Siang tadi, selepas Jumaat terdapat banyak perhimpunan Aman bagi membantah penggunaan pekataan Allah. Perhimpuan berlaku di seluruh negara. di Ibu Kota, perhimpunan secara aman berjalan di Masjid Negara dan Masjid Kampung Baru.
Saya berada di Masjid Negara ketika berlangsungnya perhimpunan itu. Jumlah mereka yang berkumpul kira2 1,000 orang. Menurut kenalan saya, jumlah di Masjid Kampung Baru pula hampir 2,000 orang.
Saya hanya memerhatikan dari jauh dan saya ternanti2kan apakah akan berlaku seterusnya. Tidak lama selepas itu keluar wakil orang Melayu dan Islam untuk memberikan ucapan. Ucapannya jelas semangat sambil dilaungi dengan takbir Allahuakbar.
Saya tertarik dengan ucapannya. Ucapannya penuh dengan nasihat dan rayuan. Rayuan yang paling menusuk kalbu saya bagaimana beliau menyeru umat Islam supaya bersatu. Apa yang berlaku hari ini adalah silap orang Islam itu sendiri. Melayu berpecah dan sudah pasti Islam berpecah.
Saya melihat suaranya mula tersekat2. Saya dapat meliaht dia menyapu air matanya. Dalam sebak, dia terus melaungkan kata2 semangat yang mahu orang Melayu bangkit kembali dan jangan berundur dari bumi Malaysia selagi hyat dikandung badan.
Ketika itu, saya melihat ramai orang Melayu dan Islam yang berada di situ mengesat air mata. Saya hanya menahan sebak di dalam dada apabila melihat keadaan itu. Adakah air mata orang Melayu itu ialah air mata penyesalan kerana kesilapan diri sendiri.
saya dapat melihat semangat orang Melayu ketika itu. Saya bangga walaupun jumlah yang hadir tidak ramai, sekurang2nya masih ada Melayu yang sedar dan mahu bangkit. Saya percaya, Melayu akan bangkit menguasai politik kembali, walaupun tidak ekonomi.
Orang Melayu dan Islam cintakan keamanan dan orang Melayu tidak pernah menghalang mana2 kaum dan agama menunaikan tuntutan agama masing-masing. Kejadian beberapa gereja dibaling bom api dianggap kemuncak kepada perkara yang berlaku. Seharusnya kejadian itu memberi pengajaran jangan bermain api. Kita tidak tahu siapa yang melakukannya. Mungkin ada pihak ketiga cuba mengambil kesempatan dari kekeruhan yang berlaku.
Sungguhpun masih ada ruang rayuan, namun keputusan ini menunjukkan satu isyarat kepada orang Melayu dan Islam bahawa segala status quo orang Melayu dan agama Islam di negara ini boleh berubah pada bila-bila masa.
Puncanya satu, iait apabila ada orang Islam sendiri menjadi pengkhianat dan menyokong kumpulan yang mahu melemahkan kedudukan Islam di negara ini.
Ingatlah, orang Melayu boleh berbeza fahaman politik asalkan bersatu menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara. Malangnya, saya melihat perkara ini tidak berlaku hari ini.
Ingatlah, kejatuhan banyak kerajaan Islam dulu bermula seperti apa yang berlaku di negara kita apabila Islam bergaduh sesama Islam. Kita berpecah sebab adanya fitnah menfitnah, dengki mendengki dan mcam2 lagi sifat syaitan.
Semua yang berlaku kerana hasutan kaum kafir seperti yang disebar oleh kaum munafiq seperti dalam perang Siffin.
Kepada semua orang Melayu dan Islam, ingatlah apa yang berlaku hari ini adalah isyarat untuk kita berhenti bergaduh kerana perkara2 yang bodoh dan tidak masuk akal. Kita bergaduh dengan perkara yang langsung tidak memberi manfaat.
Kita selalu sangat mengalah dan berlembut hati. Kita hanya tahu bercakap tidak apa dan biarkan saja.
kita selalu sangat terpedaya dengan laungan keadilan, demokrasi, meritokrasi sehingga tidak sedar bahawa laungan-laungan tersebut digunakan untuk membantu kumpulan tertentu mendapat kuasa tetapi melemahkan kedudukan kita sendiri.
Tindakan menterjemahkan perkataan God kepada Allah, bukannya Tuhan seperti sepatutnya, ialah satu usaha secara terang2an untuk memecah belah umat Islam dan tanda awal mencabar kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di negara ini.
Untuk umat Islam di negara ini yang kononnya berfikiran liberal kerana kuasa yang mereka nikmati hari ini, ingatlah firman Allah,
"Katakanlah wahai Muhammad: Hai orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku." [Al Kaafiruun]
Carilah titik pertemuan itu dan saya percaya kita akan berjumpa jalan yang sama untuk menuju kejayaan di dunia dan akhirat. Melayu dan Islam, ibarat irama dan lagu. Tidak boleh dipisahkan.
No comments:
Post a Comment