Saturday, February 13, 2010

DAP rasis

Umno menerusi kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah terbukti berjaya mewujudkan negara aman damai sejak zaman Perikatan lagi. Rakyat Malaysia jangan menafikan keharmonian negara di bawah BN walau sebelum ini berlaku beberapa kejadian tidak diingini antara kaum. Bumi mana tidak ditimpa hujan dan lautan mana tidak dilambung ombak. Itu semua lumrah kehidupan dan negara Malaysia tidak terkecuali dari menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran. Tetapi, itu semua mampu kita tempuhi dengan jayanya.
Tetapi, sejak akhir-akhir ini DAP makin lantang menyuarakan pelbagai perkara yang menyakitkan telinga mendengar, hati terasa ditusuk dan nyawa rasa direntap. DAP merasakan mereka hebat sebab kadang2 DAP terlupa tentang kehebatan orang Melayu.
DAP wujud dalam keadaan politik Malaysia aman damai. Ketiga tiga parti politik utama iaitu UMNO, MIC dan MCA dapat bergabung di bawah Perikatan. Kesefahaman itu melahirkan Kontrak Sosial yang memberi ruang rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini dapat berkongsi kuasa untuk membangunkan negara selepas kemerdekaan.
Kelahiran DAP menyebabkan politik Malaysia sentiasa panas dan diwarnai dengan politik perkauman kerana DAP bergantung hidup dengan sokongan orang Cina. Lantaran itu mereka mesti menjuarai isu orang Cina sahaja.
Apa sumbangan DAP kepada negara. Kepada rakyat Malaysia dan orang Melayu terutamanya jangan jadi bodoh dan terperangkap dengan politik rasis DAP yang terbukti angkuh dan biadap dalam banyak perkara. Kepada DAP, jangan mencabar orang Melayu. Ingat, perhimpunan yang berlaku di depan pejabat kerajaan Pulau Pinang baru-baru ini hanya suara sebesar kuman orang Melayu. Di belakangnya, masih ramai orang Melayu yang memerhati gelagat DAP dan konco2nya. Mungkin tunggu masa untuk meletup jika DAP terus angkuh dan biadap.
Lagi pun apa jasa DAP kepada negara, apakah sumbangan DAP. DAP adalah parti yang angkuh dan cauvinis
Kalau Umno rasis, sudah tentu kaum2 lain tidak dapat cari makan di bumi Malaysia. Tapi, kita di Malaysia hidup aman damai dan saling hormat antara kaum. Cuma, ada segelintir pihak seperti DAP yang gemar bersikap rasis.
Saya berharap Umno dan Pas dapat duduk semeja berbincang. Sejak akhir2 ni Pas jadi tunggang langgang sebab Nik Aziz atau panggilan manja Tok Guru suka buat kenyataan belit2. Orang Melayu dan Islam perlu bersatu, tidak lain tidak bukan untuk mencari jalan penyelesaian kepada kemelut politik yang bukan sahaja tidak menguntungkan mana2 pihak, malah merugikan umat dan negara.
Kepada DAP, jangan biadap dan kurang ajar. Ingat anda berada di Malaysia, bukannya Singapura.

No comments:

Post a Comment