Saya ucapkan takziah kepada keluarga mangsa lemas perahu naga Sekolah Menengah Chung Ling, Pulau Pinang semalam. Sehingga kini 3 sudah ditemui dan 3 lagi masih hilang. Semoga semua mangsa dapat dijumpai dengan segera.
Namun disebalik tragedi yang menyayat hati itu, seperti biasa apabila berlaku tragedi, skripnya adalah sama, iaitu berkait rapat aspek keselamatan. Memang betul kita tidak apa akan terjadi, tetapi kejadian itu mungkin tidak seburuk yang berlaku jika semua pihak menitik beratkan aspek keselamtan. Pihak yang bertanggungjawab tidak perlu lah cakap semua sekolah perlu tingkatkan aspek keselamatan sebab nasi sudah menjadi bubur. Skripnya tetap sama. Bila berlaku tragedi baru semua celik mata, itu salah, ini salah, macam2.
Kalau betul berdasarkan siasatan awal polis dan maklumat mangsa yang terselamat, polis dimaklumkan bahawa ada beberapa pelajar terbabit tidak memakai jaket keselamatan ketika menjalani latihan, ia sesuatu yang mengecewakan.
Siapa yang salah? Kementerian Pelajaran? Pihak sekolah atau siapa? Kita ni selalu macam ini. Bila berlaku tragedi baru semua nak melatah.
Isu pelajar atau pelancong yang tidak pakai jaket keselamatan ini sudah berkurun. Cuba pihak yang bertanggungjawab pergi tengok ke pusat pelancongan yang memerlukan pelancong naik bot atau perahu. Begitu juga dengan pelajar di kawasan tertentu yang guna bot atau perahu untuk ke sekolah. Berapa ramai yang tak pakai jaket keselamatan. Bila berlaku kejadian, mula la semua pihak diarahkan pakai jaket keselamatan. Semua hendak pantau. Tapi, percayalah, saya berani bertaruh, itu semua kejap je. Lepas tu semua buat tidak tau. Ambil lepas tangan. Semua Hangat2 Tahi Ayam.
No comments:
Post a Comment