Sunday, January 17, 2010

Antara Raja Petra, Spiderman dan Mohamad Tasyrif

Rakyat Malaysia tertarik dengan kes pelajar Akademi Seni Budaya, Warisan dan Kebangsaan (Aswara) yang memberi komen berhubung isu kalimah Allah dan cubaan membakar gereja di laman sosial Facebook.
Pelajar itu sduah didakwa di Mahkamah Sesyen dua hari lepas atas tuduhan berniat untuk mengganggu dan mengancam orang lain.
Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, dituduh menggunakan aplikasi internet itu secara sedar untuk memberi komen dalam laman Fa cebook dengan niat untuk meng ganggu orang lain dengan meng gunakan akaun pengguna, Shah rul Maizam, dengan menulis “ke nak aku baling bom petrol di sana plak?... harga boleh runding...”
Ramai kenalan saya bersetuju dengan tindakan hukuman itu. Ramai pula yang bertanyakan bagaimana dengan Raja Petra yang gunakan blognya untuk menghentam semua yang kerajaan buat. Kadang2 penulisan Raja petra itu jelas menggugat keharmonian negara.
Bagi saya itu adalah dua kes yang berbeza. Kes Mohamad Tasyif boleh dianggap kes budak nakal yang cuba bergurau tanpa ada sebarang niat jahat pun. Manakala kes Raja Perta adalah kes besar yang tindakannya penuh dengan strategi dan tipu muslihat, selain kemungkina di sokong oleh pihak tertentu.
Kenalan saya jua menimbulkan persoalan pihak berkuasa kadang2 lebih menumpukan benda2 yang kecil. Kenalan saya itu juga membangkitkan kes warga Perancis, Alain Robert Philippe, 47, yang terkenal kerana gemar memanjat bangunan pencakar langit hingga mendapat jolokan `Spiderman'. Kes Spiderman yang menceroboh serta memanjat Menara Berkembar Petronas September tahun lalu tanpa kebenaran harus dilihat dalam konteks menyeluruh.
Kenalan saya berkata bagaimana begitu mudah spiderman itu memanjat Menara Berkembar sehingga sampai ke puncak. Kalau mercu tanda negara itu mudah diceroboh apatah lagi bangunan2 penting negara lain.
Ketiga2 kes itu saling berkait dan memerlukan pihak berkuasa meneliti dengan lebih mendalam. Tahniah kerana kecekapan pihak berkuasa cepat menghentikan gurauan Mohamad Tasyrif. Namun, rakyat mengharapkan pihak berkuasa dapat segera memberkas Raja Petra yang secara jelas mencabar kerajaan dan rakyat di negara ini.
Saya dan yakin ramai lagi rakyat Malaysia berharap Raja Petra dapat dicari walaupun sehingga ke lubang cacing.
Dalam masa yang sama, kes Spiderman menakluki Menara Kembar Petronas tidak harus berulang lagi. Sepatutnya pihak berkuasa sudah menyedari bahaya yang bakal timbul kerana Spiderman itu pernah mencuba menaklukinya pada 1997 dan 2007, namun gagal.
Saya dan seluruh rakyat Malaysia ingin tinggal dalam sebuah negara yang selamat tanpa ada sedikit pun timbulnya keraguan mengenai tahap keselamatan negara ini.

No comments:

Post a Comment