Sunday, January 3, 2010

Kawan, Rakan dan Sahabat

Andai saya berkuasa dan terdaya, saya akan turuti permintaan setiap insan di dunia ini. Namun, saya hanyalah insan biasa yang menumpang di dunia ini. Saya tiada apa-apa dan saya hanya mampu membantu sedaya upaya jika ada yang meminta pertolongan, selebihnya ketentuan Allah SWT. Saya bukanlah seorang yang suka mengecewakan kenalan. Saya tahu diri saya, dan saya bukanlah insan yang suka menghampakan seorang kenalan.
Tetapi, lumrah dunia, jika kita tiada apa2, tiada siapa akan pandang. Tapi, aku yakin selagi kita ikhlas dalam setiap perkara yang dilakukan, Allah akan bersama kita. Andai saya menghampakan kenalan saya itu, hanya maaf yang mampu diminta. Saya tahu dia dalam kesusahan, dan saya sudah membantu apa yang terdaya. Saya hanya insan lemah, tidak bisa merubah apa yang terjadi.
Saya berharap kita berkenalan bukan kerana sesuatu. Saya tidak mahu kita anggap seseorang itu kenalan bila kita rasakan adanya kepentingan. Aku mencari seorang kenalan yang ikhlas dan bukan hanya untuk kepentingan. Aku mencari kenalan yang muncul di saat susah dan senang.
Saya ada beratus kenalan, namun dalam beratus kenalan itu, ada yang bergelar kawan, rakan dan sahabat. Kepada kenalan saya, maafkan jika sepanjang perkenalan kita, saya ada membuat salah dan mungkin tidak dapat memenuhi permintaan yang diharapkan.
Anggaplah saya sahabat jika masih ingin terus bersahabat. Jika ingin bersahabat dengan saya, anggaplah saya seorang sahabat dan mudah2 an saya akan tolong selagi termampu. Tapi ingat, saya hanyalah insan lemah dan hina yang menumpang di dunia milik Allah SWT ini.
Saya hanya mempunyai beberapa orang sahabat, tetapi ada beratus kawan dan rakan.

No comments:

Post a Comment