Friday, October 22, 2010

Semoga Umno terus memimpin Malaysia tercinta




Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu
Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara
Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
“Bersatu, Bersetia, Berkhidmat”
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia

Wednesday, October 20, 2010

PKR, DAP dan pencacai+pak turut takde telur atau lebih dikenali dengan nama PAS



PKR, DAP dan pencacai+pak turut takde telur atau lebih dikenali dengan nama PAS bercita-cita nak takluk Malaysia. Anwar al juburi pun tidak dapat menguruskan diri dan parti, ini kan pula nak uruskan negara. Bayangkan apa la jadi Malaysia nanti. Hancur!!! tengok la pergolakan dalam PKR, usia baru berapa tahun dah nampak perebutan dan tamak kuasa. Semua berebut nak jadi ketua. DAP pula hanya menagguk dia air yang keruh dan menjadi tukang cucuk dan mengambil kesempatan terhadap kelemahan Melayu untuk menakluk Malaysia.
PAS pula dengan Nik Aziz yang kononnya akan masuk syurga lebih rela bersekongkol dengan kafir dari orang Melayu dan Islam Umno. Itulah kehebatan Nik Aziz yang pandai putar belit agama macam putaran serban yang dipakainya.
Disebabkan pembangkang inilah politik malaysia jadi huru hara, fitnah sana sini sehingga sanggup menceritakan keburukan dan kelemahan Malaysia kepada negara luar. Itulah kehebatan Anwar al Juburi yang sanggup merendahkan martabat Malaysia dengan menceritakan segala keburukan demi cita-cita politik.
Terbaru Anwar pergi ke Indonesia dan memburukkan Malaysia. kenapa Anwar pergi ke sana dan cuba menghasut pemikiran rakyat Indonesia untuk membenci Malaysia? Inikah pemimpin yang dikatakan cintakan keamanan?

Awas! Saluran fitnah terbaru bernama ‘Selangorkini’ mula diedarkan secara percuma sebagai alat propaganda PKR!



Sebelum ini, Khalid Ibrahim telah menyatakan bahawa Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Haram akan memperuntukkan RM 15 juta untuk meningkatkan saluran maklumat kepada rakyat Selangor (sini).
Mungkin agaknya rakyat Selangor belum cukup dapat maklumat walaupun mereka tinggal di negeri yang pertama sekali diisytiharkan maju oleh kerajaan BN pada tahun 2005 yang lalu.

Hari ini, apabila penulis menjejakkan kaki ke sebuah masjid di Balakong untuk menunaikan solat Jumaat, sebuah akhbar bernama Selangorkini edisi pertama telah diedarkan secara percuma kepada para jemaah.

Penulis mendapatkan satu salinan akhbar berkenaan dan ternyata, ia merupakan saluran fitnah terbaru Kerajaan Pakatan Haram Selangor. Berita-berita yang dipaparkan ternyata mempertahankan Pakatan Haram dan menghentam UMNO/BN.

Rakyat Selangor harus sedar bahawa akhbar ini diterbitkan dengan menggunakan wang cukai mereka demi untuk kepentingan politik PKR. Sepatutnya, wang berkenaan disalurkan untuk urusan pembangunan negeri dan bukannya untuk membela segala tindakan dan kepincangan Khalid.

Penulis juga tertanya-tanya, adakah akhbar ini diterbitkan dengan kelulusan Kementerian Dalam Negeri? Menteri Dalam Negeri harus ambil serius dengan menyiasat akhbar ini.

Jangan hanya pandai dok bagi amaran dan cakap kita akan siasat. Besok bila dah rakyat pecah belah akibat kewujudan saluran fitnah ni, baru nak ambil tindakan.

Awas rakyat Selangor, propaganda PKR kini cuba mempengaruhi minda anda semua!

sumber- satulimatiga.blogspot.com

Monday, October 18, 2010

Antara Bonus dan Bangunan 100 tingkat


Keputusan kerajaan tidak mahu memberikan bonus sebulan gaji kepada penjawat awam mengecewakan 1.24 juta penjawat awam. Alasannya ialah akan mengakibatkan perbelanjaan besar RM3.1 bilion, justeru menggantikannya dengan Bantuan Kewangan Khas RM500 kepada kakitangan awam gred 54 dan ke bawah.
Kenapa Najib tidak cukupkan angka RM500 itu ke RM1,000 sekurang-kurangnya? Ya, memang RM500 itu sudah diberikan menjelang Hari Raya baru-baru ini, tetapi apa salahnya genapkan duit ihsan itu kepada RM1,000. Tahukan kepemimpina negara kos untuk satu kepala anak yang ingin memasuki musim persekolahan berapa? Kalau tidak tahu suruh pegawai kementerian pergi turun padang tengok. Jangan asyik duk membodek saja.
Tetapi, peliknya boleh pulak kerajaan menyokong pembinaan satu lagi mercu tanda bangunan pencakar langit setinggi 100 tingkat yang dirancang dibina di sekitar Stadium Merdeka dan Stadium Negara, selepas Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat.

Projek itu akan dimajukan oleh sayap perniagaan hartanah Permodalan Nasional Bhd (PNB). Kalau pembinaan dua menara berkembar Petronas yang siap pada 1998 menelan belanja kira-kira RM1.8 bilion, bayangkan kos pembinaan mercu tanda baru itu pada ketika ini?
Itulah, buat bangunan canggih pun, peniaga Melayu bukan mampu sewa pun, alih-alih orang lain juga yang untung. Ada peniaga Melayu pun tidak tahan lama, lama-lama kena tendang kerana tidak mampu bayar sewa bulanan.
Tidak cukupkah dengan Menara KLCC dan Menara Kuala Lumpur ketika ini? Apa guna semuanya jika rakyat tersepit di tengah-tengahnya.
Itulah nasib kita...... Sekurang-kurangnya duit hampir 2 bilion untuk bina bangunan itu digunakan untuk beri saguhati RM1,000 kepada penjawat awam.Mana rakyat didahulukan?.

Ya, betul Kerajaan hari ini sudah terbukti berjaya membawa negara hingga tahap sekarang, berbanding pembangkang yang hanya tahu memekik tapi `hampeh' dan `hampas'. Namun, kejayaan ini apa gunanya jika rakyat terus merintih da terasa, pedih.

Tuesday, October 12, 2010

SINGAPURA BARU bakal menjadi kenyataan


Persoalan mengenai pembinaan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) untuk kaum Cina di Balik Pulau di sini yang timbul awal tahun ini semakin terjawab apabila kerajaan negeri dikatakan telah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting di sini untuk tujuan itu.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Syed Amerruddin Syed Ahmad ketika mendedahkan perkara itu berkata, pewartaan itu dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 15 Ogos lalu.

Katanya, beliau dimaklumkan bahawa tanah itu diwartakan khusus untuk diambil-alih bagi tujuan membina sebuah cawangan universiti yang berpangkalan di Singapura dan selebihnya dikatakan untuk tujuan awam.

"Apabila siap nanti 4,000 hingga 5,000 orang pelajar dianggarkan menuntut di universiti itu. Jumlah ini belum lagi meliputi hampir 2,000 tenaga pengajar dan staf universiti dari republik itu yang akan dibawa ke sini.

"Saya risau akan ada lebih banyak tanah terpaksa diambil untuk menyediakan kemudahan buat mereka," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan kempen sumbangan pakaian terpakai untuk mangsa banjir di Pakistan di sini, hari ini.

Difahamkan, tanah di kedua-dua kawasan terlibat terdiri daripada kebun buahan-buahan yang mempunyai pemilik dan membabitkan kira-kira 10 buah rumah.

Menurut Syed Amerruddin, pihaknya tidak menentang hasrat kerajaan negeri mahu membina universiti di negeri ini tetapi perlu dilaksanakan di kawasan lebih sesuai seperti di Bukit Jambul atau Bayan Baru.

Justeru, beliau menggesa kerajaan negeri menimbang semula rancangan pembinaan universiti tersebut kerana kewujudannya nanti akan membawa lebih banyak kesan negatif kepada alam sekitar dan penduduk tempatan.

"Jika projek pembinaan universiti ini diteruskan, saya rasa dalam tempoh 10 tahun lagi, tiada lagi kawasan hijau dan perkampungan Melayu di Balik Pulau," ujarnya.

Tegas Syed Amerruddin, UMNO bahagian itu akan berusaha menghalang pembinaan IPT berkenaan demi kepentingan alam semula jadi dan kedudukan kampung-kampung Melayu di situ.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO bahagian berkenaan, Aziaan Ariffin menjelaskan, pihaknya akan membantah usaha berkenaan meskipun kerajaan negeri memutuskan untuk meneruskan rancangan itu.

"Setakat ini apa yang kita tahu tanah di kawasan Pondok Upeh seluas 16 hektar di tahap akhir untuk diambil-alih dan kerajaan negeri telah membeli tanah-tanah tersebut dengan harga hanya RM8 bagi satu kaki persegi berbanding harga pasaran antara RM16 hingga RM40.

"Bagi kawasan Kampung Genting pula, minggu lalu kita telah mengadakan perbincangan singkat dengan kira-kira 29 orang pemilik tanah terlibat.

"Mereka tidak bersetuju dengan pengambilalihan itu dan berhasrat menghantar notis bantahan kepada kerajaan negeri," jelasnya.

PW : Cara licik DAP hendak menghalau orang Melayu dari Pulau ke tanah besar! Tanah yang bakal diambil dibayar dengan harga di bawah pasaran sebenar! Apakah Singapore 2 bakal menjelma di Pulau Pinang tidak lama lagi. Sama-samalah kita tunggu dan lihat?

Pas berselindung disebalik agama!!!


SUATU ketika dahulu, Gua Musang yang terletak di pedalaman Kelantan merupakan daerah yang paling 'ditakuti' kerana pernah jatuh ke tangan pemerintahan komunis selama tujuh hari.

Sepanjang pemerintahan singkat itu, komunis menjadikan gua-gua batu kapur di daerah itu sebagai lokasi sulit, selain melakukan pemerintahan kejam sehingga menyebabkan rakyat jelata menderita.

Sepanjang tempoh itu juga, ramai rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa. Kesan tersebut boleh dilihat melalui peninggalan dan monumen bersejarah seperti lombong-lombong emas, penempatan komunis, kubur di dalam masjid, gua-gua misteri, tokong purba Swee Nyet Keung dan kewujudan kampung baru yang masih kekal sehingga hari ini. Semua itu, saling berkaitan antara satu sama lain.

Salah satu faktor utama Gua Musang menjadi sasaran komunis adalah kerana kawasannya terpencil dan keadaan muka buminya berbukit-bukau serta belum diterokai.

Hari ini, selepas 53 tahun negara merdeka, daerah Gua Musang berubah seiring dengan transformasi negara biarpun kedudukannya agak terpencil. Daerah itu agak pesat membangun kerana terletak di tengah-tengah laluan antara Kota Bharu-Kuala Lumpur.

Sehingga sekarang, Gua Musang masih lagi 'kaya' kerana mempunyai tanah yang amat berpotensi diteroka dan dibangunkan untuk sektor pertanian. Kebanyakan penduduk di kawasan tersebut adalah peneroka tanah yang datang dari seluruh pelosok negeri Kelantan. Namun, selepas berpuluh tahun tinggal di situ, mereka masih belum mendapat hak atau geran tanah daripada pihak berkuasa tempatan.

Perkara ini sering dibangkitkan oleh penduduk di kawasan tersebut dan lebih menyedihkan apabila ada di antara tanah terbabit didakwa 'dirampas' oleh kerajaan negeri Kelantan untuk dijadikan Ladang Rakyat. Sebagai balasan, rakyat menerima pulangan semula dalam bentuk bayaran dividen bulanan sebanyak RM200.

Persoalannya, apakah tanah itu akan kekal menjadi milik mereka dan sampai bila bayaran dividen tersebut akan dibuat?. Ia merupakan beberapa persoalan yang dilontarkan oleh penduduk kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Mat Yusof Abdul Ghani dalam satu pertemuan baru-baru ini.

"Bayangkan ada penduduk telah menunggu selama berpuluh-puluh tahun dan ada juga yang telah membayar deposit tetapi sehingga hari ini, mereka tidak diberikan geran. Hairannya, ada penduduk yang baru memohon telah diberikan geran. Kenapa ini berlaku kalau tidak ia ada kaitan dengan politik.

"Saya yakin pada pilihan raya kecil (Pilihan Raya Kecil DUN Galas) kali ini, Pas akan mendapat hukuman daripada penduduk tempatan. Mereka ternyata telah mengkhianati penduduk di Dewan Undangan Negeri Galas," katanya.

Justeru itu, beliau menegaskan masalah tanah yang semakin bernanah dalam masyarakat Gua Musang akan menjadi paksi kepada semua persoalan pada pilihan raya kecil yang akan berlangsung pada 4 November ini.

"Ambil tanah dan bina Ladang Rakyat, itu nama sahaja...tetapi sebenarnya pemilik sebenar ladang adalah syarikat-syarikat besar. Masalah utama selain daripada pengambilan tanah ialah tidak semua rakyat mendapat hasil, hanya segelintir yang dapat. Tidak sampai lima peratus rakyat dapat, selebihnya yang untung adalah syarikat.

"Tidak seperti kerajaan pusat melalui Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan Felda, rakyat tahu kerajaan memberi tanah ladang dan tanah lot untuk kegunaan mereka dan sebahagian daripada mereka sudah jadi kaya raya. Kita bukan ambil tanah dan beri kepada syarikat yang meraih keuntungan sendiri," katanya.

Ladang Rakyat yang diurus oleh Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan ditubuhkan pada 2006 dengan matlamat untuk meningkatkan taraf hidup penduduk dan sosio-ekonomi negeri.

Bagaimanapun, penubuhan ladang tersebut menimbulkan tanda tanya kerana sehingga sekarang, kerajaan negeri tidak menjelaskan secara mendalam mengenai kedudukan kesemua ladang tersebut, di mana kesemua pesertanya diberikan dividen sebanyak RM200 sebulan.

Menurut laman web perbadanan tersebut, sehingga Oktober 2007, sejumlah 2,973 peserta telah menikmati dividen bulanan hasil daripada pembangunan ladang kelapa sawit.

Peserta Ladang Rakyat pula diambil dari Senarai Keluarga Miskin Negeri Kelantan 2005 yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dengan tambahan senarai daripada pencalonan rakyat miskin yang dicalonkan oleh penghulu dan dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri dan Penyelia Dewan Undangan Negeri.

Namun, apakah sistem pencalonan peserta tersebut benar-benar telus dan melibatkan semua rakyat tanpa mengira fahaman politik kerana di kedai-kedai kopi di seluruh negeri khususnya di Galas, jelas kedengaran rungutan mengenai perkara tersebut.

Mohd. Yusof mendakwa, kerajaan negeri hanya tahu mengambil tanah rakyat dan kemudian menjualnya kepada syarikat tertentu untuk mendapatkan keuntungan yang besar tetapi pada masa sama, mengabaikan nasib penduduk yang kehilangan tempat untuk mencari rezeki.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Nengggiri itu yakin Pas tidak akan membangkitkan isu royalti minyak pada Pilihan Raya Kecil DUN Galas.

Ia juga selaras dengan pendirian Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) yang menyokong pemberian royalti minyak.

"Sebelum ini, Pas menaikkan kain pemidang yang menyatakan rakyat Kelantan dikhianati tetapi dua tiga hari lepas, saya tengok Pas telah menurunkan pemidang yang mengecam pembahagian wang ihsan. Nampaknya isu yang mereka gembar-gemburkan tidak didengari langsung oleh rakyat Kelantan kerana tidak ada unsur pengkhianatan," katanya.

Biar apa pun isunya, apakah pengundi di Galas bersedia sepenuhnya untuk menghukum Pas?

Harga makan tengah hari di Tokyo RM58.52




Kemaskini terkini mengenai senarai bandaraya paling mahal di dunia dari segi kos sara hidup bagi tahun 2010 ini. Bloomberg Businessweek telah menyenaraikan ranking terkini senarai bandaraya termahal di dunia, kalau sebelum ini bandaraya Luanda di Angola menduduki tempat pertama bagi tahun 2009, tahun 2010 ini telah diambil alih oleh bandaraya Tokyo, Jepun yang sebelum ini menduduki tempat kedua pada tahun lepas. Di antara indikator yang digunakan untuk mengukur kedudukan tersebut adalah berdasarkan:

1. Harga makan tengah hari di restoren;
2. Harga sebotol beer di kedai;
3. Harga sekilo beras;
4. Harga sedozen telur;
5. Harga tiket wayang; dan
6. Harga sebuah mesin basuh.

Senarai terkini 30 bandaraya yang paling mahal kos sara hidup yang disiarkan oleh Bloomberg Businessweek:

Ranking Bandaraya
2010
1 Tokyo Japan - Ranking 2009 (2)
2 Oslo Norway (8)
3 Luanda Angola (1)
4 Nagoya Japan (3)
5 Yokohama Japan (4)
6 Stavanger Norway (14)
7 Kobe Japan (6)
8 Copenhagen Denmark (7)
9 Geneva Switzerland (9)
10 Zurich Switzerland (10)
11 Bern Switzerland (13)
12 Basel Switzerland (11)
13 Libreville Gabon (12)
14 Helsinki Finland (15)
15 Moscow Russia (29)
16 Paris France (16)
17 Abidjan Ivory Coast (17)
18 Abuja Nigeria (19)
19 Tel Aviv Israel (24)
20 Seoul South Korea (102)
21 Stockholm Sweden (80)
22 Jerusalem Israel (27)
23 Kinshasa Congo (26)
24 Vienna Austria (23)
25 Brussels Belgium (35)
26 Berlin Germany (22)
27 Canberra Australia (149)
28 Rio de Janeiro Brazil (132)
29 New York City U.S (18)
30 Sydney Australia (150)

Sebagai contoh, bandingan barangan yang disemak di bandaraya Tokyo, Jepun yang menduduki tempat teratas dalam US dollar dan di tukar dengan matawang RM Malaysia. Harga makan tengah hari di restoren $18(RM58.52), Harga sebotol beer di kedai $3.37(RM10.95), Harga sekilo beras $8.47(RM27.54), Harga sedozen telur $3.78(12.29), Harga tiket wayang $22(71.53) dan Harga sebuah mesin basuh $879 (RM2,858.07).

Sunday, October 10, 2010

Hindraf @ keling biadap

Dipetik dari akhbar Utusan Malaysia

Hindraf biadab: KDN menghadap Sultan Ibrahim Selasa

RAWANG 9 Okt. - Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Selasa ini sebelum memutuskan sebarang tindakan terhadap Pengerusi Hindaf, P. Waytha Moorthy.
Sambil menyifatkan kebiadapan Waytha Moorthy itu sebagai sesuatu yang serius dan terlalu berat, menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, segala bentuk tindakan yang bakal diambil nanti banyak berkisar kepada Sultan Ibrahim sendiri.
"Kami akan menghadap Sultan Johor yang kebetulan mempunyai program di Bukit Aman Selasa ini bagi membincangkan tindakan ke atas Waytha Moorthy dan saya telah mengarahkan polis supaya mengkaji dengan teliti apa sebenarnya yang telah berlaku.
"Bagi orang Johor, perkara yang menyentuh raja kita (Sultan Johor) adalah sesuatu yang cukup sensitif dan hari ini saya dimaklumkan berlaku beberapa siri demonstrasi bagi mengutuk tindakan itu," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Kuang di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Waytha Moorthy dalam portal Free Malaysia Today yang mempertikai peringatan Sultan Ibrahim supaya semua pihak di negara ini jangan sesekali mempersoal kuasa raja dan mempertikai hak serta keistimewaan orang Melayu.
Kelmarin, Pengerusi Hindraf itu secara biadab menganggap Sultan Ibrahim sebagai jurucakap kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) selain menuduh baginda mencemar pemisahan kuasa dan demokrasi berparlimen yang dipraktikkan di negara ini.
Mengulas lanjut, Hishammuddin mengingatkan semua pihak supaya menghormati dan menyanjung tinggi institusi raja kerana ia bukan sahaja payung yang menaungi orang Melayu semata-mata, tetapi masyarakat Malaysia secara keseluruhan.
Sementara itu, Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru, Gelang Patah dan Pulai akan menghantar memorandum bantahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin ini bagi mengecam tindakan biadab Pengerusi Hindraf itu.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru, Khalid Mohamad berkata, tindakan Waytha Moorthy mengkritik kenyataan Sultan Johor dalam laman web Free Malaysia Today adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan kerana dia seolah-olah mempersoalkan kuasa yang ada pada raja-raja Melayu.
Beliau berkata, kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi Hindraf itu juga secara tidak langsung bakal mencetuskan ketegangan di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
"Kita juga akan meminta kerajaan supaya menghalang Waytha Moorthy daripada memasuki Malaysia dan pada masa sama menutup laman web Free Malaysia Today kerana ia merupakan satu ancaman kepada keselamatan negara," katanya kepada pemberita selepas mengadakan demonstrasi aman ber- sama kira-kira 200 orang bagi membantah kenyataan Pengerusi Hindraf itu di Terminal Pengangkutan Awam Larkin di sini hari ini.
Khalid berkata, demonstrasi berkenaan di- adakan sebagai usaha untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat supaya jangan se- kali-kali mempersoalkan kuasa raja dan mem- pertikaikan hak serta keistimewaan orang Melayu.

KOMEN PAKATKELIH: Hindraf@keling memang kurang ajar dan biadap. Tidak sedar diri. Kalau rasa tidak mahu hormat perlembagaan negara pergi la balik negara India. Pergi duduk kat India yang serba kekurangan.




Reti la bersyukur duduk di bumi Malaysia dan jangan cakap benda yang bodoh. India di Malaysia ni semua hidup aman dan kaya raya. apa lagi mau. Sendiri mau ingat la. Hindraf jangan jadi pengacau. Hiduplah dengan toleransi di Malaysia. Kalau Melayu boleh toleransi kenapa tidak kaum lain.