Julai lalu, Kartika Sari dijatuhkan hukuman maksimum enam sebatan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku salah minum arak di pusat hiburan di Cherating, pada Disember tahun lalu.
Tetapi, berita hari ini melaporkan Kartika mendakwa penangguhan hukuman sebat sebagai punca beliau berserai dengan suaminya, Afandi Amir.
Kartika, janganlah salah kan orang lain sebagai punca penceraian anda. Jangan salahkan Mahkamah Syariah atau sesiapa saja. Semua ini membabitkan diri anda, suami dan keluarga. Saya percaya, jika iman masih menjadi pegangan, semua ini tidak akan berlaku.
Penangguhan hukuman sebat yang dikenakan terhadap tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk suaminya melafazkan cerai. Perkara itu tak sepatutnya berlaku kerana mungkin ada banyak sebab lain yang mengakibatkan pasangan itu mahu bercerai. Saya percaya penangguhan itu hanya sebagai alasan untuk membolehkan pasangan itu bercerai.
Saya kecewa ramai orang suka mempolitikkan Islam. Jika sebelum ini orang politik suka mempolitikkan hukum Islam, nampaknya ia sudah mula menjalar kepada rakyat biasa. Ini semua sebab orang politik yang mengajar rakyat cara nak mempolitikkan hukum Islam.
Saya kecewa, agama Islam makin diperlekehkan. Nama Allah boleh digunakan sewenang2nya.
Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa Khas) membenarkan majalah Herald-The Catolic Weekly mengguanakan perkataan Allah merupakan satu lagi tamparan kepada Islam di Malaysia dan dunia amnya.
Begitu sekali kalimah suci Allah SWT diperdagangkan. Ini bermakna selepas ini kalimah Allah SWT boleh diletak di gereja, kuil dan mana-mana saja. Harus diingat, nama Allah SWT tidak boleh disamakan dengan nama tuhan agama lain. Ini kerana Allah bermaksud yang Maha Esa dan tidak bersekutu dengan mana benda. Allah yang satu.
Saya merasakan ini satu penghinaan kepada kalimah Allah SWT. Bangkitlah wahai ulama dan pemimpin Islam sekalian. Sampai begitu sekali kita orang Islam dihina. Kepada Majlis Raja,Raja, segeralah campur tangan. Di mana maruah dan nilai umat Islam jika ini dibenarkan berlaku.
Saya sedih, cukup sedih... saya terkilan Melayu, Islam terus menjadi mainan. Melayu Islam akan terus dalam dilema.
takut sgt bila isu macam ni timbul.dan ada lagi pihak y nak putar belit. bende mmg xboleh xbolehla... mengaku la salah,nak lagi bertahan dengan mengeluarkan fakta2 y tak masuk di akal.
ReplyDeleteni ke hadiah dari kerajaan.?????????.yang 'membela ' nasib rakyat sebuah negara ISLAM...Rakyat d dahulukan.pencapaian d utamakan..;)
ReplyDelete