Wednesday, October 20, 2010

Awas! Saluran fitnah terbaru bernama ‘Selangorkini’ mula diedarkan secara percuma sebagai alat propaganda PKR!



Sebelum ini, Khalid Ibrahim telah menyatakan bahawa Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Haram akan memperuntukkan RM 15 juta untuk meningkatkan saluran maklumat kepada rakyat Selangor (sini).
Mungkin agaknya rakyat Selangor belum cukup dapat maklumat walaupun mereka tinggal di negeri yang pertama sekali diisytiharkan maju oleh kerajaan BN pada tahun 2005 yang lalu.

Hari ini, apabila penulis menjejakkan kaki ke sebuah masjid di Balakong untuk menunaikan solat Jumaat, sebuah akhbar bernama Selangorkini edisi pertama telah diedarkan secara percuma kepada para jemaah.

Penulis mendapatkan satu salinan akhbar berkenaan dan ternyata, ia merupakan saluran fitnah terbaru Kerajaan Pakatan Haram Selangor. Berita-berita yang dipaparkan ternyata mempertahankan Pakatan Haram dan menghentam UMNO/BN.

Rakyat Selangor harus sedar bahawa akhbar ini diterbitkan dengan menggunakan wang cukai mereka demi untuk kepentingan politik PKR. Sepatutnya, wang berkenaan disalurkan untuk urusan pembangunan negeri dan bukannya untuk membela segala tindakan dan kepincangan Khalid.

Penulis juga tertanya-tanya, adakah akhbar ini diterbitkan dengan kelulusan Kementerian Dalam Negeri? Menteri Dalam Negeri harus ambil serius dengan menyiasat akhbar ini.

Jangan hanya pandai dok bagi amaran dan cakap kita akan siasat. Besok bila dah rakyat pecah belah akibat kewujudan saluran fitnah ni, baru nak ambil tindakan.

Awas rakyat Selangor, propaganda PKR kini cuba mempengaruhi minda anda semua!

sumber- satulimatiga.blogspot.com

No comments:

Post a Comment