Monday, December 28, 2009

Pekida pertubuhan Gangster?

Saya percaya ramai yang pernah dengar nama Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida). Pekida sering dikaitkan dengan orang Melayu. Ramai menganggapnya gangster Melayu. Geng penarik kereta, bonser kelab malam, penjaga parking kereta biasanya dikaitkan dengan pekida.
Tetapi, jangan salah faham. Namanya pun sudah ke arah kesilaman. Amal Mahruf nahil mungkar. Sebenarnya ramai orang baik2 dalam Pekida. Perjuangannya ikhlas demi agama bangsa dan negara. Kadang2 ramai ahli masuk pekida tidak faham konsep perjuangannya. Ramai yang menggunakan pengaruh Pekida untuk tunjuk lagak dan rasa diri hebat.
Biasanya orang yang mencemarkan nama baik Pekida ini budak2 muda. Bila baiah dan sah jadi ahli, mula diri rasa besar kepala. Tunjuk hebat, sikit2 nak cari gaduh.
Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Sikap segelintir ahli ini merosakkan nama Pekida. Aku tidak nafikan semangat persahabatan dan persaudaraan ahli Pekida. Pendek kata, kalau engkau sakit, aku pun sakit la. Baguslah kalau macam itu. Tapi, lebih bagus semua pakat kerjasama tingkat ekonomi orang Melayu.
Ingat Pekida pertubuhan berdaftar yang sah. Bukan gangster. (Tapi kadang2 terpaksa tunjuk gangster bagi melindungi hak Melayu). Kalau hendak tunjuk hebat dan power biarlah bertempat. Jangan duk cari gaduh sama Melayu...

Sedikit latar belakang Pekida yang dicedok dalam internet.
Pertubuhan ini telah didaftarkan pada 10hb. Mei 1983, Nombor Pendaftaran 146/83 di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan peraturan-peraturan 1984 yang beralamat di No. 5A Bangunan MPSP, Jalan Pasar, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman iaitu Ibu Pejabat yang sekarang.
Bagi memudahkan segala bentuk urusan dan menambah keberkesanan keseluruhan pentadbiran, maka pada awal tahun ini, Ibu Pejabat PEKIDA MALAYSIA telah dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di alamat : 69E, 4A Bangunan KOBENA, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur.
Pada tahun 1997, Pertubuhan telah meluluskan keahlian baru seramai 1,995 orang dan tahun 1998 seramai 958 orang sahaja. Jumlah ahli yang berdaftar setakat 31hb. Dis 1997 ialah seramai 14,295 orang dan pada 31hb. Dis 1998 ialah seramai 15,253 orang. Sehingga Hari ini PEKIDA telah mendaftarkan kira-kira 50,000 orang ahli.

1 comment:

  1. PERBETULKAN.IBU PEJABAT PEKIDA BUKAN BERPINDAH.YANG BERPINDAH CUMA PEJABAT URUSAN DAN PENTADBIRAN

    ReplyDelete