Wednesday, September 8, 2010

Zaid Ibrahim baru terjaga dari mimpi…

Sayang sikit orang yang nampak bijak,hebat dan bergaya macam Datuk Zaid Ibrahim boleh termimpi ingat politik ini ibarat Hikayat 1001 Malam .Semuanya dalam Parti Keadilan Rakyat itu indah belaka dan kisahnya selalu membawa kepada happy ending .

Kata orang dah kena baru tau langit tinggi rendah.Malah ada yang sinis menyindir kata bekas menteri itu patut merasa dirinya lampin@tuala pakai buang.Mau pampers untuk kanak-kanak atau jenama kotek untuk wanita.

Jangan marah Datuk.Ini tafsiran mereka yang nakal sikit dibuat dari hasil kenyataan Datuk sendiri yang meluah rasa dalam lamam blognya tentang nasib menimpanya dihentam kiri kanan bila umum nak bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.

“Semasa saya diterima masuk setahun dahulu saya digelar wira, seorang yang berani dan berprinsip, pejuang politik yang tidak mementingkan jawatan dan kedudukan,”

“ Dua belas bulan kemudian saya sudah menjadi orang yang tidak setia, pengacau dan akan menjual parti kepada UMNO. Tuduhan terhadap peribadi saya juga ditingkatkan. Teringat saya semasa di Hulu Selangor dulu, cuma masa itu UMNO yang membelasah saya,” kata Zaid.

Berat kalau difikirkan begitu.Apa lagi baru saja memuja itulah parti yang terbaik untuk dirinya.

Siapa yang tidak geram kalau waktu ‘nak pakai’ macam jadi calon PKR Hulu Selangor dulu ditimang dan dijunjung dan tiba-tiba segala macam peluru dan meriam dihalakan padanya bila nak bertanding.

Lebih mengaibkan selepas berhijrah ke dalam PKR Zaid rajin mencerca UMNO,tempat lama beliau berteduh hingga menikmati jawatan menteri.

PKR dan pakatan rakyat dirasanya dapat menjadi wadah idealisma tentang perjuangan politik yang mengikut kayu ukurnya.

Zaid juga selalu mengambarkan dirinya seorang yang tidak gila jawatan dan ingin menghambakan diri untuk perjuangan politik yang mulus.

Kalau itulah pengikat diri sebenarnya beliau tidak sepatutnya merasa macam orang yang nak ‘di nyah buang’ bila nak cuba potong jalan Azmin Ali, anak emas Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengidam jawatan Timbalan Presiden PKR.

Ramai pemerhati politik yang pelik melihat Zaid ‘ meletup’ hingga meluah rasa dalam laman blognya tentang kemungkinan mengalami nasib macam bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba yang dibentis oleh Anwar semasa pemilihan UMNO tahun 1993.

Satu – siapa Zaid dalam PKR.Beliau baru saja masuk parti itu.Dua – kenapa beliau letak dirinya satu level dengan Ghafar .Tiga - hebat mana Zaid hingga merasa beliau paling layak untuk jawatan Timbalan Presiden PKR.Empat- beliau tak sedarkah siapa jantung hati Anwar.

Apakah Zaid terpengaruh dengan analisis sesetengah media yang awal-awal letak dirinya sebagai orang yang paling layak mengetuai PKR dan juga pakatan rakyat jika Anwar kena dalam kes liwatnya?

Juga apakah beliau sudah termakan atau silap tafsir signal dan dendangan politik Anwar hingga merasa ‘ akulah orangnya’.

Dari sudut pandangan mata kasar ada kalangan pemerhati yang menilai Zaid sudah silap langkah untuk memandang rendah pada Azmin.

Politik membuka kepada segala macam kemungkinan,Apa lagi Azmin sudah main silat gayung dalam PKR sedangkan Zaid baru silat pulut.

Namun menyingkap balik sejarah naluri Zaid untuk bertanding merebut jawatan tinggi sudah terserlah sejak beliau dalam UMNO lagi.

Pada tahun 2004 beliau hanya berstatus seorang Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu.

Waktu itu tidak ada siapa yang berani bertaruh beliau boleh menang salah satu dari tiga jawatan Naib Presiden UMNO.

Biasanya hanya mereka yang berjawatan menteri yang berani cuba nasib.

Zaid tetap Zaid.Beliau redah juga menawarkan diri…dan semua orang tahu akhirnya terkangkang nombor corot dari enam calon yang bertanding.

Kalau mengambil kira lauhan rasanya kena fitnah segala macam termasuk dituduh jadi agen Tun Daim Zainuddin untuk rosakan PKR dari dalam nampaknya parti itu juga tidak menepati citarasa Zaid yang kononnya begitu idealis sekali.

Kata orang selagi tidak kacau daun dan pijak kaki sesiapa semuanya akan tepuk bahu dan urut belakang.

Bila masuk bab kuasa politik si polan itu dan si polan, ini kata orang putih... its a different ballgame .

Mungkin juga Zaid boleh buat-buat bodoh tanya terus kepada Anwar atau Azmin kenapa PKR tiba-tiba jadi bertaring begini.

Siapa tahu mungkin Anwar boleh bisik untuk memberi pedoman tentang etika berpolitik...jangan lawan tauke.

Itu lebih baik dari kena sembur ‘ hello bro … you buka parti sendirilah” - Dipetik daripada Agenda Daily

No comments:

Post a Comment