Sunday, January 3, 2010

Khalid Samad keliru macam Tok Gurunya

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang juga Yang Dipertua Pas Shah Alam melalui blognya menyatakan sokongan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah pada Khamis lalu.
Khalid dalam blognya berkata, Allah bukan Tuhan kepada orang Islam semata-mata tetapi Tuhan kepada seluruh alam semesta, termasuk orang bukan Islam dan Rasulullah tidak pernah menghalang penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam.
Katanya, Al-Quran sendiri mempunyai banyak ayat yang menunjukkan bahawa orang bukan Islam, sama ada golongan Musyrikin, Yahudi mahu pun Nasrani menggunakan perkataan Allah apabila mereka memaksudkan Tuhan semesta alam.
Kalau saya tengok apa yang Khalid cakap nampak macam dia ni tengah mimpi ke apa. Tok Guru, ajar la sikit anak sendiri ni sebelum nak ajar anak orang lain. Budak sekolah pun tahu Allah itu adalah satu dan bukan milik sesiapa dan nama Allah adalah milik mutlak Allah SWT.
Khalid tidak tahu ke agama lain ini banyak tuhan dan kalau agama lain boleh gunakan nama Allah, maknanya dia nak letak perkataan Allah di tuhan yang mana satu. Jangan nanti ada agama lain yang gunakan Allah satu, Allah dua, Allah tiga pada tuhan2 mereka. Astagfirullahalazim... Nauzubillah.. mengucaplah wahai umat Islam.
Bukankah apabila kita menyebut menyembahNYA, ia adalah merujuk kepada Allah, tuhan yang satu? Tetapi, agama Kristian termasuk di negara ini yang menggunakan nama Allah dengan menyifatkannya sebagai Tuhan triniti iaitu tiga dalam satu termasuk Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Ruh Qudus.
Manusia macam Khalid Samad lah yang selalu keluarkan kenyataan yang merosakkan dan memeningkan umat Islam. Bendanya senang, perkataan Allah tidak boleh dipermainkan dan digunakan sewenang-wenangnya, sama macam agama Islam dihina kerana tuhan yang satu itu sudah dimanipulasi untuk menyesatkan dan memesongkan akidah umat Islam. Perkara senang pun tidak boleh fikir.
Kalau agama lain hendak sangat guna perkataan Allah ataupun minat sangat membaca surah dalam Al-Quran, peluk sahaja agama Islam. Kalau tidak mahu peluk Islam, jangan pandai2 nak kacau agama Islam.

No comments:

Post a Comment