Bagi generasi muda sekarang, mereka berada dalam dilema. Dilema sama ada untuk memperjuangkan Melayu atau Islam. Generasi muda Melayu keliru. Mana yang penting, Islam atau Melayu. Sudah sangat ke untuk menyatukan Melayu dan Islam. Padahal, kalau kita Melayu, secara automatik kita Islam, melainkan kalau seseorang Melayu itu murtad. Nauuzubillah!
Kalau masuk Umno, dikatakan hanya memperjuangkan Melayu sahaja. Masuk Pas pula dikatakan hanya memperjuangkan Islam. Golongan muda Melayu terus keliru.
Jadi, yang mana penting. Sebenarnya kita dikelirukan oleh sesetengah pihak yang kononnya pejuang bangsa dan seorang lagi pejuang agama. Sukarkah untuk menjadi pejuang agama dan pada yang sama pejuang bangsa.
Saya melihat kita ramai pejuang Melayu dan juga pejuang Islam. Tetapi, agak sukar untuk mencari pejuang Islam dan Melayu. Ramai yang pejuang bangsa, tetapi abaikan agama dan ramai yang pejuang agama, tetapi tidak ambil berat tentang bangsa.
Sebenarnya, kita orang Melayu masih tercari-cari pejuang kedua2nya dan orang Melayu makin keliru antara perjuangan bangsa dan agama. Sebelah pihak terlampau memperjuangkan bangsa sehingga sanggup gadaikan agama dan sebelah pihak lagi terlampau memperjuangkan agama sehingga gadaikan bangsa. Kita terus keliru dengannya sedangkan Melayu dan Islam sudah ditakdirkan bersatu. Tetapi kita yang menyusahkannya dan membuatkannya terpisah.
Kenapa kita sukarkan keadaan. Bukankah Islam dan Melayu harus bersatu. Jangan kerana kepentingan politik, kita pisahkannya. Kelak Melayu dan Islam yang rugi. Saya sedih, orang Melayu yang beragama Islam terus keliru dan dikelirukan.
No comments:
Post a Comment