Saturday, January 23, 2010

Kaitan GERAK Malaysia dan DSAI

Saranan Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak Malaysia) yang menggesa agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan seorang penulis buku antarabangsa Barry Wain, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, bahawa sepanjang pentadbiran 22 tahun mantan perdana menteri keempat hampir sebanyak RM 100 bilion dibazirkan dan termasuk berlakunya rasuah hanya cadangan yang membuang masa.
Selain itu, Gerak juga menggesa agar siasatan suruhanjaya diraja itu nanti melibatkan dakwaan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap mantan perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi yang melibatkan penggunaan wang bernilai RM270 bilion dalam masa lima tahun.
Saya pun tidak faham apa motif Gerak itu. Lagi pun, kalau tidak salah saya, Mohd Nazree Mohd Yunus pengerusi Gerak Malaysia itu pun terang-terangan orang suruhan DSAI. Mestilah suruh siasat Tun M dan Pak Lah. Kenapa Gerak tidak cadangkan juga siasat DSAI. Jadi, jangan lah cakap banyak. Cadangan Gerak itu penuh dengan dendam dan lebih kepada agenda peribadi untuk menidakkan sumbangan Negarawan seperti Tun M.
Gerak turut menggesa siasatan yang adil perlu dilakukan bagi mengembalikan nilai kredibiliti kepimpinan negara dan kedudukan Malaysia dalam tangga indeks persepsi rasuahnya yang jatuh pada tangga ke-57 pada tahun lalu.
Perlu ke kita percaya bulat2 persepsi indeks rasuah itu. Ketelusannya perkiraan indeks rasuah sesebuah negara pun boleh diragui. Kalau betul Malaysia rasuah, kita tidak akan hidup macam hari ini.
Buku tulisan Barry Wain, Malaysian Maverick : Malaysian In Turbulant Times cuba untuk menghasut rakyat Malaysia dan orang Melayu untuk menidakkan jasa Tun Dr Mahathir. Lebih ketara, pengarang sengaja memperlekeh kepimpinan Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri Malaysia keempat dengan dakwaan sentimen melulu dan menimbulkan fakta sejarah yang mengelirukan.
Mahathir didakwa memerintah selama 22 tahun secara kuku besi (diktator) dan membazirkan duit rakyat sebanyak RM 100 billion dengan pelbagai projek mega yang dikatakan kononnya tidak menguntungkan dan memberi faedah kepada rakyat.
Rakyat fikirlah sendiri. Benarkah semua projek Mahathir membazirkan duit negara dan rakyat Malaysia. Apakah projek KLCC, Menara KL, Lebuh raya PLUS, KLIA, MSC, Putrajaya, Cyberjaya, Proton, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan banyak lagi itu tidak memberi faedah kepada rakyat dan negara.
Saya lihat banyak unsur unsur halus dan terancang untuk memalukan orang Melayu, Umno dan kerajaan Malaysia. Kepada kerajaan, jangan dilayan penulis buku yang gila itu. Nampak sangat ada usaha untuk memecah belahkan negara dan sengaja memperlekeh kepimpinan Tun Dr Mahathir.
Siapa dibelakang Barry itu? Adakah beliau sengaja mencetuskan isu yang konterversi supaya rakyat boleh membenci Mahathir sekaligus pemimpin Melayu dan negara ini? Kalau betul Barry berniat jahat kerajaan perlu berhati2 dengan agendanya. Siapakah yang mengupah Barry untuk mensabotaj pemimpin dan negara ini
Kepada rakyat Malaysia dan orang Melayu, berhati2lah dengan anasir jahat yang cuba menyelinap masuk ke negara kita. Belajarlah dari kesilapan yang kita lakukan. Ini padahnya apabila orang Melayu menjadi lemah dalam politik dan bercakaran sesama sendiri.
Entah2 Gerak pun ada agenda tersembunyi. Mana kita tahu. Ada udang disebalik batu. Jangan jadi bodoh mengikut rentak permainan pihak asing yang hanya mahu lihat Malaysia jadi huru hara.

No comments:

Post a Comment