Monday, February 8, 2010

Bye Bye DSAI

Minggu lalu seluruh rakyat tertumpu kepada kes perbicaraan Anwar atau nama manjanya DSAI. Ramai yang menggelarkan Anwar Raja Meliwat. Saya tidak cakap, orang yang cakap. Jadi, saya gelak jer la bila orang menggelarkannya macam itu. Tidak kurang juga yang mengucapkan terima kasih kepada DSAI kerana berjaya menaikkan rating pelancong yang berkunjung ke Malaysia kerana ramai pemerhati dan pelancong dari luar negara yang berminat mengikuti perbicaraan kes yang dikatakan sangat berprofil tinggi itu. Sehinggakan ada yang menggelarkan tahun ini sebagai Tahun Meliwat Malaysia. Itu pun saya tidak cakap, orang lain yang cakap, saya dengar je.
Perbicaraan kes liwt DSAI terhadap pembantunya, Saiful Bukhari Azlan menjadi topik perbualan paling panas rakyat Malaysia sepanjang minggu ini. Siapa sangka, DSAI yang pernah dihadapkan ke mahkamah atas kes liwat lebih 10 tahun lalu, sekali lagi menghadapi tuduhan yang sama.
Tetapi, suasana perbicaraan pada kali ini rasanya hambar. Mana perginya berjuta2 penyokong DSAI. Hari Jumaat lepas, ingat jadi lagi sekali demonstrasi, tapi tengok2 sunyi je. Saya pergi juga intai2 kat persekitaran mahmakah selepas Jumaat, sunyi jer, yang banyak hanyalah polis.
Kesian DSAI, terkencing sorang2 dalam mahkamah, tanpa di sokong oleh berjuta2 penyokongnya seperti zaman reformasi. Kepada saudara DSAI yang saya hormati, rakyat sudah muak dengan saudara DSAI dan tembelang DSAI sudah pecah. DSAI ni saya tengok bukan berjuang untuk negara, tetapi lebih kepada dendam kesumat peribadi. Sanggup lihat negara tunggang langgang dan kucar kacir asalkan cita2 saudara DSAI tercapai.
Terbaru, saya dengar2 ada arahan penyokong PKR dari semua negeri akan diwajibkan bergilir-gilir hadir di perbicaraan kes liwat DSAI di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Lawaknya saya dengar sampai macam itu sekali arahan dikeluarkan. Kepada penyokong PKR baik pergi, nanti tak pasal2 kena tindakan disiplin. KAH KAH KAH. Nanti, masa pergi mahkamah tu nanti, jangan lupa tulis kedatangan yang diletakkan kat tangga mahmakah itu. Jangan lupa tandatangan dan tulis nombor ahli sebagai pengesahan kehadiran. KAH KAH KAH. Lawak betul la PKR ni.
Takkan sampai buat macam itu sekali bila tengok tidak ramai yang datang mahkamah. Lebih baik orang ramai pergi buat kerja cari duit poket la daripada terpekik kat luar mahkamah mengadap muka DSAI tu.
Kesian. Sebab penyokong DSAI yang hadir di perbicaraannya kali ini tidak ramai, berbanding perbicaraan kes liwat pertama terhadapnya 10 tahun lalu, penyokong dipaksa datang.
Memasuki hari keempat perbicaraaan pagi tadi, kehadiran paling ramai penyokong ketua pembangkang itu hanyalah pada hari pertama, Selasa minggu lalu, iaitu sekitar 100 orang.
Manakala pada hari-hari berikutnya, jumlah kehadiran penyokong PKR kurang daripada itu. Malah hanya kira-kira 30 orang sahaja yang menyertai protes Jumaat lalu.
Tapi, macam biasa DSAI ini bijak memusingkan berita. Sambil disokong oleh balaci peguammnya DSAI dan PKR menjadikan akhbar Utusan Malaysia sebagai sasarannya. Laporan polis telah dibuat dengan tajuk berita muka depan Utusan yang didakwanya sebagai penipuan dan berniat jahat. Namun, cubaan DSAI semasa perbicaraan untuk mensabitkan Utusan menghina mahkamah ditolak oleh hakim kerana tiada asas tetapi PKR tidak berdiam. Anwar menerusi portal berita pro pembangkang melabelkan Utusan sebagai biadap, kotor dan jijik. Saya pun hairan kenapa DSAI sangat berdendam dengan utusan dan orang Melayu. Padajal, laporan akhbar Cina hampir sama dengan Utusan termasuk penyiaran gambar katil, tetapi yang tetap menjadi sasaran adalah Utusan.
Kepada DSAI, bye-bye. Jangan ingat saudara DSAI boleh terus menipu rakyat. Rakyat sudah muak dengan pembohongan saudara DSAI. Malah, kalau tengok kepada ceramah DSAI sekarang ini, jumlah kehadirannya tidak mencecah ribuan seperti dulu lagi. Lebih baik DSAI duduk rumah sembahyang taubat, berzikir dan mengaji al Quran.

1 comment: