Andai saya tahu saya akan berdiam diri sahaja. Andai saya tahu saya tidak akan merajuk. Andai saya tahu saya tidak akan membebel. Andai saya tahu saya tidak akan marah. Andai saya tahu saya tidak akan memberontak. Andai saya tahu saya tidak akan melatah. Andai saya tahu saya tidak akan bermain dengan api. Andai saya tahu saya tidak akan mengamuk. Andai saya tahu saya tidak akan melenting. Andai saya tahu saya tidak akan bakar kelambu... Semuanya andai saya tahu. Andai saya tahu semua apa yang akan berlaku sejak akhir-akhir ini, saya tidak akan mengundi pembanagkang.
Itu adalah sms yang saya terima dari seorang kenalan saya yang saya kenal sejak sekolah dulu. Sms yang saya terima buatkan saya terfikir. Sms kenalan saya itu penuh dengan perkataan 'andai'. Adakah perkataan `andai' itu juga berlegar di fikiran semua orang Melayu sekarang. Entahlah. Saya lihat negara sekarang walaupun pada zahirnya aman damai, namun batinnya penuh dengan pergolakan. Pergolakan yang dicetuskan oleh sesetengah individu yang suka melihat negara kucar kacir.
Tetapi, saya yakin dan saya percaya rakyat Malaysia bijak menepis semua cubaan sesetengah pihak yang bencikan keamanan antara kaum dan agama yang wujud sejak sekian lama di negara kita. Saya sayangkan Malaysia dan saya yakin 99 peratus rakyat Malaysia cintakan keamanan.
Namun, fitrah manusia, kita hanya mampu mengandai dan meneka saja. Semuanya ketentuan Allah swt. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jangan kerana guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. Hidup ini penuh dengan andaian dan teka teki. Silap percaturan, merana diri.
No comments:
Post a Comment