Apa yang ditulis hanyalah cetusan fikiran, luahan pendapat dan bisikan hati tentang pelbagai isu semasa yang berlaku. Saya adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan. Ingatlah, sehebat mana, segagah mana pun kita di dunia ini, akhirnya kita tetap tidak dapat mengelak janji Allah SWT iaitu kematian. Hanya Allah SWT yang maha mengetahui. Semoga dengan adanya blog ini, kita dapat sama-sama mendapat kebaikan darinya, InsyaAllah.
Thursday, August 26, 2010
Pemuda Umno Pondan atau Tiada Telur?
Sebagai seorang ahli Pemuda Umno saya merasa amat malu bila melihat cara Pemuda Umno membuat bantahan di Kedutaan Indonesia hari ini.
Orang pijak bendera kita dan baling najis ke kedutaan kita, tetapi pemuda kita pergi bawa kertas dan hulur di pagar sahaja.
Pondan, Pemuda Umno memang pondan. Kurang-kurangnya bakarlah sekeping bendera Indonesia di depan kedutaannya.
Sewaktu kemuncak konfrontasi Malaysia-Indonesia, sekumpulan anak muda pada 17 September 1963 telah pergi ke bangunan Kedutaan Indonesia di Jalan Ampang dan menurunkan simbol Pancasila negara Indonesia lalu menggantikannya dengan bendera Malaysia.
Siapakah anak muda yang berani itu ? mereka ialah Samy Vellu dan Khalid Yunus.
Gambar diatas menunjukkan Samy Vellu dan Khalid Yunus berjaya 'menawan' Kedutaan Indonesia di Jalan Ampang KL.
Tetapi hari ini jangan kata nak turunkan bendera Indonesia, nak bakar sekeping bendera pun Zaki Zahid tak berani.
Sekarang terbukti sudahlah yang Samy Vellu lebih sayangkan negara ini berbanding dengan Pemuda Umno yang ada pada hari ini.
Keberanian dan semangat cintakan negara mu tetap ku kenang wahai Datuk Seri Samy Vellu dan Datuk Khalid Yunus.
dipetik dari ruangbicarafaisal.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment