Tuesday, August 24, 2010

Melayu dah banyak mengalah

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Selangor (GPMS Selangor) mendesak UMNO, PAS dan badan-badan bukan kerajaan Melayu (NGO Melayu) agar mempertahankan pengetua sekolah yang didakwa menghamburkan kata-kata perkauman yang menghina pelajar Cina dan India pada satu majlis anjuran sekolah tersebut di Kulai, Johor.

GPMS Selangor juga nak ingatkan kepada Kementerian Dalam Negeri dan pihak-pihak berwajib, jangan berat sebelah dalam menangani isu perkauman atau isu-isu agama memandangkan apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini, yang rugi akhirnya adalah orang Melayu dan Islam.

Mengapa bila isu gereja dibakar, mudah dan cepat sahaja tindakan dan dakwaan dibuat, begitu juga dengan isu kepala lembu di Selangor.

Tetapi mana perginya kes ‘kepala babi yang dilempar ke dalam surau dan masjid’ yang berlaku beberapa bulan dahulu. Mana pergi kes tersebut?

Bila timbul isu pengetua sekolah yang didakwa menghamburkan kata-kata perkauman yang menghina pelajar Cina dan India pada satu majlis anjuran sekolah tersebut di Kulai, Johor cepat sahaja laporan dibuat dan mahu tindakan segera diambil terhadap pengetua tersebut.

Sehubungan dengan itu, GPMS Selangor akan bersama pengetua tersebut.

Melayu dah banyak mengalah. Dalam keadaan sekarang, kita memerlukan ketegasan daripada pimpinan, UMNO mahupun PAS. Kita tidak boleh lagi melayan tuntutan demi tuntutan, tuntutan yang akhirnya merosakkan keseimbangan antara kaum. Keseimbangan yang merosakkan kaum Melayu. Kaum Melayu sudah banyak beralah.

Jangan lupa sejarah. Sejarah menjadi bukti pada tahun 1957, satu persefahaman lain dibuat. Dari 31 Ogos 1957 hingga 31 Ogos 1958, kaum bukan Melayu yang mempunyai kelayakan pemastautinan dan lain-lain, tetapi tidak mengetahui bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dibolehkan mendapatkan hak kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu.

Dalam masa satu tahun, lebih daripada 800,000 orang bukan Melayu menjadi warganegara. Ini adalah satu kelonggaran yang luar biasa. Kerajaan Perikatan juga menyediakan pendidikan aliran Cina dari darjah satu hingga enam dengan membelanjakan kewangan negara.

Pada hal negara lain seperti kita tidak melakukannya. Banyak peristiwa begini dalam sejarah kita. Kita perlu tahu sejarah kita. Juga kaum bukan Melayu perlu tahu.

Sehubungan dengan itu, GPMS Selangor sekali lagi mohon pertimbangan YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Kementerian Dalam Negeri agar jangan berat sebelah dalam mengambil tindakan terhadap satu-satu kes.

Pemimpin-pemimpin Melayu perlu tahu di mana garis pemisah antara tuntutan yang wajar dengan yang melampau.

Mohd Faizal Mohd Salleh
Pengerusi
GPMS Negeri Selangor

No comments:

Post a Comment