Saturday, January 9, 2010

Siapa yang salah?

Kejadian membaling bom api di tiga buaha gereja menggemparkan negara. Bagi saya, ia sesuatu yang mengejutkan. Jika tidak dibendung akibatnya parah nanti.
Malah, terdapat cubaan pihak tertentu yang cuba bermain dengan api apabila menyebarkan SMS yang mengatakan supaya berjaga2 kerana orang Islam akan mengamuk. SMS itu berbunyi: 'Tolong jangan simpan tasbih dan artikel keagamaan (Kristian) dalam kereta anda... mereka memecahkan kereta... bermula di Bangsar, bantahan masih berjalan dan bergerak ke Shah Alam.' Sungguh menakutkan jika ia benar2 terjadi.
Kejadian pertama membabitkan Gereja Metro Taber Nacre A/G Catholic di Desa Melawati, pada jam 12 tengah malam, disusuli Gereja Assumption Assunta, Petaling Jaya (jam 4 pagi) dan Gereja Chappel, Damansara (jam 8 pagi).
Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dan kebakaran di Gereja Metro Taber Nacre A/G Catholic menyebabkan kemusnahan perabot dan buku. Bom api yang dilempar di dua lagi gereja tidak meletup.
Saya pun tidak bersetuju dengan perkara ini. Memang orang islam marah dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian, tetapi bukan ini caranya. Lagipun Islam sendiri melarang umatnya untuk memusnahkan rumah ibadat, membunuh orang tua, kanak2, wanita dan tumbuhan ketika perang. Apatah lagi, dalam suasana aman kita musnahkan gereja.
Walau apapun, saya harap perkara ini menjadi pengajaran kepada umat Islam dan bukan Islam. Kepada orang bukan Islam, hormatilah agama Islam dan jangan sesekali membangkitkan lagi kemarahan orang Melayu dan Islam.

No comments:

Post a Comment