Wednesday, February 17, 2010

Hati-hati dengan Musang Berbulu Ayam

Isu 50 Ahli Parlimen Australia yang masuk campur berhubung perbicaraan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh dipandang ringan oleh kita semua.
Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian, kita perlu bersatu mempertahankan negara ini dari sesiapa saja yang cuba menyibuk dengan mencampuri urusan negara kita.
Janganlah kita jadi pengkhianat bangsa dan negara dengan menyokong Ahli Parlimen Australia itu. Pasti ada agenda tersembunyi di sebalik sikap mereka yang tiba2 menyibuk urusan negara kita.
Tindakan Ahli Parlimen Australia itu baru-baru ini yang menggesa kerajaan Malaysia menggugurkan kes liwat terhadap Anwar dengan alasan ia akan mencemarkan imej negara.
Laporan agensi berita asing baru-baru ini memetik Pengerusi Jawatankuasa Kecil bagi Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Michael Danby sebagai berkata, pendakwaan liwat kali kedua ke atas Anwar adalah sesuatu yang memalukan sistem demokrasi di Malaysia, sekali gus berasakan mereka perlu menyokong Anwar.
Apa motifnya Ahli Parlimen Austalia itu. Janganlah kita jadi pengkhianat negara dengan mengalu-alukan campurtangan orang asing. Jangan jadi bodoh dengan hasutan pihak tertentu. Di Malaysia sejak akhir2 ini semakin banyak individu yang sanggup menggadaikan negara demi mencapai cita-cita politik dan peribadi.
Hati2 dengan Musang Berbulu Ayam yang semakin banyak muncul dalam arena politik tanah air. Jangan kita terperangkap dengan Musang Berbulu Ayam ini.
Jangan kerana dia petah berhujah, kita anggap dirinya hebat, jangan kerana dia berserban, kita anggap dirinya alim, jangan kerana dia berdahi hitam, kita anggap dirinya kuat sujud sembahyang, jangan kerana dirinya petah membaca ayat Al-Quran, kita anggap dirinya cukup ilmu agama. Dalam dunia sekarang, banyak yang menipu banyak yang ada Udang disebalik batu.
Buatlah pilihan bijak. Nilailah sendiri gelagat beberapa pemimpin di negara kita. Jangan anak bangsa kita di masa depan merana akibat kesilapan kita di hari ini.

No comments:

Post a Comment