Apa yang ditulis hanyalah cetusan fikiran, luahan pendapat dan bisikan hati tentang pelbagai isu semasa yang berlaku. Saya adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan. Ingatlah, sehebat mana, segagah mana pun kita di dunia ini, akhirnya kita tetap tidak dapat mengelak janji Allah SWT iaitu kematian. Hanya Allah SWT yang maha mengetahui. Semoga dengan adanya blog ini, kita dapat sama-sama mendapat kebaikan darinya, InsyaAllah.
Thursday, August 19, 2010
Semoga Islam bersatu tanpa mengira fahaman politik... Amin
Gambar kandid ini dirakamkan semalam, di Masjid As Salam, Taman Medan. Nyata DS Najib amat 'sempoi' mendengar tazkirah selepas solat maghrib. Beliau kemudiannya menunaikan fardhu Isyak dan solat tarawikh bersama kariah setempat.
Kesudian DS Najib untuk 'walkabout' di masjid ini dan berjamaah bersama rakyat jelata adalah perkara menarik untuk diperhatikan.
Lebih menarik apabila tazkirah di sampaikan oleh imam masjid As Salam. Umum tahu Pas kuasai masjid di Selangor sekarang.
Sebenarnya DS Najib sedia bertemu dengan sesiapa saja walau dimana sahaja. Bertemu di masjid dan dihidangkan dengan tazkirah orang Pas seperti yang berlaku malam tadi adalah keterbukaan PM.
Indahnya jika Umno + Pas boleh bersatu demi kepentingan umat Islam. Buangkan lah ego wahai semua pimpinan Islam dinegara ini. Berbincang lah untuk matlamat politik yang tuntas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment