Tuesday, January 5, 2010

Saya sayang Umno, tidak benci Pas, tetapi menyampah PKR

Saya dibesarkan dalam keluarga Umno. Ayah dan mak saya penyokong kuat Umno. Saya diberitahu oleh ayah saya, Arwah datuk saya pun penyokong kuat Umno. Kata ayah saya Umno banyak jasa dan sebagai seorang bekas askar, ayah saya kata banyak manfaat yang dia perolehi semasa berkhidmat dan selepas bersara.
Apa yang ayah saya kata ada betulnya. Semasa dia berkhidmat dalam tentera, macam2 elaun dia dapat. Masa saya kecil, saya tengok kerja askar hanya berlatih berperang saja dan kadang2 ayah saya tinggalkan saya seminggu untuk berkursus atau masuk hutan. Walaupun kerjanya nampak senang, tetapi saya tengok apabila ayah balik, dia nampak letih. Katanya bukan senang untuk menjadi seorang askar. Nampak senang, tetapi hakikatnya susah dan banyak tanggungjawab.
Selepas dia bersara, ayah saya banyak buat kerja2 kampung. Macam2 pokok dia tanam. Saya bertanya kenapa rajin sangat, dia cakap dia boring duduk jer. Katanya tidak biasa duduk diam. Tapi, sejak setahun dua ni kesihatannya tidak mengizinkan. Badan2 asyik sakit2. Kata saudara saya yang juga seorang pesara tentera, katanya itu perkara biasa kalau sakit2 apabila seorang seseorang askar pencen, sebab masa mudanya badan asyik dilanyak. Katanya, kalau tidak dilanyak, bukan askar namanya. Bila2 difikir, ada betulnya juga kalau takut dilanyak, baik tak payah masuk askar. Macam ada dua tiga kes yang kita dengar sebelum ini, kena ragging sikit, dan report. Kalau takut kena ragging, kena sepak terajang, tak payah masuk askar, jadi tukang masak jer. Tak sakit badan tu.
Baru-baru ini ayah saya baru lepas membuat pembedahan untuk membuka saluran jantungnya. Saya pun tidak faham maksudnya ikut bahasa perubatan. Apa yang saya tahu untuk membuka saluran jantungnya. Kosnya pun belas2 ribu. Saya pun lupa bil kos perubatan yang sampai di rumah baru-baru ini. Tapi, seingat saya kosnya tidak kurang dari RM11k. Alhamdulillah, semuanya ditanggung oleh Kementerian Pertahanan.Begitu, juga dengan kos ubat2 untuk tempoh setahun, kosnya pun ribu2.
Saya bersyukur, baiknya kerajaan kita dalam menjaga bekas2 askar dan saya yakin semua bekas pesara tentera menerima kemudahan dari kerajaan. Saya tahu sebab ayah saya selalu cerita rakan2nya yang juga pesara tentera menerima layanan yang sama dari Kementerian Pertahanan.
Sebab itu, kalau orang cakap kerajaan tidak menjaga rakyat, Umno penipu, itu hanya dakyah politik pembangkang yang hanya tahu mencari keburukan kerajaan. Memang kerja pembangkang hanya tahu mencari keburukan, tidak pernah sekalipun melihat kebaikan. Sebenarnya, itulah lumrah dunia, buat baik orang tidak nampak, tetapi sekali buat jahat, sampai bila2 pun jadi buah mulut orang. Orang yang buta hati, biasanya hanya tahu melihat keburukan tanpa sekali pun melihat kebaikan.
Kalau betul pembangkang cakap kerajaan Umno, BN rasuah, negara kita tidak akan membangun macam sekarang, negara kita akan terus mundur macam banyak negara dunia ketiga lain. Saya tidak mahu sebut mana2 negara yang mundur kerana rasuah, tetapi kawan, rakan dan sahabat boleh fikir mana negara yang terus mundur kerana rasuah.
Tapi, Malaysia Alhamdulillah, kita masih terus membangun dan sedang menuju menjadi negara maju.Bohong kalau dikatakan tiada rasuah langsung. Saya akui, rasuah tetap berlaku, tetapi ia masih terkawal. Kalau tidak terkawal sudah tentu saluran air tiada, eletrik di kampung2 tiada dan semua kemudahan asas kena berkongsi.
Malah, kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2009 yang dikeluarkan Transparency International (TI) Malaysia merosotdaripada tangga ke-47 tahun lalu kepada tangga ke-56 tahun ini tidak boleh dijadikan ukuran.
Kita tidak tahu sejauh mana tepat kaedah yang diguna pakai untuk menilai CPI itu. Selain itu adakah betul penilaian itu tidak dipengaruhi sebarang sentimen? Yang saya tahu, rasuah di Malaysia masih terkawal dan saya yakin usaha kerajaan untuk membanteras rasuah sekarang ini akan memperkukuhkan kedudukan Malaysia selaku antara negara yang tegas dalam memerangi rasuah.
Kalau pembangkang memerintah pun, belum tentu rasuah akan terhapus. Entah2 lebih terus lagi rasuah yang berlaku. Kadang2 orang ni tahu bercakap jer, tengok2 bila memerintah lagi tunggang langgang jadinya negara ini. Tambah2 kalau diperintah oleh orang tertentu yang saya sendiri meragui semangat patriotiknya. Saya tidak mahu menyebut nama2 itu tetapi saya percaya rakan, kawan dan sahabat saya boleh memikirkannya.
Saya yakin, ramai sayangkan Umno dan tidak mahu Umno berkubur dan menjadi sejarah seperti bendera `Union Jack' yang diturunkan ketika negara mengecapi kemerdekaan dan
menjadi bahan sejarah untuk generasi seterusnya.
Walau apapun tragedi dalam dunia politik tanah air, banyak pihak yakin dan masih percaya generasi muda hari ini masih sayangkan sejarah perjuangan Umno. Umno bukanlah parti diwujudkan kerana kekecewaan individu tertentu, sebaliknya sebuah parti yang sudah terbukti banyak berjasa kepada negara dan kaum Melayu.
Cuma, mungkin sejak akhir-akhir ini Umno semakin alpa dan bongkak sehingga menimbulkan ketidakpuasan di kalangan golongan muda. Dalam konteks ini, tidak salah jika Umno merenung seketika daripada terus melangkah dan kembali menoleh terhadap sejarah perjuangan parti sebelum ini yang mungkin semakin menyimpang daripada perjuangan sebenar.
Sejarah Umno bukanlah lama sangat, baru saja melepasi 60 tahun usianya. Percayalah, orang Melayu bukannya bencikan Umno, tetapi hanya menolak`seketika' parti itu dalam pilihan raya umum lalu sebagai memberi satu pengajaran atau mesej. Bak kata orang `marah-marah sayang'.
Walau apa pun, saya sayangkan Umno, Umno banyak berjasa dan tidak baik kita lupakan jasanya. Paling tidak pun, ucaplah terima kasih walau ada yang membencinya.

1 comment:

  1. salam..saya sangat bersetuju dengan saudara. saya juga antara salah seorang rakyat yang sangat sayangkan umno. jika Malaysia hanya ada dua parti iaitu umno dan Pkr saya tak akan pilih pkr sebab diorang lagi teruk daripada umno.pemimpinnya sendiri pro-amerika.

    ReplyDelete