Saturday, February 6, 2010

Pelik apabila kaum majoriti rasa terancam

Sejak akhir-akhir ini saya melihat makin ramai orang Melayu menyertai NGO bagi menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap pelbagai isu. Adakah ini kerana kerajaan dan Umno gagal mengatasi isu berkaitan Melayu. Adalah pelik apabila rakyat majoriti merasa terancam. Biasanya kaum minoriti akan terasa terancam, tetapi di Malaysia keadaan sebaliknya berlaku apabila suara ketidakpuasan hati golongan majoriti semakin bergema. Kenapa Melayu rasa tidak puas hati. Apa puncanya makin banyak NGo muncul bagi menyurakan ketidakpuasan hati. Kenapa Melayu rasa tidak selamat padahal mereka kaum majoriti. Kenapa Melayu terus sangsi kepada kaum lain. Semua ini mesti dijawab dan dijelaskan oleh kerajaan dan Umno. Sesuatu perlu dilakukan segera jika kerajaan ingin memastikan gagasan 1Malaysia berjaya.
Pastinya ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem sekarang apabila kaum majoriti mula rasa tidak selamat. Apakah hak melayu yang mula diambil dan terhakis? Pasti ada, sama2 kita fikirkan. Kalau tidak, mana mungkin suara kaum majoriti, iaitu Melayu semakin bergema.

No comments:

Post a Comment