Saturday, December 26, 2009

Wasiat Raja Melayu

Orang Melayu perlu memahami dan meneliti mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.
Wasiat itu yang disampaikan ketika Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayupada 5 Ogos 1957 ialah:
* Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit
yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama
Malaysia);
*Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu
isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan
hutan simpan, tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus,
selebihnya kamu rebutlah bersama kaum lain;
* Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak
milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras
kekacauan dalam negara dan ancaman luar;
* Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu
memerintah negara ini;
* Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan;
* Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu;
* Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu
untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum
lain. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan
Sarawak).
Wasiat sembilan Raja Melayu dari empat negeri Melayu Bersekutu dan lima tidak Bersekutu itu, disampaikan sebelum merdeka kepada rakyat Melayu, yang juga rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.
Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaulatan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal tertentu.

No comments:

Post a Comment