Monday, October 18, 2010

Antara Bonus dan Bangunan 100 tingkat


Keputusan kerajaan tidak mahu memberikan bonus sebulan gaji kepada penjawat awam mengecewakan 1.24 juta penjawat awam. Alasannya ialah akan mengakibatkan perbelanjaan besar RM3.1 bilion, justeru menggantikannya dengan Bantuan Kewangan Khas RM500 kepada kakitangan awam gred 54 dan ke bawah.
Kenapa Najib tidak cukupkan angka RM500 itu ke RM1,000 sekurang-kurangnya? Ya, memang RM500 itu sudah diberikan menjelang Hari Raya baru-baru ini, tetapi apa salahnya genapkan duit ihsan itu kepada RM1,000. Tahukan kepemimpina negara kos untuk satu kepala anak yang ingin memasuki musim persekolahan berapa? Kalau tidak tahu suruh pegawai kementerian pergi turun padang tengok. Jangan asyik duk membodek saja.
Tetapi, peliknya boleh pulak kerajaan menyokong pembinaan satu lagi mercu tanda bangunan pencakar langit setinggi 100 tingkat yang dirancang dibina di sekitar Stadium Merdeka dan Stadium Negara, selepas Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat.

Projek itu akan dimajukan oleh sayap perniagaan hartanah Permodalan Nasional Bhd (PNB). Kalau pembinaan dua menara berkembar Petronas yang siap pada 1998 menelan belanja kira-kira RM1.8 bilion, bayangkan kos pembinaan mercu tanda baru itu pada ketika ini?
Itulah, buat bangunan canggih pun, peniaga Melayu bukan mampu sewa pun, alih-alih orang lain juga yang untung. Ada peniaga Melayu pun tidak tahan lama, lama-lama kena tendang kerana tidak mampu bayar sewa bulanan.
Tidak cukupkah dengan Menara KLCC dan Menara Kuala Lumpur ketika ini? Apa guna semuanya jika rakyat tersepit di tengah-tengahnya.
Itulah nasib kita...... Sekurang-kurangnya duit hampir 2 bilion untuk bina bangunan itu digunakan untuk beri saguhati RM1,000 kepada penjawat awam.Mana rakyat didahulukan?.

Ya, betul Kerajaan hari ini sudah terbukti berjaya membawa negara hingga tahap sekarang, berbanding pembangkang yang hanya tahu memekik tapi `hampeh' dan `hampas'. Namun, kejayaan ini apa gunanya jika rakyat terus merintih da terasa, pedih.

No comments:

Post a Comment