Tuesday, August 24, 2010

Nik Aziz berani dengan Umno tapi.... kecut perut dengan Karpal





Laporan Bernama di bawah memperlihatkan pendirian tidak berubah DAP dan Karpal Singh terhadap prinsip asas acuan Pas :

"Pengerusi DAP Karpal Singh berkata hari ini beliau tidak bersetuju dengan cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud.

Karpal berkata partinya tidak dapat menerima sebarang bentuk pelaksanaan hudud di negara ini.

"Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud," katanya pada sidang akhbar di ibunegara hari ini.

Karpal mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu semalam bahawa adalah wajar untuk berbalik kepada hudud oleh kerana beliau dakwa undang-undang sivil sekarang gagal mengawal jenayah dan penyakit sosial.

Namun, kata Nik Aziz, keutamaan mestilah menerapkan taqwa atau pendidikan agama terlebih dulu di kalangan rakyat.

Karpal berkata beliau amat jelas dalam perkara itu dan tidak mahu berhujah dengan Nik Aziz kerana pandangan beliau (Karpal) berdasarkan apa yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan negara sekular.

Karpal berkata pada 1988, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa hanya undang-undang sivil terpakai di sesebuah negara sekular.

Katanya, beliau tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengenakan hukuman mati dalam kes buang bayi, dan menambah adalah lebih baik menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dan mengenalpasti punca masalah sebenar. - Bernama"

KOMEN AMBO: PAS sekali lagi kecut telur apabila kena sound dengan Karpal dan DAP. Sekali lagi kejantanan Tok Guru Nik Aziz teruji. Kalau sebelum ini dia berdegar-degar bertekak dengan Umno yang juga orang Islam, tetapi dengan orang kafir, Nik Aziz terus kecut perut sampailah ke telur.
Seperti sebelum ini amaran Karpal yang mencabar Pas supaya melangkah mayatnya dahulu sekiranya mahu menubuhkan Negara Islam. Itulah sikap PAS yang kononnya memperjuangkan Islam dan cakap macam-macam bila soal Islam.
PAS bukan berjuang atas landasan Islam tetapi hakikatnya takut kehilangan undi Melayu sehingga sanggup tunduk dengan Karpal yang terus mempertahankan prinsip menolak idea penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan Hukum Hudud seperti yang pernah dicanangkan oleh Pas
Itulah Nik Aziz dan PAS sanggup bekerjasama dengan Kit Siang, Karpal dan Guan Eng tetapi enggan duduk semeja berbincang dengan UMno dan Islam.
Jadi itu bukti lemahnya Islam yang dicanang oleh PAS. Kalau tengokkan kemelut di Kelantan sekarang, masalah dalamannya cukup berat. Tok guru dalam persimpangan antara masalah keluarga dan negeri. Tapi kalau difikir2kan, eloklah Tok Guru berundur. Serahkan takhta MB itu kat orang lain. Ramai pemimpin Pas duk idamkan takhta MB Kelantan tu. Kalau tidak orang dalam Pas pun, ramai pemimpin DAP atau PKR duk berangan nak jadi MB Kelantan (Kalau betul Tok Guru nak bagi orang bukan Islam jadi MB). Ye lah, tanah di Kelantan banyak lagi yang belum terusik.
Baik Tok Guru duduk kat pondok ajar anak2 Kelantan hal agama, dari cakap bab agama tak tentu pasal yang lagi memeningkan orang Islam. Di Kelantan banyak anak perempuan yang pakai nampak pusat & nampah lurah dada & bontot. Turunkan la papan bilboard yang paparkan Tok Guru sedang berdoa sambil menitiskan air mata yang banyak di Kelantan itu. Tak perlu tunjuk tengah menangis masa berdoa. Nak gunakan agama untuk kepentingan diri ke. Orang lain pun kadang2 menangis juga berdoa atas sejadah. Tapi air mata yang menangis masa berdoa itu antara dua, sama ada sebab merayu dan merintih mohon sesuatu dimakbulkan atau berdoa mohon keampunan sebab banyak dosa. Tok guru yang mana satu?
Islam agama yang sangat suci dan sangat indah. Sukar hendak digambarkan dengan kata2. Tapi kalau pemimpin dan ahli Pas sendiri pun perangai macam entan apa2, jangan guna nama Islam, buat malu jer. Kadang2 manusia yang tidak berserban, tidak berkopiah, tidang bertudung litup, hatinya lebih suci, lebih mulia

No comments:

Post a Comment