Apabila orang menyebut Umno, ia sebuah parti yang dikaitkan dengan Melayu. Apabila orang sebut Pas pula, orang akan cakap ia adalah parti Islam. Jadi, apa bezanya. Setahu saya, orang dalam Umno itu Melayu dan Islam. Pas pula Islam dan sudah pastinya Melayu.
Jasi, susah sangat ke kedua2nya nak bersatu. Itu antara persoalan yang bermain di benak orang Melayu, terutamanya generasi muda. Saya kesian kan diri saya dan generasi muda hari ini yang semakin keliru oleh senario politik tanah air.
Yang mana satu pilihan hati. Nak ke kanan salah, ke kiri salah dan ke belakang, lagi salah. Yang mana satu pilihan hati...
Kekeliruan ini dinyatakan oleh beberapa kenalan saya. Kenalan saya berkata orang Melayu cintakan Umno, tetapi rasa cinta itu sudah semakin pudar. Tetapi, orang Melayu pun cintakan Pas, tetapi kenalan saya berkata Pas tidak boleh menjadi ketua keluarga kerana tiada hala tuju. Kalau berkahwin dengan Pas, tunggang langgang jadi ketua. Saya bertanya pula kenalan saya itu bagaimana dengan PKR? Kenalan saya itu menjawab PKR lagi tidak boleh percaya. Kalau kahwin dengan PKR, jawab dia terabailah nasib kita semua.
Lalu, saya bertanya lagi kenalan saya itu. Jadi, orang Melayu hendak pilih apa sekarang? Kenalan saya itu hanya menjawab entah... Saya berfikir sendirian. Nampaknya begitu rumit sekali nasib orang Melayu.
Dalam diam itu, kenalan saya bersuara... hanya Umno saja boleh diharap. Itu pun dengan syarat. Saya bertanya kenalan saya itu, apa syaratnya. Kenalan saya berkata syaratnya ialah Umno perlu membuat orang Melayu kembali jatuh cinta kepadanya semula. Bagaimana hendak membuat orang Melayu jatuh cinta itu, terserah kepada kebijaksanaan Umno.
Saya melihat ada betulnya kata2 kenalan saya itu. Umno kena berusaha untuk memastikan orang Melayu kembali jatuh cinta kepadanya. Orang Melayu dalama persimpangan. Terpulang kepada kebijaksanaan pemimpin Umno, Pas mahupun PKR merebut peluang yang ada.
Bagi saya, yang mana satu pilihan hati sekali pun, jangan sehingga menggadai maruah bangsa. Ingat, umat Islam musnah kerana diri sendiri. Saya sayangkan bangsa saya dan saya sayangkan agama saya.
Saya yakin dan saya percaya jalan yang paling tepat ialah mencari titik pertemuan diantara Melayu dan Islam. Saya sanggup mati demi agama bangsa dan negara.
No comments:
Post a Comment