Sunday, January 10, 2010

Bacalah...

Berikut ialah sebahagian kandungan empat afidavit jawapan pendakwaan berhubung permohonan Pengarah Eksekutif Perhubungan Awam Magnum Corporation, Datuk Nallakaruppan a/l Solaimalai dari lokap polis Bukit Aman ke Penjara Sungai Buloh.Afidavit Senior Assisten Komisioner II Musa Hassan, Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah.



SAYA adalah Penyelia Pegawai Penyiasat yang menyelia siasatan berkaitan buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM dan telah mengarahkan siasatan dilakukan berkaitan buku itu setelah menerima empat laporan polis yang dibuat oleh penama berikut:
- Abu Bakar Md Ahmad, peniaga.
- Abd Zarin Mohd Yasin, peniaga.
- Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri.
- Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri.



Kesemua laporan ini saya kelaskan untuk tujuan siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas kesalahan fitnah jenayah. Afidavit Nallakaruppan a/l Solaimalai yang diikrarkan pada 25 Ogos 1998 telah dirujuk kepada saya dan saya membacanya serta memahami isi kandungan afidavit itu. Saya menafikan bahawa penyiasatan polis dalam kes ini dibuat dengan niat jahat (malice), salah guna proses dan mala fides.



Saya ingin menegaskan bahawa siasatan kes ini dan soal-siasat yang dijalankan terhadap Nallakaruppan melibatkan kepentingan keselamatan serta kesejahteraan negara. Siasatan telah dan sedang dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang negara.
Di dalam menjalankan siasatan kes ini, selain memperolehi keterangan saksi-saksi, keterangan dokumentar, keterangan menyokong dan keterangan forensik, di antara lain, seramai tujuh orang saksi telah memberi pernyataan (bertulis) kepada polis seperti berikut:



* Seorang saksi lelaki telah menyatakan bahawa dia telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar sebanyak 15 kali. Kegiatan homoseksual ini telah dilakukan di beberapa tempat termasuk di sebuah apartmen, Tivoli Villa di Bangsar. Apartmen ini dimiliki oleh sebuah syarikat yang mana Nallakaruppan adalah seorang pengarahnya yang mempunyai akses ke atas apartmen tersebut.
* Seorang saksi telah memberi kenyataan bahawa dia mengesyaki kakak iparnya menjalinkan hubungan seks dengan Datuk Seri Anwar dan perbuatan tersebut dilakukan di apartmen Tivoli Villa.
* Bekas pemandu peribadi Nallakaruppan dalam kenyataannya menyatakan bahawa dia pernah membawa Datuk Seri Anwar bersama Nallakaruppan pergi ke tempat tertentu untuk perkhidmatan seks haram. Dia pernah ditugaskan oleh Nallakaruppan untuk pergi mengambil perempuan-perempuan berbangsa Cina, Mexican, Eurasian dan lain-lain bangsa untuk kegiatan seks haram. Pernah pada satu ketika, selepas balik dari apartmen Tivoli Villa, saksi ini memandu kereta yang dinaiki oleh Datuk Seri Anwar bersama Nallakaruppan dan seorang wanita yang mana Datuk Seri Anwar dilihat memakai rambut palsu.

* Seorang saksi yang terlibat dalam pembekalan perempuan-perempuan bagi maksud pelacuran menyatakan bahawa Nallakaruppan pernah menghubunginya untuk mendapatkan khidmat seks haram. Saksi ini menyatakan dia juga beberapa kali telah membekalkan kepada Nallakaruppan perempuan-perempuan tersebut.
* Seorang saksi wanita menyatakan bahawa Nallakaruppan telah memperkenalkannya kepada Datuk Seri Anwar semasa di dalam kereta. Kemudiannya mereka bertiga telah pergi ke apartment Tivoli Villa. Di sebuah bilik di dalam apartmen tersebut saksi ini menyatakan dia telah dicabul kehormatannya dan dia juga menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar telah merayu-rayu kepadanya untuk mengadakan hubungan seks tetapi dia telah menolaknya. Sewaktu kejadian ini berlaku Nallakaruppan berada di apartmen tersebut.

* Seorang lagi saksi wanita menyatakan bahawa dia pernah dibawa oleh Nallakaruppan ke sebuah banglo dan diperkenalkan kepada Datuk Seri Anwar. Saksi ini menyatakan dia diminta masuk ke sebuah bilik dan kemudiannya Datuk Seri Anwar telah masuk ke bilik tersebut lalu mencium dan menghempapnya sambil memeluknya. Namun dia tidak menyerahkan dirinya untuk hubungan seks. Untuk mengelakkan dirinya daripada keadaan tersebut dia telah membuat helah yang dia di dalam keadaan haid.

* Seorang lagi saksi wanita yang bekerja di sebuah syarikat yang mana Nallakaruppan adalah salah seorang Pengarah syarikat tersebut, menyatakan bahawa dia pernah dibawa oleh Nallakaruppan ke apartmen Tivoli Villa dengan kereta yang dipandu sendiri oleh Nallakaruppan. Di apartmen tersebut dia telah terperanjat apabila ditemukan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka telah mengadakan hubungan seks. Setelah selesai mengadakan hubungan seks dengan Datuk Seri Anwar saksi ini menyatakan bahawa mereka telah berbincang tentang hal ehwal politik negara. Nallakaruppan telah memberi saksi ini RM350.00.

* Pihak polis juga mempunyai keterangan bahawa Nallakaruppan ada memberi wang tunai berjumlah RM60 juta kepada Datuk Seri Anwar semasa pilihan raya umum tahun 1995.

* Terdapat juga keterangan yang menunjukkan Nallakaruppan telah mengalihkan aktiviti-aktivitinya ke sebuah apartmen di Impiana Court, Ampang, Selangor selepas siasatan pertama yang dijalankan berkaitan surat layang terhadap Skandal Seks Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ogos 1997. Apartmen ini dimiliki oleh sebuah syarikat yang disenaraikan di Papan Pertama Bursa Saham Kuala Lumpur di mana dia merupakan seorang dari Pengarahnya. Kegiatan-kegiatan seks haram ini masih berterusan walaupun siasatan polis telah dimulakan.

Sewaktu pihak polis menjalankan siasatan, satu lagi laporan polis telah dibuat oleh seorang ahli koporat yang mendakwa bahawa Datuk Seri Anwar cuba memikat isterinya ketika beliau dan isterinya mengikuti rombongan Datuk Seri Anwar ke Washington. Dalam siasatan yang dijalankan oleh pihak polis adalah terbukti Nallakaruappan juga terlibat dalam aduan yang dibuat oleh ahli korporat tersebut.

No comments:

Post a Comment