Wednesday, August 11, 2010

Gaji Ahli Majlis PBT di Selangor RM100K seorang

GILA-RM100 Ribu Gaji Setiap Ahli Majlis PBT Selangor Wang Hasil Keringat Rakyat Selangor!!!

Maklumat yang baru di terima daripada sumber dalaman pejabat Negeri Selangor mendedahkan satu butiran terperinci akan KERAKUSAN Kerajaan Pakatan PAS,DAP dan PKR yang di ketuai oleh MB Khalid dalam mengaut hasil Rakyat Selangor.

Untuk makluman semua Pada waktu ini setiap Ahli Majlis PBT di bayar Gaji berserta Elaun dan Kos sampingan sebanyak RM 100 Ribu Setahun!

Terdapat 8 PBT di Selangor yang mana setiap PBT di anggotai oleh 22 Ahli Majlis! Dengan Pendapatan RM100 Ribu setahun bagi Ahli Majlis PBT maka menjadikan jumlah keseluruhan Wang Rakyat Selangor yang di gunakan untuk membayar gaji Ahli Majlis PBT ini RM 17 Juta 600 Ribu!

Jumlah ini merupakan sekali ganda daripada Gaji yang di bayar kepada Ahli Majlis PBT Sewaktu Kerajaan Barisan Nasional Mentadbir.

Adalah Jelas di sini bahawa Kerakusan pihak Kerajaan Pakatan DAP,PAS dan PKR dalam mengaut Wang Rakyat Selangor semakin menjadi jadi. Tidak cukup dengan Wang Songlap Hasil Pasir yang di korek, ini pula di tambah oleh mereka!

Kita desak agar pihak Khalid menjelaskan mengapa di peruntukkan sebegitu banyak Wang Rakyat Selangor dalam membayar Ahli Majlis PBT itu! Apakah bayaran sebanyak RM 100 Ribu setiap orang Ahli Majlis itu berpatutan dengan tugas mereka?

Harap Rakyat Selangor sedar hal ini! Penasihat Keewangan Selangor Anwar Ibrahim perancang Kerakusan Mengaut Wang Rakyat Selangor!

No comments:

Post a Comment