Thursday, January 7, 2010

Alhamdulillah...

Alhamdulillah. Berita yang menggembirakan umat Islam di Malaysia. Mahkamah Tinggi semalam membenarkan permohonan Menteri Dalam Negeri untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan berhubung penggunaan kalimah 'Allah' dalam majalah Herald-The Catholic Weekly sementara menunggu rayuan kes itu.
Hakim Datuk Lau Bee Lan membenarkan permohonan itu dalam kamarnya, yang turut dipersetujui Ketua Biskop Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam yang dinamakan sebagai responden.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang mewakili Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia selaku pemohon, berkata permohonan itu dibuat kerana kes berkenaan membabitkan kepentingan negara.
Mujur Perdana Menteri, DS Najib Razak cekap untuk bertindak segera dalam meredakan kemarahan umat Islam. Semoga kerajaan akan lebih peka dan sensitif dalam hal berkaitan agama. Jangan biarkan sesiapa pun menangguk di air yang keruh. Kadang2 gunting dalam lipatan sangat bahaya. Awas.

No comments:

Post a Comment