Tuesday, December 29, 2009

Bukan Islam boleh jadi MB Kelantan??

Tok Guru Nik Aziz cakap orang Cina boleh jadi MB di Kelantan. Orang bukan Islam boleh memimpin negeri Islam. Sedangkan orang kafir susah untuk memberi jalan bagi orang Islam menjadi pemimpin, inikan pula ramai orang Islam yang yang layak, tiba2 orang kafir diangkat jadi pemimpin di negeri yang kononnya serambi Mekah.
Maaf tok guru, semasa zaman sekolah dulu, tok guru adalah seorang tokoh politik yang pada saya seimbang dunia dan akhirat. Saya kagum dengan kepetahan tok guru berbicara soal agama. Tapi, sejak dua tiga tahun kebelakangan ini saya makin keliru dengan kata-kata tok guru.
Kadang2 saya terfikir adakah kata-kata tok guru ikhlas demi agama atau sekadar retorik politik. Saya kecewa bila Pas kerjasama dengan DAP walhal dulu tok guru dan konco2 cukup marah Umno bekerjasama dengan cina iaitu MCA. Penceramah politik Pas macam2 cakap kat Umno dulu.
Kenapa bukan dari dulu lagi tok guru tak cakap pasal pemimpin Cina dibenar jadi MB di Kelantan. Kenapa tidak 10 tahun dulu. Kenapa baru sekarang tok guru bangkitkan perkara ini. Orang jahil seperti saya semakin keliru dengan agama Islam. Agama seolah2 barang mainan. Orang jahil seperti saya tidak layak menegur tok guru. Tapi, saya berharap tok guru dapat jelaskan sebab musabab setiap kata2 yang dilontarkan.
Semoga ada tokoh agama atau ulama yang tampil menjelaskan pelbagai kekeliruan berkaitan agama Islam. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan di sembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Semoga orang yang mempermainkan Agama akan dilaknat oleh Allah swt dan akan mendapat balasan setimpal di akhirat kelak. Siapa yang betul? hanya Allah SWT yang maha mengetahui.

1 comment: