Apa yang ditulis hanyalah cetusan fikiran, luahan pendapat dan bisikan hati tentang pelbagai isu semasa yang berlaku. Saya adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan. Ingatlah, sehebat mana, segagah mana pun kita di dunia ini, akhirnya kita tetap tidak dapat mengelak janji Allah SWT iaitu kematian. Hanya Allah SWT yang maha mengetahui. Semoga dengan adanya blog ini, kita dapat sama-sama mendapat kebaikan darinya, InsyaAllah.
Tuesday, August 17, 2010
Tolak Perpaduan Islam Boleh Jatuh Fasiq, Kafir
Tokoh agama Kelantan, ‘Tuan Guru Hj Lah Pondok Geting’ menyeru agar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kepimpinan Pas yang lain agar bermuhasabah dan mengenepikan ego berhubung perpaduan Melayu dan umat Islam di negara ini.
Pada masa yang sama guru agama itu kesal Pas mengikut telunjuk Dap ibarat ‘lembu dicucuk hidung.’
Pengasas Madrasah An-Najmiyyah, Geting atau nama sebenarnya Tuan Guru Hj Abdullah Hj Saamah An-Najmi, berkata tindakan golongan yang menolak perpaduan Melayu dan umat Islam merupakan satu perbuatan yang menyalahi apa yang diseru oleh Allah s.w.t.
Malah bagi beliau, golongan berkenaan boleh menyebabkan sekurang-kurangnya menjadi fasik dan bidaah ‘dolalah’ serta boleh menjadi kafir.
“Ini kerana Allah s.w.t menyuruh kita bergerak ke arah perpaduan, dan Rasulullah s.a.w menyeru kita ke arah yang sama khususnya dalam keadaan kita (umat Islam) hari ini yang menuntut kita bersatu padu.
“Tetapi Pas adalah sebaliknya dengan menolak perkara itu dan mengadakan perpaduan bersama Dap yang secara terang-terangan menentang Islam. Kalau menang mereka (Pakatan pembangkang), bukan sahaja UMNO hancur, malah Pas pun akan hancur.
“Perpaduan macammana jika hasilnya sedemikian rupa. Apa untungnya kita. Bak kata pepatah, rugi sekarung tetapi untung hanya seguni bahkan tidak ada untung langsung,” katanya dalam temubual eksklusif bersama UMNO-Online, di sini, hari ini.
Beliau yang sebelum ini bergiat aktif di dalam Pas seterusnya menambah, Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud tidak boleh berpecah belah khususnya untuk mempertahankan kedaulatan Islam dan sebagainya.
“Maknanya Allah S.W.T suruh kita mempertahankan kedaulatan dan keistimewaan orang Islam. Malah manfaatnya perpaduan Pas dengan UMNO ini cukup besar. Apabila Pas dengan berpadu dengan persetujuan yang baik ianya akan memberi kekuatan orang Melayu dan umat Islam di Malaysia dan kita boleh membantu kekuatan orang Islam lain di dunia luar yang lain seperti di Palestin, Bosnia dan sebagainya.
“Sekiranya kita tidak bersatu, ekonomi pun tidak akan bersatu. Perkataan sendiri pun (cakap saja) tidak akan jadi perpaduan serta kelakuan pun tidak menjurus ke arah perpaduan. Tetapi apabila kita bersatu padu, ekonomi pun akan menjadi kuat dan mantap.
“Sebenarnya hasil daripada perpaduan itu, orang-orang bukan Islam pun akan terkena tempias dengan manfaat yang sangat baik. Tidak akan wujud perkauman malah kaum lain akan mendapat nikmat yang baik termasuklah memberi satu rahmat kepada pembangunan bangsa dan negara Malaysia secara menyeluruh. Kesimpulannya selamat di dunia dan selamat di akhirat,” katanya.
Beliau seterusnya mengajak umat Melayu di negara ini melihat kedaulatan Melayu dan kedaulatan di negara jiran terdekat Singapura.
“Inilah yang kita perlu khuatirkan. Dan saya setuju jika mengatakan Dap adalah penasihat kepada Nik Aziz. Malah lebih daripada itu. Menjadi tuan kepada Pas dan Pas menjadi lembu yang dicucuk hidung,” katanya.
Beliau seterusnya menambah, orang UMNO dan orang Pas semuanya umat Nabi Muhammad S.A.W.
“Allah menyeru perpaduan untuk mempertahankan keistimewaan Islam, mempertahankan ahli sunnah wal jamaah, kita kena taat perpaduan berkenaan. Orang yang berpecah belah azab yang amat besar menanti mereka dia akhirat.
“Hadis Nabi ada menyebut siapa yang bercerai akan dia jamaah perhimpunan perpaduan, tinggal perpaduan sesama Islam dengan imam al-Azam (Datuk Seri Najib) dan mahukan perpaduan dengan mereka yang secara terang-terangan menentang Islam, Dap umpamanya maka sesungguhnya telah mencabutlah ia akan simpulan Islam daripada batang tengkuknya,” katanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment