Saturday, January 2, 2010

Kembalilah kepada Janji

Di mana Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu penggunaan perkataan Allah dalam akhbar The Herald untuk sebagai ganti nama God bagi penerbitannya dalam versi Bahasa Melayu. Bermesyuaratlah segera kerana ia membabitkan umat Islam di negara ini.
Di bahu Majlis Fatwa Kebangsaan terpikul satu tangungan dan tanggungjawab yang besar untuk menjelaskan kekeliruan ini. Janji mereka untuk menjaga kepentingan dan hal ehwal Islam di negara ini. Kita tidak mahu ada dikalangan kita mengeluarkan pendapat yang berbeza-beza.
Sudah pasti, jika perkara ini berlaku, akan ada macam2 perkara berkaitan Islam akan dimanipulasi. Perkataan Allah boleh digunakan sewenang-wenangnya. Perkataan Allah jadi mainan orang kafir. Islam dihina dan dipijak begitu saja. Bangkitlah.
Saya khuatir perkara ini akan digunakan oleh pihak tertentu yang sentiasa membuat kenyataan yang bersifat populis tanpa mengambil kira kesannya terhadap agama Islam.
Kepada semua umat Islam, janganlah kita lupa tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah di dunia ini. Amanah sesama manusia dan amanah dengan NYA. Kepada mereka yang diberi tanggungjawab, sudah pasti, amanahya lagi besar. Jika kita sanggup menerima tanggungjawab, sudah pasti kita sanggup berjanji untuk menunaikan amanah yang diberikan.
Allah juga sudah berjanji kepada kita dan sudah pasti Allah akan menunaikan janjiNYA jika manusia di muka bumi ini berpegang kepada amanahNYA. Balasan baik akan diberikan jika kita menurut suruhan dan perintahNYA.
Allah tidak akan lupakannya janjiNYA, tetapi kita sebenarnya yang selalu lupa terhadap janji. Jadi, kembalilah kepada perjanjian antara kita sesama kita dan antara kita dengan Allah.

No comments:

Post a Comment