Tuesday, January 5, 2010

Alahai Pas...

Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi dan dibacakan oleh Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad. Petikan ini diambil oleh saya dari salah sebuah akhbar berbahasa Melayu. Kenyatannya ialah:
Pas sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.
Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.
Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. Pas ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.
Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.
Pas memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.
"Katakanlah: Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah'".
Pas dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.
Pas dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

Kalau kita tengok kenyataan itu kesimpulannya senang. Agama lain jangan mempermainkan agama Islam. Alahai Pas... Kisahnya senang jer. Kenapa hendak berbelit-belit buat kenyataan. Pas takut sangat hilang undi Cina dan India. Pas sayang sangat undi itu lebih dari sayangkan agama Islam.
Bagi saya ceritanya senang. Kalau dah jatuh cinta sangat dengan ayat Al-Quran, kalau sudah suka sangat dengan perkataan Allah, peluk saja Islam. Tiap2 hari boleh baca ayat Al-Quran, tiap2 hari boleh sebut nama Allah. Tiada siapa nak marah.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/breaking-views/48716-most-malaysian-muslims-support-allah-ban-jeg-hui

    ReplyDelete
  3. Apabila kenyataan yg dikeluarkan samar2, berlapik2 dan tidak 'straight to the point' begitulah akibatnya. Kenapa kenyataan PAS x ditulis sahaja "menentang" atau "tidak sokong" keputusan Mahkamah?!!! Kalau Presiden PAS dulu ada kata Islam yg dibawa UMNO 'Islam kacukan' atau 'Islam plastik'; org yg tiada kepentingan parti politik boleh memanggil PAS sebagai parti yg memperjuangkan "Islam samar2" atau sebagainya.

    Kebanyakan ulama2 dan ahli fikir agama yg tiada kepentingan politik, saya ulangi tiada kepentingan politik kebanyakkannya menentang keputusan mahkamah tinngi itu dan membuat kenyataan yg direct, straight to the point dan tidak samar2. Exception to some ulama2 (PAS) spt TGNA, Dr Harun Din, Ustaz Nasharudin dll sebab at least depa memang pakar agama, alhamdulillah.

    YB Shah Alam PAS, Peguam PAS dan ahli2 PAS yg bukan pakar dlm isu tersebut dan mereka2 yg sewaktu dengannya tidak perlu mengeluar kenyataan yg boleh memesong akidah/mengelirukan dan sebagainya. Dan seperti yg dikeluarkan kenyataan media rasmi PAS ‘JGN POLITIKKAN ISU DI ATAS’. Tapi ahli2 PAS dan mereka yg sewaktu dengannya masih tak faham bahasa, atau mungkin kenyataan media PAS memang samar2......

    Kesimpulannya, Allah swt telah berfirman "Sesungguhnya Aku ini adalah ALLAH, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku” (Surah Thaaha 20:14).

    Wallahualam. Takbir!

    ReplyDelete