Friday, June 4, 2010

Pas dipimpin oleh manusia biasa, syaitan pun banyak dikeliling Nik Aziz

Ini emel yang saya terima. renung dan fikirlah


Pemimpin PAS mungkin sudah lupa akan 'Tragedi Berdarah Memali' pada tahun 1985 yang tercetus kerana Ibrahim Libya enggan menyerah diri untuk ditahan di bawah ISA. Penyokong PAS generasi kini pula mungkin ramai yang tidak tahu menahu mengenai peristiwa ini.

Kini tragedi yang menimbulkan banyak tanda tanya itu telah lama berlalu. Kepimpinan PAS kemudiannya atau kononnya telah mengambil tugas menjaga dan membela nasib waris mangsa yang terbunuh atas dasar tanggungjawab. Untuk tujuan ini, PAS telah melancarkan Tabung Memali untuk mengumpul dana bagi membantu balu dan anak Ibrahim Libya serta pengikut lain yang menjadi mangsa tembakan polis. Dianggarkan tabung tersebut berjaya mengutip lebih RM300,000.

Tetapi lebih sepuluh tahun kemudian, ahli PAS sendiri yang ketika itu dipimpin oleh Mujahid Yusof Rawa, telah mendedahkan bahawa selama lebih sepuluh tahun tidak ada satu sen pun daripada Tabung Memali yang telah sampai kepada balu dan anak-anak mangsa. Duit Tabung Memali semua telah di songlap oleh pemimpin PAS.

PAS cuba berdolak dalih serta menuding jari ke semua arah dalam usaha mereka membela diri. Tetapi, mahu tidak mahu mereka terpaksa juga menghadapi keluarga mangsa dalam satu perjumpaan yang mana berakhir dengan cabar-mencabar, pergaduhan dan ketegangan.

Salah seorang mangsa tragedi Memali, Encik Manas Abdullah, 57, menegaskan kesemua mereka (mangsa tragedi) kecewa dengan sikap Datuk Fadzil Noor selaku Presiden PAS yang berat sebelah. Seorang lagi mangsa, Azmi Haji Salim, 51, mendakwa hasil kutipan tabung itu dipercayai telah disumbangkan kepada pihak-pihak lain termasuk kepada akhbar Harakah. Mereka mendakwa wang tabung yang bertujuan membantu balu-balu dan anak-anak mangsa tragedi itu telah habis dan hidup mereka kini dalam kepayahan. Balu kepada Allahyarham Ibrahim Mahmud, Soleha Hussain, mendedahkan sendiri 'bahawa pihak pengurusan tabung kata duit sudah tiada tetapi selama ini saya tidak pernah diberitahu jumlah wang masuk dan keluar dari tabung berkenaan'.

Selain tabung Memali, PAS juga menubuhkan tabung derma yang dihulurkan kepada penyokong mereka setiap kali berceramah. Tidak cukup dengan itu, ada juga tabung yang bernama Tabung Mangsa Kezaliman UMNO yang kononnya diwujudkan untuk membantu mangsa perobohan rumah Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Belimbing Api, Jabi Terengganu.

PAS memang suka ?menabung?. Hairannya, tabung mereka semua kosong. Jika tidak, mana mungkin PAS Kedah terpaksa membalak secara haram untuk menjana pendapatan negeri dan PAS Kelantan sehingga kini masih menjadi negeri paling miskin walau telah berpuluh tahun berkuasa.

Tidak cukup dengan melenyapkan duit ?menabung?, PAS juga telah melenyapkan hampir RM45 juta ringgit milik ahli mereka melalui Koperasi Al-Hilal (KOHILAL).


KOHILAL ditubuhkan pada 1986 oleh tokoh dan aktivis PAS. Dianggarkan terdapat 23,000 orang ahli KOHILAL di seluruh negara. Setiap ahli KOHILAL dikenakan bayaran yuran penyertaan RM 5.00 dan setiap peserta berdaftar dikehendaki membeli saham KOHILAL bernilai RM10.00 seunit dengan kadar minimum 10 unit bernilai RM100.00 jumlahnya.

Pada awal penubuhannya pada tahun 1986, anggotanya hanyalah sekitar 156 orang. Jumlah itu meningkat menjadi 14,121 orang pada 1995. Keahlian terbesar 20,781 orang tercapai pada 2002 sahaja.

Oleh itu kutipan yuran saja 20,781 x RM100 = RM2.078 juta pada jangka masa tersebut.

KOHILAL didaftarkan di bawah Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia mengikut Akta Koperasi 1948 pada 3 Jun1986. Mesyuarat Pertama Ahli Lembaga Pengarah (ALP) diadakan Pada 19 Julai1986. Allahyarham Hj. Ismail Abdullah, Bekas Timb. Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan telah dilantik sebagai Pengerusi KOHILAL yang pertama.

Lembaga Pengarah Kohilal adaah terdiri daripada:

Pengerusi: Hassan Shukri

Naib Pengerusi: Sheikh Abu Bakar Omar

Setiausaha: Mohd Ismath Habib Mohamad

Bendahari: Ali Maidin

Anggota Lembaga Pengarah:
Asimuddin Shamaan
Dr. Rayney Azmi Ali
Abdul Aziz Hassan
Syed Hamid Syed Mohamed
Wan Pauzi Yahya
Ahmad Subky Abdul Latif

Aktiviti Pelaburan KOHILAL termasuklah memasarkan barangan tradisional seperti bedak, jamu, makanan ringan, minuman, ubat gigi dan sebagainya.

Di peringkat antarabangsa, koperasi ini telah melibatkan dalam pelaburan di INDONESIA, SINGAPURA, BRUNEI, dan AUSTRALIA serta urusniaga import eksport barangan daripada YAMAN dan IRAN melibatkan barangan makanan dan minuman seperti Tamar, Kismis dan Air Zam- Zam menerusi anak-anak syarikat dalam negeri seperti:

? Pusat Perubatan KOHILAL, Taman Melawati, SELANGOR;
? Koperasi Darul Qarar Berhad, KELANTAN;
? Koperasi Al-Falah Berhad, Seremban, NEGERI SEMBILAN;
? Koperasi Al-Makmur Berhad, PAHANG;
? Koperasi Al-Barakah Berhad, Alor Setar, KEDAH;
? Koperasi PERAK, PERAK; dan
? Koperasi Hak Anak (KOHAMAS) MELAKA, MELAKA.?

Kismis dan tamar ini sering dijual dengan menggunakan nama Ahmad Awang, Harusaani Zakaria, Abdul Ghani Samsudin dan lain-lain dan mereka inilah menikmati keuntungan besar sedangkan ahli KOHILAL tidak mendapat apa-apa selain dapat menikmati kismis dan tamar.

Beberapa anak-anak syarikat KOHILAL masih beroperasi sebagai syarikat ?haram? yang tidak berdaftar contohnya:
? Syarikat Pelancongan Yaskin Sdn. Bhd
? Kohilal Edar Negeri Kelantan Sdn. Bhd
? Kohilal Edar Negeri Terengganu Sdn. Bhd
? Kohilal Edar Negeri Pahang Sdn. Bhd
? Kohilal Edar Wilayah Tengah Sdn. Bhd
? Kohilal Edar Negeri Melaka Sdn. Bhd.

Syarikat-syarikat tidak berdaftar tersebut masih digunakan untuk mengutip derma, sumbangan daripada ahli PAS, yuran daripada ahli Kohilal dan juga dana pelaburan daripada syarikat induk ia itu Kohilal sendiri.

Kemudian duit yang diperolehi itu disonglapkan atas alasan membiayai kempen pilihanraya, lawatan pemimpin PAS seperti Hadi Awang ke luar negara dan projek yang membazirkan wang ahli Kohilal.

Akibatnya, KOHILAL mengalami defisit kewangan yang merundum bila anak syarikat yang bernaung di bawahnya mengalami kerugian teruk, disebabkan penyelewengan dan kejahilan pihak pengurusan mengenai perniagaan. Urusan perniagaan luar negara (Iran, Indonesia) dibuat tanpa sebarang perjanjian bertulis dan perbelanjaan keluar masuk juga tidak dikawalselia.

KOHILAL kini tidak mampu langsung membayar dividen kepada ahli. Manakan tidak, apabila sepanjang tempoh sepuluh 10 tahun (1986 ? 1995), perniagaan KOHILAL hanya dapat menjana keuntungan yang dianggarkan (PAS sendiri tidak pasti) RM 189,431.00. Maksudnya keuntungan purata tahunan hanya RM18,943.00 atau disekitar RM1,575.00 sebulan.

Untuk menjaga maruah parti dan seterusnya menipu ahli, PAS sedaya upaya berusaha untuk menutup skandal RM45 juta KOHILAL daripada diketahui umum.

Pada tahun 1997, setiap pelabur di bawah KOHILAL akan dibayar dividen sehingga 10% setiap bulan atau 120% setahun dibayar secara tiga bulan sekali, melebihi ASN yang mana hanya mampu membayar 8% setahun. Simpanan Tetap Bank juga hanya mampu memberi pulangan sebanyak lebih kurang 4%. Dan simpanan melalui ?Unit Trust? pula hanya mampu memberi pulangan paling tinggi lebih kurang 12% bagi sesetengah saham. Justeru, bagaimanakh KOHILAL yang diuruskan oleh mereka-mereka yang tiada kelayakan dalam pengurusan kewangan boleh menjanjikan pulangan sedemikian tinggi?

Sesiapa sahaja yang arif tentang pelaburan dan perniagaan pasti tahu bahawa apa yang dijanjikan PAS melalui KOHILAL ini adalah tidak masuk akal sama sekali.

Hakikatnya, KOHILAL hanyalah satu skim cepat kaya yang jauh lebih kotor dari Pak Man Telo kerana ia menggunapakai nama Islam di bawah PAS. Kesemua wang kotor dari skim cepat kaya ini, wang dari dana milik waris mangsa Memali dan juga wang yang ditadah dari tabung-tabung ?bocor? PAS telah bercampur baur dengan darah mangsa Memali kini hanyir dan kering di tangan pemimpin PAS. Bayangkanlah, tangan itulah yang memegang mikrofon ceramah menjanjikan syurga kepada penyokong mereka.


Muktamar akan diguna untuk tutup kes

Oleh Cakap Pasal

KEJATUHAN PERNIAGAAN KOHILAL

Sekitar 1998 hingga 2000 anak-anak syarikat KOHILAL mengalami kerugian dalam perniagaan dan pelaburan di dalam dan luar negeri. Faktor mendorong kejatuhan perniagaan KOHILAL antara lain adalah kegagalan anak-anak syarikat KOHILAL membuat sebarang perjanjian bertulis dengan syarikat-syarikat pelaburan di luar negeri seperti di THAILAND dan INDONESIA.

Inilah kebodohan PAS dalam menjalankan perniagaan ? agreement atau perjanjian bertulis pun mereka tak tahu nak buat. Habis macam mana bisnes nak hidup?

Pada waktu itu juga, penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan anak-anak syarikat KOHILAL sudah banyak berlaku tapi perkara tersebut tidak dilaporkan secara terbuka.

Sebaliknya PAS cuba tutup penyelewengan ini. Antara sebabnya ialah kerana Pilihanraya Umum menjelang tiba. PAS tidak mahu skandal ini dibocorkan (dan memang pun begitu sehingga hari ini).

Dedah atau tidak, pada 2003 KOHILAL sudah mula merasa kehilangan wang caruman dan dana perniagaan. Kohilal merasa tertekan kerana cashflow atau alirtunai sudah kering.

Parti PAS diberitahu bahawa Kohilal mengalami masalah kewangan yang serius dan usaha-usaha untuk menyelamatkan KOHILAL perlu dijalankan.

Antara cadangan yang telah diusulkan ialah :


i) supaya setiap anggota KOHILAL diwajibkan menyumbang RM10.00 seorang untuk menambah dana wang sekali lagi

ii) untuk menjimatkan kos, pekerja dibuang kerja dan elaun pekerja dikurangkan.

iii) KOHILAL boleh menjual aset yang sedia ada.
Walaupun kami Unspinners bukan penyokong PAS, tapi kami merasa kasihan juga terhadap nasib berpuluh ribu peneroka Felda, peneroka Felcra, kakitangan awam dan orang lain yang telah melabur duit dengan Kohilal. Duit tuan-tuan sudah lenyap.

Apakah tindakan yang harus diambil oleh tuan-tuan sebagai ahli Kohilal :


1. Jangan melabur wang anda dengan Kohilal lagi

2. Jangan membayar yuran atau caruman bulanan lagi

3. Sesiapa yang telah melabur wang dengan Kohilal sila membuat Laporan Polis dengan seberapa segera. Wang anda sudah lesap ditelan oleh ustaz dan ulama PAS.

4. Bala Tuhan yang dijanjikan ke atas kaum yang penipu dan munafik sedang menimpa anda semua. Duit anda sudah hilang. Anda semua masih miskin, mungkin papa kedana. Inilah bala Tuhan. Inilah akibatnya menyokong parti yang pembohong dan penipu. Parti yang menjual ayat Quran, menjual nama Nabi dan nama agama. Parti yang menjual ?tiket masuk syurga?. Inilah akibatnya menyokong Ketua Pembangkang yang berfe?el kaum Nabi Lut yang peliwat. Inilah akibatnya memfitnah orang Islam lain sebagai kafir.

Jadi berhentilah daripada menyokong mereka semua. Mereka hanya memperbodohkan tuan-tuan semua. Tuan-tuan tidak perlu sokong UMNO tapi jangan jadi Pak Bodoh dan jadi kaldai ulamak PAS dan peliwat Anwar Ibrahim.

5. Sumpah Saiful Bukhari Azlan di Masjid dengan menjunjung Al Quran sudah direstui Allah swt. Jelas bahawa bencana demi bencana yang menimpa puak politik pembangkang adalah akibat sumpah berani Saiful Bukhari Azlan itu. Mugnkin tuan2 boleh bersumpah dalam masjid, kot?
Tuan puan, saudara saudari,


Apabila isu Tabung Memali bocor ditelanjangkan dulu, presiden PAS ketika itu Fadhil Noor, telah mengadakan suatu perjumpaan khas dengan balu dan anak yatim Memali yang dhaif dan miskin.

Pada perjumpaan itu Fadhil Noor telah memaki hamun dan mencaci kesemua balu-balu Memali yang hadhir sebagai wanita murahan yang tidak tahu bersyukur atau berterima kasih.

Isunya senang saja. Lebih tiga juta Ringgit wang Tabung Memali sudah hilang. Balu-balu Memali mengadu tidak mendapat satu sen pun daripada Tabung Memali padahal PAS telah mengutip derma berjuta Ringgit dengan melolong nama mereka juga. PAS minta semua orang derma duit ke Tabung Memali untuk membantu balu dan anak-anak yatim para ?syuhada? Kampong Memali yang telah mati ditembak Polis.

Pada perjumpaan itu Fadhil Noor telah memutar belitkan keadaan dan memarahi balu dan anak-anak yatim Memali bahawa PAS telah berjuang untuk membersihkan nama suami dan ayah mereka yang terkorban.

Maka mereka harus berterima kasih kepada PAS yang telah berjuang dengan begitu bersungguh menjaga maruah keluarga mereka. Pasal duit pula, itu perkara remeh saja kata Fadhil. Pasal apa nak merungut pasal sekupang dua kupang?

Tapi Fadhil Noor mempunyai niat yang lebih jahat lagi untuk berjumpa balu Memali. Sebenarnya Fadhil Noor lebih khuatiri muktamar PAS yang bakal tiba dan bukan pasal kebajikan balu Memali.

Fadhil Noor telah mengumumkan kepada muktamar PAS bahawa isu Tabung Memali sudah selesai setelah presiden sendiri mengadakan perjumpaan besar-besaran dengan balu dan anak yatim Memali.

Semua ahli PAS dungu yang hadhir bertakbir dan kesedapan sendiri melancap dalam keseronokan. Maka ditutuplah tirai atas babak Tabung Memali Bocor.

Tuan-tuan, dalam Kitab Suci Al Quran, Allah swt memberi amaran keras:

"Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala (Surah Al Nisaa : 10)."
Maka sedikit masa selepas memaki dan mencaci balu dan anak yatim Memali, Fadhil Noor mula jatuh sakit. Bala Tuhan mula jatuh atas kepalanya. Dia kerap masuk keluar hospital.

Akhir sekali Fadhil Noor mati dalam kesakitan akibat penyakit kanser. Orang telah bercerita bahawa apabila mayat Fadhil Noor diusung, jenazah itu berasa amat berat. Mayatnya juga berbau busuk ? semua ini menjadi alamat orang yang banyak berdosa.

Begitu juga pada muktamar bulan Jun 2010 ini, PAS akan mencuba untuk menutup ?Skandal Hilang Duit Kohilal RM45 juta?.

Muktamar PAS bulan Jun ini (9 - 13) akan membawa pendekatan ?kohilang? saja lah. Maksudnya sesiapa yang ingin pertikaikan pasal hilang duit Kohilal RM45 juta, mereka akan disuruh ?ngko pi hilang sajalah?.

Pendedahan Unspinners yang lewat ini tidak memberi PAS masa yang cukup untuk mengadakan ?Perjumpaan Khas Untuk Memaki & Mencaci Ahli Kohilal?.

Tapi dont worry brader ? PAS akan main silat taici supaya isu ini tidak akan ditimbulkan pada muktamar parti bulan depan. Sesiapa yang berani membawa usul untuk membincangkan isu ?Hilang Duit Kohilal RM45 Juta? akan disuruh ?kohilang?.

Sekian.

No comments:

Post a Comment