apa dah jadi?

dipetik dari blog MP Kulim Zulkifli Noordin

Teman agak terkejut membaca lapuran bahawa sebuah Sekretariat Tabung Misi Munajat Royalti Minyak Kelantan mengadakan perancangan membawa 40 orang ustad untuk sembahyang di Masjidil Haram untuk mendapatkan royalti minyak daripada Petronas (lapuran penuh teman siarkan dibawah yop). Teman dah check dan double check lapuran tersebut untuk pastikan kesahihannya (pase teman tak mau jadi macam setengah pak-pak jangoat main rembat je apa pemfitnah dan pembohong sumbatkan ke kepala dema yop, peh tu ngembek sakan macam fitnah tu betoi, langsung tak check walaupun ALLAH suruh check dulu). Dan teman dapati memang lapuran tu betoi yop.

Sebenarnya tak salah buat sembahyang ni dan doa mintak pada ALLAH, tapi yang mengejutkan teman kos sembahyang di Mekah ini ialah RM400,000-00!! Dekat setengah juta yop!!

Isyk..isyk..isyk..tak boleh ke sembahyang hajat tu buat di Stadium Kota Bharu je yop! Atau kat Stadium Darul Aman Kedah ke, atau mana-mana masjid yang berlambak dalam negara ni.

RM400,000-00 kalau bagi orang miskin buat rumah RM25,000-00 sebijik dah lebih 15 rakyat miskin dapat rumah. Kalau bagi fakir buat haji, 45 orang susah dah selesai tanggungjawab menunaikan rukun Islam. Banyak boleh buat dengan RM400,000-00 tu yop!!

Teman tak mau nak komen banyak sangat, nanti pak jangoat terkentut-kentut pulak. Tapi mengkome semua pikio sendiri lah yop. Naik riso juge teman dengan keghairahan dema mengejor royalti ni. Kalau pikio balik-balik yop, agaknya ada hikmahnya kot ALLAH tak bagi royalti ni. Tau ajelah yop, bab duit ni, jangankan ustad, adik beradik pun sanggup berbunuh yop!

Malahan Rasulullah saw sendiri pernah berpesan (lebih kurang mafhumnya), "aku tidak takut kamu (umat Islam) di uji dengan kemiskinan, tetapi aku lebih khuatir kamu dicuba dengan kesenangan!!". Berapa ramai yang dah tumbang apabila di uji dan dicuba dengan tiga "ta" ini..takhta..harta..wanita..!

Pada teman lah, daripada perabis dekat setengah juta untuk mintak duit dan kekayaan, lebih baik kita bermunajat mintak doa supaya ALLAH berikan keberkatan dan toyyibah kepada kita. Wallahua'lam.

Tepok dada tanya iman ajelah yop!

Adios amigos..grasias!

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
13 Syawal 1431
22 Sept 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Lapuran di MalaysiaKini bertarikh 22.09.2010)

Munajat royalti di Mekah perlu RM400 ribu

Abdul Rahim Sabri 22 Sep, 10 2:05pm

Sekretariat Tabung Misi Munajat Royalti Rakyat menganggarkan sebanyak RM400 ribu diperlukan untuk membawa 40 ulama serta tok guru pondok dari seluruh pelusuk negeri ke Mekah berhubung isu kes tuntutan royalti minyak daripada Petronas.

Pengarah sekretariat Md Zulaimi Kazin berkata jumlah tersebut bagi menampung keseluruhan kos persiapan dan kebajikan, termasuk mendapatkan hotel yang berdekatan dengan Masjidil Haram bagi tokoh ulama tersebut.

"Sejak dilancarkan pada 2 Syawal yang lalu, kita baru sahaja mendapat tidak sampai RM20 ribu... Kita akan bawa mereka selepas daripada musim haji. Sebaik sahaja visa umrah buka, kita akan pergi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Laman web rasminya www.munajatroyalti.com serta laman Facebook untuk kempen itu, Misi Munajat Royalti Rakyat melaporkan, kempen itu diwujudkan supaya semua rakyat dapat menyatakan sokongan terhadap usaha itu.

Menurut laman itu, kutipan derma telah dilancarkan bagi menampung kos membawa 40 ulama serta tok guru pondok dari seluruh Kelantan untuk bermunajat secara khusus selama 40 hari dan 40 waktu di Mekah.

Mengulas lanjut, Md Zulaimi berkata, pihaknya kini sedang mengedarkan dan menjual 'kupon penajaan rakyat' untuk diedarkan kepada anak-anak Kelantan yang berada di dalam dan di luar negeri itu sebagai sokongan kepada tujuan tersebut.

"Sebanyak 100 ribu kupon yang berharga RM10, telah dicetak dan mula diedarkan sejak Isnin lalu," kata Md Zulaimi sambil mengalu-alukan sumbangan daripada sektor koporat.

Selain itu, katanya, usaha sekretariat tersebut telah mendapat sokongan daripada beberapa NGO antaranya, Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti (Gegar) dan Persatuan Anak-anak Darul Naim (PERSADA).

Menurutnya, pihaknya telah menentukan identiti 40 ulama dan tok guru pondok yang akan bermunajat dengan di Masjidil Haram antaranya Tuan Guru Husin Ibrahim daripada Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas.

"Beliau juga bertindak sebagai pengerusi munajat tersebut," katanya sambil menambah bahawa pelancaran tabung tersebut di peringkat Kelantan dijadual berlangsung pada Oktober depan.

Menurut Md Zulaimi lagi, perlancaran tabung di Lembah Kelang dijadual pada 14 November nanti di Stadium Bangi, Selangor yang akan disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sebelum ini dilaporkan tuntutan royalti minyak Kelantan dianggarkan bernilai lebih RM800 juta setahun sejak 2005 dan sehingga tahun ini. Jumlah terkumpul dianggarkan sebanyak RM4.8 bilion.

Kerajaan negeri Kelantan mendakwa Petronas melanggar Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 kerana tidak membayar royalti, hasil daripada minyak dan gas di perairannya dan di kawasan laut yang bertindih di antara Kelantan-Thailand, Kelantan-Vietnam dan Kelantan-Terengganu.

Berikutan itu, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan telah memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos lalu

Tuesday, September 21, 2010

Haramkan tayangan filem Tamil yang punyai keganasan melampau

KUALA LUMPUR: "Jangan hanya tapis tetapi haramkan filem dan drama Tamil yang mempunyai adegan keganasan melampau".

Itu adalah gesaan yang dibuat oleh pemimpin masyarakat dan ahli akademik yang bimbang dengan peningkatan gengsterisme di kalangan belia India di negara ini.

Presiden Malaysia Hindu Sangam, R.S. Mohan Shan, berkata sesetengah filem Tamil menunjukkan belia cara untuk terlibat dalam jenayah, dengan ada antara kaedah yang digunakan sebenarnya tidak berlaku dalam dunia nyata.

"Semua itu sebenarnya hanya untuk hiburan...tetapi memandangkan belia India kita sangat terpengaruh dengan filem, mereka ingin meniru aksi itu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata apa yang paling merisaukan ialah drama Tamil yang disiarkan di televisyen tempatan dan diimport dari India juga mula menunjukkan unsur negatif seperti gengsterisme, tidak seperti sebelum ini.

"Jika kita boleh lihat di pertengahan drama, kebanyakan adegan menunjukkan nilai negatif...kita hanya boleh melihat nilai-nilai murni pada akhir cerita," katanya.

Sambil membandingkan dengan cerita lama yang biasanya menggambarkan nilai murni dan positif, Mohan berkata situasi itu kini berbeza kerana filem sekarang lebih banyak menunjukkan elemen buruk dengan ada antaranya menunjukkan pelakon terkenal yang memegang peranan utama turut memainkan watak jahat.

Mohan menggesa lembaga penapisan mengambilkira semua perkara itu dan mengawal filem seumpama itu memandangkan masalah gengsterisme berlaku di seluruh negara.

"Mesti ada orang yang tepat dalam lembaga penapisan untuk mengawal filem-filem Tamil sebelum ia dibenar ditayang kepada umum," katanya.

Akhbar harian hari ini menyiarkan kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa beliau akan membawa isu untuk mengawal filem Tamil yang menunjukkan aksi gengsterisme ke mesyuarat Kabinet esok.

Penysarah Kanan Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya S. Supramani yang senada dengan Mohan, berkata lembaga penapisan tidak seharusnya membenarkan filem Tamil yang mempunyai unsur ganas ditayang kepada umum.

Beliau berkata filem yang mempunyai elemen negatif seperti gengsterisme semakin banyak di pasaran berikutan meningkatnya permintaan daripada penonton
Supramani berkata beliau percaya pengarah filem India akan menukar konsep dalam cerita mereka jika lembaga penapisan dan orang ramai tidak menyokong filem seumpama itu.

"Jika ada permintaan tinggi daripada kita, sudah tentu mereka (pengarah) akan terus mengeluarkan filem-filem ganas sepanjang masa," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata filem dan drama Tamil juga mempunyai nilai murni dan menyatakan bahawa masyarakat India seharusnya hanya mengambil nilai-nilai yang baik.

Presiden Kelab Bell Belia Tamil K. Murali merasakan jumlah filem Tamil yang menyumbang kepada peningkatan kegiatan gengsterisme di kalangan masyarakat India di negara ini adalah sedikit.

"Saya tidak menafikan kesannya...tetapi ia sebenarnya tidak banyak kerana masih ramai belia India yang tidak terpengaruh dengan aksi ganas dalam filem walaupun kerap menyaksikan filem-filem seumpama itu

"Semuanya bergantung kepada individu itu sendiri sama ada dia mahu mengambil nilai baik atau buruk," katanya.

Beliau turut menggesa belia India untuk terlibat dalam aktiviti sosial dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi mendapatkan peluang dan kehidupan yang lebih baik pada masa depan. - BERNAMA

Wednesday, September 8, 2010

Khoo Kay Kim: Hak istimewa Melayu tak boleh dipadam

Khoo Kay Kim: Hak istimewa Melayu tak boleh dipadam

Rakyat Malaysia dari mana-mana kaum yang mempersoal atau mempertikaikan Perkara 153 dalam Perlembagaan negara yang mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera adalah buta sejarah dan tidak memahami Perlembagaan, kata pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.



Beliau berkata kedudukan orang Melayu sudah ditetapkan pada zaman dahulu iaitu ketika zaman penjajahan British lagi.

"Bila British sampai ke Tanah Melayu, mereka dapati terdapat beberapa tempat di Semenanjung sudah mempunyai kerajaan dan mereka mengiktiraf kerajaan tersebut.

"Kerajaan itu ada ramai rakyat (orang Melayu) dan bagi British, rakyat kepada raja itu mempunyai hak yang khusus, orang lain yang datang dan menetap di Tanah Melayu bukan rakyat raja, oleh demikian mereka tidak dapat menikmati hak yang ada pada orang Melayu," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur.

Beliau berkata orang bukan Melayu di Semenanjung pada ketika itu bukanlah warga negara ataupun rakyat raja dan mereka hanya berpeluang untuk memohon kewarganegaraan apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Feb 1948.

"Apabila British mula merancang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara bangsa, apa yang sudah wujud disambung, menjelang tahun 1957, Perlembagaan Persekutuan digubal dan dimasukkan perkara-perkara yang sudah wujud," katanya.

Justeru, kata Khoo, rakyat khususnya kaum-kaum lain perlu sama-sama menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan kerana pada ketika ia digubal dahulu, kaum lain sendiri sudah bersetuju dengan perkara-perkara yang dimasukkan dalam Perlembagaan tersebut.

"Kedudukan istimewa orang Melayu telah bermula sejak dahulu dan berasaskan sistem kerajaan yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Di Semenanjung, sejak 1895 sudah ada sembilan kerajaan yang kekal sampai ke hari ini," katanya.

Perlembagaan telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian pada tahun 1956, Perlembagaan itu kemudian berkuatkuasa apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo (Sabah dan Sarawak) serta kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

Ia juga secara terperinci menjelaskan bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera dengan menetapkan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, pemberian permit dan lesen perniagaan.

Khoo berkata punca mengapa kebelakangan kini terdapat pihak-pihak yang mempersoalkan mengenai hak-hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu adalah kerana masyarakat pada masa kini sudah buta sejarah.

"Orang tak faham (Perlembagaan)...jahil, mereka tidak tahu apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan, tidak perlu ada perbincangan atau perbahasan mengenai Perlembagaan kerana apa yang penting ikut saja undang-undang yang telah diguna pakai sejak dulu," katanya.

Beliau berkata sekiranya Perlembagaan mahu dipinda, persetujuan daripada dua pertiga Anggota Parlimen perlu dicapai dan mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, sesiapa yang mahu menghapuskan atau meminda Perkara 153 pula, perlu mendapatkan persetujuan orang Melayu dan Bumiputera terlebih dahulu selain majoriti di Parlimen dan perkenan Seri Paduka Baginda.

"Kalau Perkara 153 perlu dipinda atau dihapuskan, keseluruhan orang Melayu mesti setuju, kalau orang Melayu rasa belum sedia untuk pinda, maka ia tidak boleh dipinda," katanya.

Bulan lepas, MCA menggariskan 13 resolusi pada Kongres Ekonomi Cina antaranya meminta kerajaan mementingkan keupayaan merit dan bukannya kuota bagi memberi peluang kepada semua pihak untuk bersaing secara sihat dan adil.

Kenyataan ini secara tidak langsung menggesa kerajaan agar memansuhkan Perkara 153 dan cuba mempertikaikan tanggungjawab yang ada pada ketua negara iaitu Yang di-Pertuan Agong yang memelihara hak dan keistimewaan orang Melayu.

DAP dan PKR bertopengkan komunis

Kenyataan ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Pihak berkuasa diberi masa tempoh sehingga Jumaat ini untuk memberi maklum balas terhadap laporan polis berhubung isu seorang pegawai penyiasatnya yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Jika tidak, isu itu akan dimajukan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussien, kata ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Katanya, tidak sepatutnya pengadu, Loh See Mooi disuruh balik balik ke China semata-mata dianggap tidak memahami bahasa Melayu.

Lim menjelaskan suri rumah berusia 51 tahun itu, membuat laporan di balai polis Sentul pada 24 Ogos lalu selepas disamun yang menyebabkan beliau kehilangan dompet dan beberapa dokumen.

Lim mendakwa pegawai penyiasat yang ditugaskan untuk mengambil keterangan Loh bagaimanapun memberitahu dia dan anaknya supaya balik China kalau tidak pandai cakap Melayu selepas anak perempuan Loh mula bercakap dalam bahasa Inggeris.

Lim mendakwa Loh dan anak perempuannya berasa terkejut dengan jawapan pegawai terbabit lalu bertanya dalam bahasa Melayu, mengapa pegawai tersebut menanggap beliau tidak dapat bercakap atau memahami bahasa Melayu.

Komen saya: Memang patut pun Cina pergi balik negara China. Lagi pun ramai Cina yang ada di Malaysia ini bukan keturunan asal Cina yang diberi kerakyatan semasa merdeka dulu sebaliknya masuk secara haram dan berstatus PRC (Pendatang rakyat Cina). Sebab itu kebanyakan dari mereka kita tengok tidak faham berbahasa Melayu.
Lagi pun memang patut mereka balik ke China sebab tidak hormat Perlembagaan Negara. Kalau rasa hendak duduk Malaysia, hormat sikit hak orang Melayu dan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.
Orang Cina sepatutnya bersyukur kerana ramai orang Cina di negara China sendiri tidak cukup makan dan tiada peluang pekerjaan. Jadi, hargailah apa yang ada di Malaysia ini.

Zaid Ibrahim baru terjaga dari mimpi…

Sayang sikit orang yang nampak bijak,hebat dan bergaya macam Datuk Zaid Ibrahim boleh termimpi ingat politik ini ibarat Hikayat 1001 Malam .Semuanya dalam Parti Keadilan Rakyat itu indah belaka dan kisahnya selalu membawa kepada happy ending .

Kata orang dah kena baru tau langit tinggi rendah.Malah ada yang sinis menyindir kata bekas menteri itu patut merasa dirinya lampin@tuala pakai buang.Mau pampers untuk kanak-kanak atau jenama kotek untuk wanita.

Jangan marah Datuk.Ini tafsiran mereka yang nakal sikit dibuat dari hasil kenyataan Datuk sendiri yang meluah rasa dalam lamam blognya tentang nasib menimpanya dihentam kiri kanan bila umum nak bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.

“Semasa saya diterima masuk setahun dahulu saya digelar wira, seorang yang berani dan berprinsip, pejuang politik yang tidak mementingkan jawatan dan kedudukan,”

“ Dua belas bulan kemudian saya sudah menjadi orang yang tidak setia, pengacau dan akan menjual parti kepada UMNO. Tuduhan terhadap peribadi saya juga ditingkatkan. Teringat saya semasa di Hulu Selangor dulu, cuma masa itu UMNO yang membelasah saya,” kata Zaid.

Berat kalau difikirkan begitu.Apa lagi baru saja memuja itulah parti yang terbaik untuk dirinya.

Siapa yang tidak geram kalau waktu ‘nak pakai’ macam jadi calon PKR Hulu Selangor dulu ditimang dan dijunjung dan tiba-tiba segala macam peluru dan meriam dihalakan padanya bila nak bertanding.

Lebih mengaibkan selepas berhijrah ke dalam PKR Zaid rajin mencerca UMNO,tempat lama beliau berteduh hingga menikmati jawatan menteri.

PKR dan pakatan rakyat dirasanya dapat menjadi wadah idealisma tentang perjuangan politik yang mengikut kayu ukurnya.

Zaid juga selalu mengambarkan dirinya seorang yang tidak gila jawatan dan ingin menghambakan diri untuk perjuangan politik yang mulus.

Kalau itulah pengikat diri sebenarnya beliau tidak sepatutnya merasa macam orang yang nak ‘di nyah buang’ bila nak cuba potong jalan Azmin Ali, anak emas Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengidam jawatan Timbalan Presiden PKR.

Ramai pemerhati politik yang pelik melihat Zaid ‘ meletup’ hingga meluah rasa dalam laman blognya tentang kemungkinan mengalami nasib macam bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba yang dibentis oleh Anwar semasa pemilihan UMNO tahun 1993.

Satu – siapa Zaid dalam PKR.Beliau baru saja masuk parti itu.Dua – kenapa beliau letak dirinya satu level dengan Ghafar .Tiga - hebat mana Zaid hingga merasa beliau paling layak untuk jawatan Timbalan Presiden PKR.Empat- beliau tak sedarkah siapa jantung hati Anwar.

Apakah Zaid terpengaruh dengan analisis sesetengah media yang awal-awal letak dirinya sebagai orang yang paling layak mengetuai PKR dan juga pakatan rakyat jika Anwar kena dalam kes liwatnya?

Juga apakah beliau sudah termakan atau silap tafsir signal dan dendangan politik Anwar hingga merasa ‘ akulah orangnya’.

Dari sudut pandangan mata kasar ada kalangan pemerhati yang menilai Zaid sudah silap langkah untuk memandang rendah pada Azmin.

Politik membuka kepada segala macam kemungkinan,Apa lagi Azmin sudah main silat gayung dalam PKR sedangkan Zaid baru silat pulut.

Namun menyingkap balik sejarah naluri Zaid untuk bertanding merebut jawatan tinggi sudah terserlah sejak beliau dalam UMNO lagi.

Pada tahun 2004 beliau hanya berstatus seorang Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu.

Waktu itu tidak ada siapa yang berani bertaruh beliau boleh menang salah satu dari tiga jawatan Naib Presiden UMNO.

Biasanya hanya mereka yang berjawatan menteri yang berani cuba nasib.

Zaid tetap Zaid.Beliau redah juga menawarkan diri…dan semua orang tahu akhirnya terkangkang nombor corot dari enam calon yang bertanding.

Kalau mengambil kira lauhan rasanya kena fitnah segala macam termasuk dituduh jadi agen Tun Daim Zainuddin untuk rosakan PKR dari dalam nampaknya parti itu juga tidak menepati citarasa Zaid yang kononnya begitu idealis sekali.

Kata orang selagi tidak kacau daun dan pijak kaki sesiapa semuanya akan tepuk bahu dan urut belakang.

Bila masuk bab kuasa politik si polan itu dan si polan, ini kata orang putih... its a different ballgame .

Mungkin juga Zaid boleh buat-buat bodoh tanya terus kepada Anwar atau Azmin kenapa PKR tiba-tiba jadi bertaring begini.

Siapa tahu mungkin Anwar boleh bisik untuk memberi pedoman tentang etika berpolitik...jangan lawan tauke.

Itu lebih baik dari kena sembur ‘ hello bro … you buka parti sendirilah” - Dipetik daripada Agenda Daily

Tuesday, September 7, 2010

Maksud singkatan " A'kum"




Maksud singkatan " A'kum"

Assalamu'alaikum
Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.

Saturday, September 4, 2010

Jemaah Surau Al-Huda, Kajang `teransang'

Cuba lihat gambar di bawah ada seorang jemaah yang tidak dipastikan jawatannya dalam surau Al Huda sedang menjeling susuk tubuh Ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching yang mungkin menaikkan nafsu syahwatnya. ini dibuktikan apabila tangan jemaah itu sedang menutup `tuuut' kepunyaannya kerana sudah teransang melihat Teo yang memakai pakaian sendat dan ketat.

Friday, September 3, 2010

Kabinet Pertama Malaysia

Gambar di bawah ialah barisan kabinet pertama semasa Tunku Abdul Rahman pada tahun 1959


Malaysian Insider tali barut kumpulan Bendera?

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) meminta pihak berkuasa di negara ini untuk menjalankan siasatan segera mengenai pendedahan penglibatan Malaysian Insider dengan pemimpin BENDERA dan Gerakan Anti Malaysia seperti yang dilapurkan pada 2hb September 2010.

JMM sebelum ini telah beberapakali mendedahkan penglibatan Dato Seri’ Kalimulah, Shaikh Aqmal dan Sreedhar Subramaniam (salah seorang pengasas Malaysian Insider) di dalam penajaan Malaysian Insider, melalui Regalia Records Managements anak syarikat kepada VPI International yang telah mendapat kontrak kerajaan dipercayai secara paksa.

Pendedahan JMM sebelum ini menganggap bahawa Malaysian Insider hanya bermotifkan untuk memperburuk-burukkan kepimpinan politik negara sahaja. Setelah dinilai dakwaan hubungan Malaysian Insider dengan tiga pemimpin Bendera, JMM khuatir sekiranya Malaysian Insider mempunyai agenda yang lebih besar lagi bukan sahaja tertumpu kepada propaganda isu-isu sensitive menjurus kepada perkauman dan agama di dalam negara malah mengatur dan menjalankan agenda serta propaganda untuk merosakkan hubungan akrab Malaysia dan Indonesia.

JMM mendesak pihak berkuasa yang berkaitan menjalankan siasatan segera dan terperinci mengenai yang berikut:-
1. Kesemua individu-individu lain yang terlibat di dalam Malaysian Insider bermula dari tahun 2004?
2. Individu-individu ataupun organisasi lain yang menaja portal ini?
3. Hubungkait individu-individu ataupun organisasi tersebut dengan negara jiran kita yang akan menerima keuntungan hasil dari hubungan tegang Malaysia dan Indonesia?

JMM sangat muskyil mengenai agenda politik ketiga-tiga pemimpin Bendera yang berbangsa Batak berugama Kristian tersebut yang mempunyai hubungan dengan Malaysian Insider. Mereka juga perlu memberikan penjelasan kepada rakayat Malaysia dan Indonesia mengenai hubungan mereka dengan Malaysian Insider seperti yang telah didedahkan.

Pencapaian, kejayaan dan pengiktirafan ke atas Malaysia di bidang politik dan ekonomi sememangnya hasil dan kerjasama sepadu seluruh rakyat di negara ini bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan melaksanakan strategi-strategi yang effektif memastikan negara ini terus berdaya saing di peringkat global.

JMM yakin bahawa rakyat Malaysia lebih bijak megkaji dan menilai tindak tanduk mengapi-apikan sentimen kebencian seperti yang dijalankan oleh Bendera dan Gerakan Anti Malaysia merupakan salah satu provokasi yang dirancang.

Rakyat Malaysia dan Indonesia senantiasa yakin bahawa sebagai negara yang membangun dan pesat berkembang di rantau Asia Tenggara sudah pasti ada negara jiran yang ingin mencampuri urusan politik dan ekonomi di dalam kedua-dua negara ini bagi mengaut keuntungan politik dan ekonomi serantau.

Yang Benar,
“Jujur & Amanah Satu Perjuangan”

Azwanddin Hamzah
Yang DiPertua

Wednesday, September 1, 2010

Indonesia tewas dalam konfrantasi dengan Malaysia

Konfrontasi Indonesia-Malaysia merupakan satu penentangan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia yang bermula dari tahun 1962 hingga 1966. Penentangan ini telah dilakukan oleh Presiden Sukarno kerana cita-cita tingginya untuk menubuhkan Indonesia Raya yang mencantumkan Tanah Melayu dengan Indonesia terhalang akibat daripada pengisytiharan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.

Latar belakang

Pada 1961, Kalimantan dibahagikan kepada empat pentadbiran. Kalimantan, sebuah negeri milik Indonesia yang terletak di selatan Kalimantan. Di utara merupakan Kerajaan Brunei dan dua negeri dibawah pentadbiran British; Sarawak dan Borneo Utara British, yang kemudiannya diberi nama sebagai Sabah. Sebagai bahagian dari pengunduran dari pentadbirannya di Asia Tenggara, British cuba menggabungkan pentadbirannya di Kalimantan dengan Semenanjung Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia.

Rancangan ini dibantah keras oleh Presiden Indonesia; Presiden Soekarno. Beliau berpendapat bahawa Malaysia adalah sebuah rekaan British, dan penubuhan Malaysia hanya akan memberikan pihak British menguatkan lagi kuasa jajahannya di kepulauan Borneo ini, sehingga memberi ancaman besar terhadap kemerdekaan Indonesia. Filipina juga membuat dakwaan atas Sabah, dengan alasan negeri itu mempunyai hubungan sejarah dengan Filipina melalui Kesultanan Sulu.

Di Brunei, Pemberontak Kalimantan Utara (TNKU) memberontak pada 8 Disember 1962. Mereka melakukan cubaan menculik Sultan Brunei, dan merampas ladang minyak dan menjadikan orang Eropah sebagai tebusan. Sultan Brunei berjaya melepaskan diri dan baginda meminta pertolongan dari British. Baginda mendapat bantuan ketenteraan British, Persekutuan Malaysia dan Gurkha dari Singapura. Pada 16 Disember, Komander Timur Jauh Inggeris (British Far Eastern Command) menyeru bahawa seluruh pemberontakan utama telah berjaya dipatahkan, dan pada 17 April 1963, pemimpin pemberontak ditangkap dan pemberontakan tersebut berakhir.

Filipina dan Indonesia secara rasminya bersetuju untuk menerima pembentukan Malaysia apabila majoriti di daerah yang menghadapai konflik membuat pilihan dalam dalam satu pungutan suara yang dikelolakan oleh PBB. Soekarno pada mulanya mengambil pendirian menyokong penubuhan Malaysia, Menteri luar Indonesia iaitu Dr. Subandrio pernah mengucapkan selamat kepada usaha Persekutuan Tanah Melayu menubuhkan Malaysia. Namun sikap Indonesia telah bertukar dan berusaha menentang keras penubuhan Negera Malaysia daripada menjadi sebuah negara yang bebas. Soekarno ternyata mempunyai ego yang kuat sehingga sanggup menghina dan mengutuk Malaysia secara terus menerus dalam Sidang Kemuncak yang diadakan di Manila. Selain daripada kritikan yang keras, beliau juga bertindak memutuskan hubungan politik, ekonomi dan sosial dengan Persekutuan Tanah Melayu.
“ Semenjak demonstrasi anti-Indonesia di Kuala Lumpur berlaku, para penunjuk perasaan mengepung bangunan Duta Indonesia, dan bertindak mengoyakkan gambar Soekarno dan membawa lambang negara Indonesia Garuda Pancasila di hadapan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dan menyuruh beliau untuk memijak lambang Garuda. Tindakan penunjuk perasaan anti-Indonesia yang melakukan perbuatan sedemikian telah menimbulkan kemarahan Soekarno ke atas Malaysia. ”

Soekarno yang berang akibat tindakan itu mengutuk perbuatan Tunku yang memijak-mijak lambang negara Indonesia[1] dan beliau ingin membalas dendam dengan melancarkan gerakan yang terkenal dengan nama Ganyang Malaysia.(Namun hal ini dinafikan oleh Tunku, malah beliau sendiri mempersoalkan tindakan segelintir penunjuk perasaan memijak-mijak lambang tersebut.

Dalam usaha Sukarno yang menentang penubuhan Negara Malaysia, beliau juga telah memulaukan Laporan Suruhanjaya Cobbold yang ditugaskan pada tahun 1962 yang bertujuan untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak terhadap penubuhan Malaysia. Sukarno telah melancarkan kempen ‘Ganyang Malaysia’pada akhir 1963. Konfrantasi Sukarno telah berubah dari sekadar perang kata-kata menjadi konfrantasi ketenteraan, hal ini berlaku selepas Suruhanjaya khusus PBB yang dibentuk untuk mengumpul pendapat rakyat setempat tentang pembentukan Malaysia. Sukarno menjadi semakin tersinggung apabila Tunku mengumumkan terbentuknya Malaysia sebelum Komisi PBB itu mengumumkan hasil siasatannya.

Pada 1964, gerila Indonesia mulai menyerang wilayah di Semenanjung Malaysia. Pada bulan Ogos, enam belas ejen bersenjata Indonesia ditangkap di Johor. Aktiviti tentera Indonesia di sempadan meningkat. Sehubungan itu, kerajaan Malaysia mengerahkan Angkatan Tentera Malaysia termasuk Rejimen Askar Melayu Diraja dan Rejimen Askar Wataniah bersiap sedia untuk menangani ancaman ganas Indonesia, Tentera Laut Diraja Malaysia dikerah untuk mempertahankan perairan Malaysia. Keanggotaan pasukan tentera Malaysia hanya sedikit yang dikerah dan diletakkan dibahagian pos kawalan sempadan dan kawalan unit komando. Misi utama mereka adalah untuk mencegah pencerobohan gerila Indonesia ke Malaysia. Selain pasukan tentera, kerajaan Persekutuan Malaysia turut menghantar sepasukan polis dari pelbagai cawangan untuk membantu pasukan tentera mempertahankan tanahair. Cawangan Tugas Am, Sukarelawan Polis dan Polis Bantuan ditugaskan untuk mengawal dan membuat rondaan dikampung-kampung dan dikawasan bandar. Sekatan jalanraya dengan pihak tentera dijalankan dengan ketat dan pemeriksaan ke atas orang awam turut dijalankan bagi memastikan tiadanya ejen Indonesia yang menyusup masuk ke dalam bandar dan kampung-kampung dengan menyamar sebagai orang awam. Cawangan Khas ditugaskan untuk membantu Kor Risik Diraja melakukan tugas risikan terhadap kegiatan dan aktiviti subversif yang dilakukan oleh tentera Indonesia, manakala Pasukan Polis Marin membantu Tentera Laut Diraja Malaysia melakukan tugas rondaan diperairan negara serta Pasukan Polis Hutan diaturgerakkan bersama tentera darat memburu gerila Indonesia yang menyusup masuk ke dalam hutan. Pada 16 Ogos, sepasukan Rejimen Askar Melayu Diraja berhadapan dengan lima puluh orang gerila Indonesia.

Meskipun Filipina tidak turut serta dalam kempen tersebut, namun mereka memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia. Persekutuan Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada 16 September 1963. Brunei menolak gabungan dengan Malaysia dan Singapura keluar di kemudian hari.

Ketegangan berlaku di kedua belah pihak di Selat Melaka. Dua hari kemudian para perusuh membakar kedutaan Britain di Jakarta. Beratus-ratus perusuh menyerbu kedutaan Singapura di Jakarta dan juga rumah diplomat Singapura. Di Malaysia, ejen Indonesia ditangkap dan wartawan media massa menyerang kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur.

Di sempadan Kalimantan, telah berlakunya pertempuran dikawasan sempadan; gerila Indonesia dan pasukan separa tenteranya cuba menceroboh Sarawak dan Sabah, tetapi gagal. Sebahagian besar pihak yang terlibat konflik bersenjata dengan Indonesia adalah askar Britain dan Australia, terutama sekali pasukan khas mereka iaitu Special Air Service(SAS). Dianggarkan, seramai 2000 komando Indonesia (Kopassus) dan 200 anggota SAS British, Australia dan New Zealand terbunuh setelah bertempur di hutan Kalimantan dengan Truper James Condon dari anggota 22 SAS British menjadi korban pertama dalam pertempuran tersebut.

Pada 17 Ogos, pasukan payung terjun mendarat di pantai barat daya Johor dan cuba membentuk pasukan gerila. Pada 2 September 1964, pasukan payung terjun mendarat di Labis, Johor. Pada 29 Oktober, 52 anggota tentera mendarat Indonesia di Pontian di sempadan Johor-Melaka, tetapi ditangkap oleh pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja dan New Zealand, manakala yang selebihnya berjaya ditahan oleh Pasukan Polis Hutan di Batu 20, Muar, Johor.

Konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia menjadi semakin tegang apabila Malaysia terpilih sebagai anggota tidak tetap PBB pada bulan Disember 1964. Sebagai protes kepada penyertaan Malaysia menjadi anggota PBB, Indonesia telah menarik diri daripada keanggotaan PBB pada Januari 1965.

Sebagai tandingan Olimpik, Soekarno turut menyelenggarakan GANEFO (Games of the New Emerging Forces) yang diselenggarakan di Senayan, Jakarta pada 10-22 November 1963. Pesta olahraga ini disertai oleh 2,250 atlet dari 48 negara di Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Selatan, serta didatangi oleh 500 orang wartawan asing.

Pada Januari 1965, Australia bersetuju untuk menghantar pasukan tenteranya ke Kalimantan setelah mendapat permintaan dari Malaysia. Tentera Australia menghantar 3 Rejimen Diraja Australia dan Rejimen Australian Special Air Service. Dianggarkan seramai empat belas ribu pasukan tentera British dan Komanwel di Australia pada ketika itu. Secara rasminya, tentera British dan Australia tidak dapat melakukan serangan melalui sempadan Indonesia. Tetapi, unit seperti Special Air Service, baik British mahupun Australia, menyusup masuk secara rahsia (lihat Operasi Claret). Australia melakukan penyusupan ini pada 1966.

Pada pertengahan 1965, Indonesia mula menggunakan pasukan rasminya setelah kesemua pasukan komando dan sukarelawan yang melakukan penyusupan di Malaysia gagal. Pada 28 Jun, mereka menyeberangi sempadan ke timur Pulau Sebatik berhampiran Tawau, Sabah dan cuba melakukan serangan dan sabotaj ke atas kem Rejimen Askar Melayu Diraja di Tawau, namun cubaan itu gagal kerana kem itu berhampiran dengan balai polis dan disedari oleh anggota-anggota polis di situ dan berjaya mematahkan cubaan itu.
[sunting] Akhir konfrontasi

Menjelang akhir 1965, Jeneral Soeharto memegang tampuk pemerintahan Indonesia setelah berlakunya rampasan kuasa. Oleh kerana konflik dalaman negara, keinginan Indonesia untuk meneruskan konfrontasi dengan Malaysia berkurangan dan peperangan telah reda.

Pada 28 Mei 1966, sebuah rundingan dilakukan di Bangkok, Kerajaan Malaysia dan Indonesia mengumumkan perdamaian setelah Soeharto menghantar Adam Malik sebagai wakil untuk berunding dengan Tunku Abdul Rahman. Kekerasan berakhir pada bulan Jun, dan perjanjian perdamaian ditandatangani pada 11 Ogos dan dirasmikan dua hari kemudian. Penghancuran PKI dan elemen-elemen politik kiri, termasuk Soekarno telah menyebabkan perubahan mendadak dalam kestabilan politik Indonesia pada tahun 1965. Indonesia secara rasminya mengakhiri konfrantasi terhadap Malaysia pada tahun 1967.

Hati-hatilah umat Muhammad SAW. Kafir DAP ada agenda tersembunyi memijak Islam Malaysia

Assalamualaikum kepada sahabat Islam sekalian. Tidak lama lagi Ramadan akan meninggalkan kita dan kita akan menyambut Hari Raya. Rasanya baru semalam kita bertarawih dan bersahur pada hari pertama Ramadan. Pejam celik kita sudah sampai di penghujung Ramadan.

Dalam kita menjalani ibadah puasa, kita dikejutkan dengan kejadian pada 22 Ogos 2010, Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) telah masuk untuk berceramah dan menyampaikan sumbangan kepada ahli-ahli PAS di Surau Al-Huda Kajang Sentral.

Kejadian ini hampir sama dengan kes Ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok memakai skirt sahaja ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama imam dan ahli jawatankuasa Masjid Nurrusaadah di Cheras Baru, sebelum ini.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar yang berucap di dewan utama sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang Ogos tahun lalu.


Nampaknya masjid dan surau sudah menjadi mainan orang kafir dan DAP yang jelas mempunyai agenda tersembunyi untuk memecah belahkan umat Islam Malaysia. Kenapa ini boleh berlaku? Sedarlah wahai umat Nabi Muhammad SAW tentang mainan tersembunyi DAP dan kafir.

Dalam kes Teo, kafir Teo bukan sekadar masuk ke dalam surau, malah Teo pergi ke barisan saf pertama untuk berceramah kepada orang Islam di dalam surau. Pada waktu tersebut, jam 9.33 malam. Ini bermakna, sama ada Teoh memberikan tazkirah selepas selesai solat terawih atau antara solat terawih.

Ini sebenarnya satu penghinaan kepada umat Islam. Sudahlah diluar sana umat Islam dipijak dan dihina, di dalam surau dan masjid pun umat Islam dihina apabila ruang solat untuk kita sujud turut dipijak oleh orang kafir.

Kalau surau dan masjid pun bukan lagi menjadi hak kita orang Islam, apa lagi yang kita tinggal? Tidakkah kita semua fikir agenda tersirat orang kafir yang mahu lihat kita bergaduh dan bermusuhan dengan membuat tidakan kontroversi seperti ini. Orang kafir juga ingin buktikan betapa lemah dan senannya orang Islam untuk dipijak-pijak.

Buktinya Teo dengan senang dapat masuk ke dalam surau dengan memakai pakaian menampakkan susuk tubuh sehingga terbeliak biji mata jemaah surau itu menatap tubuh dan keputihan kulit Teo sehingga MUNGKIN menaikkan nafsu tok imam dan tok bilal surau itu.

Cuba lihat gambar di bawah ada seorang jemaah yang tidak dipastikan jawatannya sedang curi-curi jeling susuk tubuh Teo yang mungkin menaikkan nafsu syahwatnya.



Kepada umat Islam fikir-fikirlah. Bersatulah untuk agama Islam yang semakin diperkotak-katikkan oleh kafir laknat.

Ingat dan hati-hatilah. Mereka sudah berkempen sampai dalam surau dan masjid untuk bertazkirah, memberi sumbangan dan meraih undi daripada orang Islam.

Firman Allah SWT juga ada menjelaskan haram kaum muslimin membenarkan orang kafir memasuki Masjidilharam danberada di sekitarnya sebagaimana firman ALLAH S.W.T:

Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan)orang-orang kafir musyrik itu najis. Oleh itu, janganlah mereka menghampiri Masjidilharam sesudah tahun ini.” – Surah al-Taubah: 28.

Manakala masjid selain Masjidilharam, ulama berselisih pendapat. Sebahagian mengharuskan dan sebahagian lagi mengharamkan diqiyaskankepada hukum Masjidilharam.
Pendapat paling tepat, harus membenarkan orang kafir memasuki masjid selain Masjidilharam sebagai maslahah (kepentingan agama) atau supaya mereka dapat mendengar apa yang ceramah yang disampaikan agar mereka tertarik dengan Islam.
Begitu juga dia harus memasuki masjid untuk meminum air, membuang air dan sebagainya.
Tsabit perbuatan Nabi s.a.w menambat Tsumamah bin Atsal al-Hanafi di dalam masjid sebelum Islam, menerima tetamu daripada kalangan kristianNajran sebelum mereka memeluk Islamdi dalam masjid dan banyak lagi. Tetapi,dia hendaklah berada di saf belakang dan tidak mengganggu kaum muslimin yang ingin menunaikan solat.

Memang kafir boleh masuk masjid tetapi dia perlu memakai jubah seperti pelancong yang melawat masjid negara yang dibenarkan memakai jubah untuk memasuki masjid selain diirigi oleh pemandu pelancong beragam Islam. Pelancong ini diterangkan dengan keindahan Islam bukannya orang Islam terngaga mulut mendengar kafir berceramah dalam surau atau masjid.

Hormati sensitiviti umat Islam termasuk menutup aurat sekiranya mengunjungi sesebuah masjid kerana bagi umat Islam, masjid merupakan tempat suci yang perlu dihormati. Ramai sahabat Islam yang sedih dengan apa yang berlaku. Ini bukan soal untuk meraih kepentingan politik, tetapi soal kesucian agama Islam itu sendiri. Bangkitlah berjihad wahai sahabat Islamku sekalian.

Wallahu a’lam.