Tuesday, January 5, 2010

Entah lepas ke tidak Titian Siratulmustaqim

Ada dua tiga orang kenalan saya menghantar sms kepada saya dan menegur kerana tulisan saya banyak berpihak kepada Umno dan menghentam pakatan pembangkang, terutamanya Pas. Saya terdiam seketika dan saya agak terkejut sms nya agak kasar dan saya bertambah terkejut kerana saya sudah lama mengenalinya. Hati saya terdetik kenapa dia sanggup menghantar sms sedemikian kerana hal seperti ini.
Sms balas saya kepada kenalan saya itu ringkas sahaja. "Terimalah secara terbuka yang saya tulis kerana ia hanya pendapat peribadi saya. Jangan kita bergaduh sesama Melayu dan Islam kerana perkara remeh".
Beginilah sifat pemimpin dan penyokong pembangkang. Kalau dia kritik orang lain macam2 tidak apa, tetapi kalau mereka ditegur atau disentuh sedikit, mula melenting macam2.
Tidak hairanlah kalau ada kematian sekali pun, keluarga si mati tidak mahu menjemput orang Umno sembahyang jenazah. Katanya tidak berkat. Saya tidak tipu dan kisah ini beberapa kali berlaku di kampung saya. Astagfirullahalazim.
Kenapa mereka begitu taksub dalam hal politik walau ia membabitkan soal kematian. Saya pun tidak faham kisah di kampung saya kenapa terdapat gelaran Tok Imam Pas atau Tok Imam Umno. Sampai macam itu sekali Islam berpecah kerana parti. Saudara saya, seorang Pas tidak mahu sembahyang di masjid yang sama dengan saya kerana katanya masjid itu Tok Imam BN. Tidak sah. Jadi saya saudara saya itu pergi ke masjid lain yang diimamkan oleh Tok Imam Pas.
Tiga perkara yang saya cakap itu sedikit sebanyak menggambarkan ketaksuban orang Pas yang kononnya hanya mereka saja yang baik dan akan masuk syurga. Saya kecewa dengan sikap orang Pas. Perjuangan mereka banyak menyimpang dari dasar perjuangan yang digariskan oleh Islam. Asal usul perjuangan Pas adalah cantik dan indah, tetapi ia dirosakkan oleh ahlinya yang taksub tidak tentu fasal.
Orang Pas rasakan dia alim sangat. Dia sahaja yang betul. Ingat, kita semua setiap hari dipalit oleh dosa. Sama ada kita sedar atau tidak. Bila kita berada dalam kemelut kemasyarakatan yg begitu teruk sekali, pelbagai kekeliruan yang timbul seperti hari ini, maka kita perlu rujuk kembali Al-Quran dan meyakininya. Inilah kaedah yg diajar oleh Allah SWT. InsyaAllah.
Entah lepas ke tidak titian Siratulmustaqim nanti.

1 comment:

  1. mana ada titian mustaqim syeh,titian siratulmustaqim adalah simbolik kepada kepayahan dan kesengsaraan makhluk Allah untuk menuju kepadang Masyar.semua Umat manusia dan Jin yang dihidupkan kembali akan melalui segala kepayahan untuk menuju kepadang masyar untuk diadili,kecuali mereka yang telah dipilih Allah untuk menuju terus ke Syurga atau Neraka(tak payah diadili oleh mahkamah Allah(RobbulJalil).itu buat mereka yang terpilih.Orang melayu telah melalui satu tempoh pemahaman yang silap tentang Titian SiratulMustaqim yang mengatakan siratulmustaqim merentangi neraka dan mereka yang jatuh akan masuk keNeraka.habis tu Mahkamah Keadilan ALLAH letak dimana?....cuma syeh kena paham,Kita orang Islam kena sokong Islam lah.syeh rujuk surah Alwaqiah,,,baca betul-betul,paham betul-betul,,salam.

    ReplyDelete