Tuesday, January 12, 2010

Melayu yang bodoh dan bebal

Saya rakyat Malaysia. Dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia. Saya bukan dilahirkan di Kutub Selatan dan dibesarkan di Angola dan mendapat kerakyatan Malaysia. Ini kerna, tumpah darah saya di Malaysia.
Semenjak isu penggunaan nama Allah dan isu membakar gereja, isu penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),timbul lagi. Kerajaan bertegas akan menggunakan isu ISA bagi mencegah perkara ini.
Seperti di duga, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) pertubuhan pertama yang tampil membantah mengenainya. Sebuah pertubuhan yang KONONNYA ditubuhkan untuk memansuhkan undang-undang itu yang didakwa kejam dan tidak menghormati hak asasi manusia. Semua terlampau mengangungkan hak asasi sampai sanggup memusnahkan keamanan negara. Semua terikut2 dengan Barat yang kononnya mengangungkan demokrasi walhal negara2 Barat ialah negara yang selalu melanggar hak asasi. Kita orang Malaysia dan sesetengah orang Melayu yang BODOH dan BEBAL sanggup menyokong mansuhkan ISA. Semua diperbodohkan oleh orang kafir dan terikut2 dengan rentak mereka.
Ramai Melayu yang bodoh. Ramai Melayu yang bebal. Semua termakan hasutan sesetengah pihak yang menghasut dihapuskan ISA. Apabila ISA tiada, maka senanglah agenda sesetengah pihak untuk mengkucar kacirkan negara. Boleh cakap sesuka hati, boleh sentuh isu Melayu sesuka hati, isu agama Islam dan lepas ni isu Raja-raja Melayu. Sedarlah wahai Melayu yang semuanya buta hati. Melayu yang bodoh dan bebal jangan terperangkap dengan isu ISA.
Bagi saya, ISA ibarat vaksin yang mampu mententeramkan negara, sekaligus mewujudkan suasana harmoni dalam negara. Mana ada undang2 ciptaan manusia di dunia ini yang sempurna. Pasti ada sedikit kelemahan. Kalau ada kelemahan itu, sama2 lah kita melakukan penambah baikan. Kalau tidak 100 peratus sempurna pun, sekurang2nya cecah 90 peratus sempurna.
Ini yang perlu GMI fikirkan. ISA sudah berjasa sekian lama mengekang anasir subversif seperti pengganas komunis, Kumpulan Militan Malaysia, Al-Ma'unah, Al-Arqam, pemilik senjata api dan peluru haram, ahli Jemaah Islamiah dan individu yang terlalu lantang mempermainkan emosi rakyat untuk bangun menentang kerajaan.
Amerika Syarikat pun ada Akta Patriot. Britain pun ada Akta Pengganas yang membenarkan kerajaan menahan sesiapa saja tanpa perbicaraan jika disyaki menjadi anasir atau penyokong keganasan. Adakah ISA lebih teruk daripada Akta Patriot yang mengenakan sesiapa saja disyaki boleh ditahan dan dihilangkan daripada mata masyarakat dan ditempatkan di Kem X-Ray Teluk Guantanamo. Itu pun rakyat tidak boleh fikir. Bagi orang Melayu, jangan lah jadi bebal dan bodoh sangat. Fikir seluas2nya. Buka mata, buka hati dan buka minda. Jangan cepat melatah.
ISA dirangka dan dijadikan undang-undang pada 1960. Sejak akta itu digunakan, ia dipinda lebih 20 kali. ISA adalah undang-undang tahanan pencegahan. Saya berpendapat ISA sangat diperlukan dalam masyarakat pelbagai agama dan kaum. ISA perlu bagi membendung tindak-tanduk yang mengancam atau menggugat keselamatan negara.
Saya ingin bertanya, adakah dengan memansuhkan ISA bermakna segala masalah akan selesai? Bantahan kepada ISA hanya alasan memperlihatkan bahawa Pakatan Rakyat sepakat, walaupun hakikatnya tiga parti yang KONONNYA sahabat sejati dalam pakatan itu iaitu Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mempunyai ideologi yang berbeza dan tidak mungkin dapat mencari satu titik pertemuan bagi bersatu.
Negara yang tiada akta pencegahan serius sering menghadapi masalah untuk mencegah isu2 yang menjejaskan keharmonian negara. Kepada orang Melayu, jangan jadi bodoh, jangan jadi bebal. Janganlah kita korbankan keamanan dan kemakmuran negara yang
dicintai ini kerana taksub dengan politik murahan. Saya berharap asingkan antara politik dan keselamatan negara.
Ingatlah, jangan kita berpecah kerana perbezaan politik. Buanglah politik dan cuba fikirkan soal keamanan negara. Agenda pembangkang yang membantah ISA hanya untuk kepentingan peribadi. Jangan kita terperangkan dengan mainan sesetengah pihak yang ada kepentingan peribadi.
ISA perlu dikekalkan dengan beberapa pengubahsuaian bagi menjamin keharmonian, keselamatan dan keamanan negara, supaya ia kekal relevan. Kalau perlu, tokoh agama dan ulama boleh duduk berbincang bagi penambahbaikan akta ini. Kepada orang Melayu yang kononnya mendokong kebebsan, jangan jadi bodoh dan bebal dan diperbodohkan oleh pihak yang ada udang di sebalik batu. Fikir2lah. Jangan cepat melatah dan hanya tahu mencari salah. Kita orang Melayu selalu sangat cepat mengalah dan beralah.

No comments:

Post a Comment