Perkembangan rasis yang makin menarik. Seorang Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai, Puan Siti Inshah Mansor didakwa membuat kenyataan rasis dengan mengatakan murid Cina sebagai pendatang(ada yang mengatakan balik ke China) dan murid India yang memakai gelang sebagai seperti anjing.
Sebanyak 17 laporan polis telah dibuat dan beliau bakal didakwa di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Lim Kit Siang mendesak beliau dipecat, Chua minta beliau di tukar kepada kerja-kerja kurang penting sahaja. Baca sini.
Ini satu lagi episod yang memalukan. Rasis, atas nama apapun memang wajar diselar. Isunya adalah bagaimana sesuatu golongan itu memainkan sentimen dan menuntut 'keadilan'. Apabila Namewee menghina Negaraku, Islam dan bahasa Melayu, Lim Kit Siang berlembut dan sedikit mempertahankan pemuda berusia 24 tahun itu. Namewee juga memprovokasi kemarahan orang Melayu tetapi kerana dia Cina pejuang keadilan seperti Lim Kit Siang tidak minta dia dihukum dengan keras. Dua tindakkan rasis, dua penilaian berbeza, dua spin yang berbeza dan dituntut 'keadilan' yang berbeza.
Selepas beberapa bulan, Kerajaan Malaysia sendiri sudah melupakan tindakkan tidak patriotik Namewee, apa lagi orang Melayu. Sepatutnya beliau dilucutkan kerakyatannya. Tapi itulah 'keadilan' orang Melayu, suka menghukum bangsa sendiri untuk memuaskan hati kaum lain.
Datuk Ahmad Ismail juga menjadi mangsa 'polisi' ini. Beliau digantung selama 3 tahun dari memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera kerana membuat kenyataan berdasarkan fakta kaum Cina keturunan pendatang. Aneh, UMNO dari Presiden hingga ke Ketua Pemuda tidak menuntut apa-apa tindakkan kepada Presiden MCA baru-baru ini selepas Chua minta dihapuskan kuota 30% ekuiti bumiputera.
Hanya Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyidin Yasin 'berbalas pantun' dengan Chua, tapi selepas itu tidak ada 'suara keras' dari UMNO. Pergerakan Pemuda lebih berminat mendesak kerajaan menghukum Siti Inshah dari bangkit mempertahankan Timbalan Presidennya.
Datuk Nasir Safar didesak untuk meletakkan jawatan kerana membuat kenyataan yang juga rasis. Pemimpin HINDRAF yang memburuk-burukkan nama baik Malaysia tidak pula ditarik kewarganegaraannya. Dua kesalahan, hanya Melayu perlu dihukum. Ultra kiasu tidak akan puas. Saya mengesyaki mereka akan menuntut lebih banyak 'darah' Melayu yang dilabelkan rasis hingga Melayu dalam ketakutan. Rasis memang menjijikkan, tetapi hukuman yang double standard yang saya persoalkan.
Melayu lain hanya diam, kerana mudah lupa. Cina dan India mempunyai ingatan yang lama. Peristiwa Siti Inshah ini akan menjadi 'modal' mereka hingga ratusan tahun nanti, Percayalah.
Kenapa kalau Melayu bersuara kita dituduh rasis dan macam-macam lagi. Tatapi Cina dan India bersuara tidak mengapa??? Apa ni? Mana adil macam ini. Orang Melayu sudah puas mengalah dan Melayu tidak akan mengalah lagi!
Ramai dari kita tidak tahu tentang kematian seorang pekerja UMNO bernama Kasim bin Omar telah dibunuh oleh orang Cina dari Parti Buruh pada 24 April, iaitu tidak sampai sebulan sebelum 13 Mei. Allahyarham juga telah disimbah mukanya dengan cat merah. Pemimpin UMNO mengkebumikan beliau secara senyap-senyap kerana bimbang berlaku rusuhan kaum. Rusuhan tetap berlaku pada 13 Mei 1969 apabila Parti DAP dan Gerakan menang dan keterlaluan menghina Melayu.
Saya rasa tidak ramai orang Melayu yang mengingati Allahyarham. Mari kita baca Al Fatihah buat beliau. Baca juga talkin untuk kuasa Melayu yang kian terhakis, malap dan bakal berkubur.
Al Fatihah.
No comments:
Post a Comment