Saya tertarik dengan program Juara Rakyat yang dilancarkan baru-baru ini. Jika dilihat itu satu lagi bukti kerajaan prihatin dan bersungguh untuk membela nasib rakyat. Sejauh mana kesungguhan kerajaan menunaikan janji dan melaksanakan amanah rakyat akan dilihat dalam tempoh jangka panjang.
Matlamat program itu sangat cantik seperti digariskan Perdana Menteri, DS Najib Razak. Sekarang, bagaimana program itu dilaksanakan dan keberkesanannya hingga akar umbi terletak ditangan pemimpin2 lain dikalangan kerajaan. Kalau barisan pemimpin kerajaan dan ahli2nya ikhlas tanpa ada penyelewengan, InsyaAllah, rakyat akan merasa nikmatnya. Saya percaya, rakyat tidak mahu lagi dengar macam2 program, tapi rakyat akar umbi tidak sedikit pun merasa tempiasnya.
Saya berharap, DS Najib dapat pantau perkara ini dan jangan ada lagi pengkhianat rakyat yang tidak menyalurkan peruntukan kerajaan pusat kepada sasaran akar umbi. Saya yakin DS Najib sedar perkara ini. Kita tidak mahu terjadi lagi seperti sebelum ini pengkhianat rakyat yang menelan duit rakyat sebelum ia sampai ke akar umbi.
Kita tidak mahu mendengar keluh resah lagi dan rakyat menyalahkan kerajaan atas apa yang berlaku kepada mereka. Sudah pasti akan ada suara sumbang yang akan mempertikaikan perkara dan mengatakannya adalah propaganda kerajaan. Saya percaya kerajaan sudah bersedia berdepan tentangan ini. Tetapi, saya berharap kerajaan akan meneruskan niat murni seperti yang digariskan.
Bagaimanapun, sebagai masyarakat yang matang, kita tentunya sedar bahawa tuduhan itu tidak berasas. Juara Rakyat lahir daripada hasrat kerajaan untuk memikul amanah yang diberikan rakyat dengan sebaik-baiknya.
Pada pandangan saya, dalam melaksanakan program Juara Rakyat, diharap tidak ada lagi kenaikan harga gula dan bahan keperluan pengguna lain, termasuk minyak. Rakyat Malaysia sangat sensitif tentang kenaikan harga barangan walaupun 10 sen. Nilai 10 sen sangat besar nilainya bagi rakyat bahawan seperti saya dan lebih separuh rakyat Malaysia. Jika benar desas desus kerajaan akan menaikkan harga minyak pada pertengahan tahun ini, fikirlah sedalam2nya. Fikirkan formula yang tidak menjejaskan rakyat bahawan. Kita tidak mahu jurang kekayaan antara rakyat semakin membesar. Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin. Jagalan hati rakyat dan dengarlah suara dan degup jantung mereka. Dekati rakyat dan selami apa yang terbuku di hati rakyat.
Mungkin Umno dan BN sudah berubah dan pelbagai perubahan dan program yang disusun sebelum ini, termasuk program Juara Rakyat sebagai bukti keinsafan BN terhadap isyarat dan teguran yang diberikan rakyat dalam pilihan raya umum lalu. Aktiviti yang disifatkan program terpenting Umno dan kerajaan sepanjang tahun ini, membabitkan semua 191 bahagian dalam usaha mendekatkan pemimpin dan ahli Umno dengan rakyat sangat dialu-alukan. Yang pasti rakyat akan memerhati akan kesan dan manfaatnya. Jika berjaya, maka InsyaAllah, rakyat akan bersorak gembira dan menerima perubahan Umno dan jika sebaliknya, tepuk dada tanya selera.
Namun, hati kecil saya khuatir, bimbang akan adanya pengkhianat rakyat. Saya khuatir akan ada pengkhianat rakyat yang akan mengambil kesempatan dengan menyeleweng amanah yang diberikan oleh kerajaan untuk berbakti terhadap rakyat. Kepada barisan kepemimpinan tertinggi parti dan kerajaan, tinjau2 lah dan berhati2 dengan pengkhinat rakyat ini.
Ibarat gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut, golongan pengkhianat rakyat ini walau bilangannya amat kecil, tapi kesannya sangat besar dan boleh musnahkan apa yang Umno bina selama ini.
No comments:
Post a Comment